Headlines News :
Home » , , » Preview : 4th Round FA Cup 11/12 - Liverpool VS Man. United

Preview : 4th Round FA Cup 11/12 - Liverpool VS Man. United

Written By saleehs gerrard on Saturday, January 28, 2012 | 02:45

"Road To Wembley". Hajat pertama untuk melangkah ke stadium Wembley sudah berhasil apabila Liverpool layak ke Final piala Carling menentang pasukan Cardiff City. Kini misi kedua pula diteruskan untuk memastikan Liverpool bakal memonopoli Stadium Wembley pada musim 2011/2012 ini.

Merentasi pusingan ke-4 dalam saingan piala FA ini, Liverpool berdepan tugas besar apabila menerima kunjungan pasukan Manchester United di Anfield. Sememangnya begitulah nasib Liverpool apabila seringkali diundi untuk bertemu pasukan2 terbaik liga di awal aksi saingan. Musim lalu juga kita telah diundi untuk bertemu pasukan Setan Merah ini seawal pusingan ke-3.

Kita masih ingat lagi dengan aksi perlawanan yang amat menyakitkan kita. Diaibkan oleh pemain ke 12 Setan Merah diatas padang " Howard Webb", yang telah membuat keputusan diluar dugaan. Memberi sepakan penalti kepada MU seawal minit ke-2 dan kemudiannya melayangkan kad merah kepada Steven Gerrard di waktu perlawanan baru berlangsung setengah jam. Sememangnya kisah yang serupa juga terjadi kepada Mak Siti ketika menentang mereka di pusingan ke-3 tempohari.


Kini adakah peristiwa itu bakal berulang kembali. Provokasi penyokong Setan Merah telah bermula semenjak Liverpool tewas kepada Bolton lagi. Bagi SG, kalau bola tu empat segi ataupun lonjong, mungkin bolehlah penyokong mereka kata MUnyet menang, ini bola bulat. Macam2 boleh terjadi. Tetapi berdasarkan prestasi Liverpool musim ini, walaupun terumbang ambing ketika menentang kelab bawahan, tetapi apabila bertemu pasukan atasan, pasti kejayaan bakal tercipta walaupun hanya sekadar mampu seri. Dibantu lagi dengan sorakan peminat di halaman sendiri serta semangat layak ke Final Piala Carling, sekurang2nya Alex Fuckinson bagai nak gila termenung memikirkan strategi yang bakal diguna pakai oleh Dalglish.

Apa yang pasti, si petualang Evra pasti sukar untuk menyesuaikan diri di atas padang pada perlawanan nanti akibat di booo dan diejek oleh penyokong Liverpool diatas kesialan yang telah dilakukan olehnya. Di atas kertas, mungkin MUnyet menguasai perlawanan, tetapi dari segi moral dan semangat membalas kebiadaban yang telah dilakukan oleh mereka, sudah pastinya Bellamy akan mengamuk lagi untuk membawa Liverpool mara ke pusingan seterusnya. YNWA.....


 p/s: Suarez dah mula kembali kepadang dalam pra latihan terakhir sebelum perlawanan ini. Walaupun beliau dijangkan hanya mula bermain  ketika menentang Spurs pada 6 Februari nanti, tapi kehadirannya sedikit sebanyak dapat membakar semangat rakan2nya untuk menghukum "SETAN DIREJAM...."

Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger