Berbekalkan semangat kemenangan 3-1 keatas Newcastle pada perlawanan penutup tahun 2011 tempoh hari, Liverpool bakal mengharungi ujian getir di stadium Etihad yang setakat ini masih lagi utuh tanpa kalah pasukan tuan rumah. Sekiranya kemenangan berpihak kepada Liverpool, sudah pastinya 2 kegembiraan boleh kita raikan dalam kejayaan ini. Pertama, sudah pastinya memulakan perlawanan pertama di tahun baru 2012 ini dengan kemenangan untuk menduduki tangga ke 5 memintas Arsenal yang tewas 2-1 kepada Fulham malam tadi. Kedua memadam rekod tanpa kalah tuan rumah digelanggang sendiri sambil memalitkan duka tewas dua kali berturut2 di penghujung tahun 2011 dan permulaan 2012.
Sebenarnya untuk bermain cantik menentang Mak Siti ini agak sedikit sukar. Kita akui pasukan Mancini sememangnya benar2 mantap disetiap posisi dan sudah pastinya permainan menyerang akan dipamerkan oleh mereka. Tetapi harus diingat, selepas kekalahan Mak Siti kepada Sunderland tempohari, Mancini menyatakan bahawa pemainnya hanya tahu menyerang, tetapi tidak memahami erti permainan bolasepak yang sebenar. Disini kita dapat membuat kesimpulan, didalam sibuk2 mereka menyerang, mereka gagal untuk mempertahankan kembali kubu mereka ketika serangan balas dilakukan pihak lawan. Selain itu juga, tanggapan musuh tidak dapat melawan asakan mereka juga memakan diri sendiri dan selagi tiada tiupan wisel penamat dari pengadil, macam2 boleh berlaku. Jadi sekiranya Liverpool belajar dari corak serangan Sunderland tempohari dengan menyerang hendap serta menyudahkan peluang yang terhidang, sudah pastinya Mak Siti tersungkur dibumi sendiri.
Liverpool telah pun berpengalaman menghadapi Mak Siti di Anfield pada penghujung November lalu. Walaupun seri 1-1, tetapi disebabkan nasib yang tidak menyebelahi kita dan disebalik kehebatan Joe Hart, kita terpaksa berpuas hati dengan berkonsi mata. Memang ramai yang kata, kalau tak kerana gol sendiri Lescott, kita akan berputih mata, tetapi dari segi penguasaan bola sebenarnya sudah cukup mencerminkan Liverpool boleh mengalahkan Mak Siti pada perlawanan tersebut. Hanya mengguna pakai konsep yang mudah, kekang David Silva, Yaya Toure, Samir nasri dan Sergio Aguero sudah pasti melumpuhkan prestasi hebat Mak Siti.
Apapun kita hanya meramal, sebarang keputusan muktamad kenalah tunggu awal pagi esok. Diharap Bellamy, Gerrard dan Maxi dapat meneruskan kecemerlangan mereka untuk menjamin 3 mata penuh milik Liverpool. YNWA.
Barisan Kemungkinan Liverpool
REINA
JOHNSON - SKRTEL - AGGER - ENRIQUE
DOWNING - GERRARD - ADAM - BELLAMY
MAXI - SUAREZ
Saksikan siaran langsung perlawanan ini di:
Channel : ASTRO ESPN (812)
: ESPN HD (832)
Live Streaming : Manchester City VS Liverpool live streaming
Tarikh : 04/01/2012 (pagi Rabu)
Sepak mula : 04:00 pagi (waktu malaysia)
kalu sunderland boleh...liv apatah lg!
ReplyDeletekalah~~
ReplyDeletexleh nak komen sbb xtgk.