Tempoh rehat seminggu sudah cukup bagi Selangor untuk kembali memberi saingan dalam kancah Liga Super. Berkunjung ke stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu untuk menentang skuad T-Team sememangnya memberi satu cabaran besar kepada pasukan Selangor.
Selangor memulakan musim ini dengan langkah yang terlalu perlahan dimana hanya mampu memungut 5 mata dari empat perlawanan. Menduduki tangga ke 8 dalam carta liga, ia bukanlah suatu keputusan yang digemari oleh peminat setia merah kuning ini. Rekod pertemuan bersama pasukan T-Team ini kebanyakannya lebih memihak kepada kelab dari Terengganu ini. Sejak tahun 2010, 6 perlawanan telah mereka lalui, dimana selangor hanya memenangi hanya 2 perlawanan pada tahun tersebut dah selebihnya Selangor gagal mengutip sebarang mata.
Badi kekalahan pasukan Selangor ini sememangnya diakui oleh Jurulatih Irfan Bakti. Kita boleh bandingkan sendiri prestasi semasa skuad T-Team ketika ini, memungut 7 mata untuk berada ditangga ke-4 adalah satu petanda bahawa pasukan ini sedang berada pada prestasi terbaiknya. Dengan masalah penyerang yang masih melanda, diharap Selangor dapat memberi saingan hebat dalam mengejar 3 mata penuh untuk dibawa pulang.
Preview : Game 5 MSL 2012 - T-Team VS Selangor
Written By Unknown on Saturday, January 28, 2012 | 01:58
Labels:
21. Selangor,
Berita
bleh mng ke? ;-)
ReplyDelete