Sememangnya kerja gila itu mendapat balasan yang berbaloi2. Menyaksikan aksi2 dramatik untuk meneruskan misi laluan ke Stadium Wembley, akhirnya walaupun sekadar seri 2-2 dihalaman Anfield, Liverpool diiktiraf menjadi pasukan yang layak untuk ke perlawanan akhir piala Carling menewaskan Mak Siti dengan aggregat 3-2. Aksi yang mendebarkan. Kalau ada yang sakit jantung memang mau pengsan tengok perlawanan ini pagi semalam.
Kuda tua juga yang memberi kita kelegaan dengan kejayaan ini. Craig Bellamy berada tepat pada kedudukan yang betul selepas bermain satu dua bersama Johnson dan kemudiannya menyudahkan dengan cantik menewaskan Joe Hart. Itulah gol kedua Liverpool untuk menyamakan kedudukan selepas Mak Siti mendahului 1-2 melalui Edin Dzeko. Terlebih dahulu, De Jong yang telah membuat percubaan jarak jauh berjaya memberi gol pendahuluan pelawat sebelum disamakan oleh Gerrard melalui jaringan penalti selepas bola rembatan Agger terkena tangan Micah Richards.
Selepas mendapat amaran lisan dari Dalglish, nampaknya semua pemain Liverpool bermain mati2an untuk mengelakkan mereka dijual. Tiada Carroll sebagai pemain utama, menjadikan Bellamy sebagai penyerang untuk mengkucar kacirkan pertahanan Mak Siti. Apa pun semua pemain dapat menjalankan tugas yang baik dan cemerlang untuk mengekang jentera Mak Siti.
Lawan pasukan Liverpool di Wembley sudah tentunya bekas kelab Bellamy merangkap kelab yang dimiliki jutawan Malaysia Cardiff City. Ingat tarikh ini " 26 Februari 2012", kita bertemu di Wembley selepas 6 tahun tidak pernah beraksi di pentas Final. YNWA
p/s: Piala cikai pun cikailah, janji ada kejuaraan yang bakal dijulang. Sekurang2nya menjuarai piala cikai ini, pintu untuk bermain di Liga Eropah terbuka secara automatik untuk Liverpool. Tapi aku nak Champion League......
Layan gol2 dalam perlawanan ini.
Scoring Summary
Liverpool | Manchester City |
---|---|
Steven Gerrard (pen 41') | Nigel De Jong (31') |
Craig Bellamy (74') | Edin Dzeko (67') |
Match Stats
15(12) | Shots (on Goal) | 6(4) |
7 | Fouls | 7 |
12 | Corner Kicks | 2 |
6 | Offsides | 1 |
44% | Time of Possession | 56% |
2 | Yellow Cards | 1 |
0 | Red Cards | 0 |
4 | Saves | 10 |
Teams
Liverpool | Manchester City |
---|---|
25 Pepe Reina | 25 Joe Hart |
2 Glen Johnson | 6 Joleon Lescott |
5 Daniel Agger | 2 Micah Richards |
37 Martin Skrtel | 5 Pablo Zabaleta |
3 José Enrique | 13 Aleksandar Kolarov |
8 Steven Gerrard | 15 Stefan Savic |
19 Stewart Downing | 18 Gareth Barry |
26 Charlie Adam | 34 Nigel De Jong |
14 Jordan Henderson | 19 Samir Nasri |
39 Craig Bellamy | 21 David Silva |
18 Dirk Kuyt | 10 Edin Dzeko |
Substitutes | |
32 Doni | Costel Pantilimon 30 |
23 Jamie Carragher | Gaël Clichy 22 |
34 Martin Kelly | Karim Rekik 44 |
16 Sebastian Coates | Owen Hargreaves 20 |
11 Maxi Rodríguez | James Milner 7 |
33 Jonjo Shelvey | Adam Johnson 11 |
9 Andrew Carroll | Sergio Agüero 16 |
Substitutions | |
Martin Kelly for Craig Bellamy (88) | Sergio Agüero for Stefan Savic (46) |
Andrew Carroll for Dirk Kuyt (90) | Adam Johnson for Nigel De Jong (78) |
Yellow Cards | |
Steven Gerrard (5) | Aleksandar Kolarov (56) |
José Enrique (64) | |
· Squads: Liverpool | Manchester City |
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !