Headlines News :
.

Latest Post

Jadual dan Keputusan UEFA Champions League Liverpool musim 2014/2015

Written By Unknown on Monday, September 1, 2014 | 03:05


Musim 2014/15 ini Liverpool kembali mewarnai kancah utama bolasepak Eropah apabila berjaya mendapat tiket automatik layak ke pertandingan UEFA Champions League (UCL) selepas 5 tahun tidak layak untuk menyertainya. Harapannya Liverpool mampu untuk mencipta kejutan sekali gus menambah koleksi ke-6 piala Champios League ini.

Berikut adalah jadual serta keputusan perlawanan UEFA Champions League bagi musim 2014/15 ini. Segala perubahan jadual dan keputusan terkini akan di dikemaskini dari masa kesemasa.

UEFA CHAMPIONS LEAGUE 2014-2015
GAME
PASUKAN
TARIKH
WAKTU
VENUE
KEPUTUSAN
Gr_B (1)
Ludogorets
17/09/2014 02:45
Home
2 - 1
Gr_B (2)
Basel
02/10/2014 02:45
Away
1 - 0
Gr_B (3)
Real Madrid
23/10/2014 02:45
Home
0 - 3
Gr_B (4)
Real Madrid
05/11/2014 03:45
Away
-
Gr_B (5)
Ludogorets
27/11/2014 03:45
Away
-
Gr_B (6)
Basel
10/12/2014 03:45
Home
-

*Sila klik keputusan untuk melihat rangkuman perlawanan.

** Tarikh dan waktu yang tertera di dalam jadual diatas adalah berdasarkan waktu di Malaysia (GMT +8:00)


Jadual dan Keputusan Capital One Cup Liverpool musim 2014/2015


Berikut adalah jadual serta keputusan perlawanan bolasepak bagi Capital One Cup yang membabitkan pasukan Liverpool FC bagi musim 2014/2015. Semoga ia akan memberi manfaat kepada peminat LFC sebagai panduan serta sumber rujukan untuk analisis pada waktu akan datang, kami tidak akan menghampakan peminat-peminat setia yang sentiasa bersama kami. Kami akan update keputusan dari masa ke semasa.

CAPITAL ONE CUP 2014-2015
GAME
PASUKAN
TARIKH
WAKTU
VENUE
KEPUTUSAN
3rd-round
Middlesbrough
24/09/2014 02:45
Home
2 (14) - (13) 2
4th-round
Swansea City
29/10/2014 04:00
Home
2 - 1
5th-round
Bournemouth
18/12/2014 03:45
Away
-


** Tarikh dan waktu yang tertera di dalam jadual diatas adalah berdasarkan waktu di Malaysia (GMT +8:00)


BPL 2014/15 (Game 3) - Tottenham Hotspur 0-3 Liverpool


Liverpool berjaya meneruskan kecemerlangan beraksi di White Hart Lane apabila berjaya mencipta kemenangan kali kedua bagi musim 2014/15 ini. Jika musim lalu Liverpool menumpaskan Tottenham Hotspur di stadium keramat dan penuh badi ini dengan keputusan 0-5, kali ini keputusan 0-3 sudah memadai.

Gol-gol Liverpool telah dijaringkan oleh Sterling, Gerrard melalui penalti serta Moreno. Sepatutnya Liverpool mampu untuk membuat jaringan lebih dari 3 gol ini. Disebabkan kegopohan serta ketamakkan pemain-pemain seperti Sterling dan Sturridge membuatkan kita sedikit kecewa.

Pada perlawanan ini Brendan Rodgers telah membuat beberapa rombakan besar dalam kesebelasan Liverpool. Menurunkan gandingan muka baru Sakho dan Lovren di pertahanan tengah bersama Moreno dan Manquilo di kiri serta kanan sememangnya terbukti kental. Kemunculan buat kali pertama Mario Balotelli yang baru seminggu menjadi pemain sah Liverpool telah membuatkan Coutinho hanya sebagai pemanas dibangku simpanan.



Gandingan Gerrard Hendo dan Allen memang berkesan untuk mengerakkan barisan serangan serta membantu bahagian pertahanan. Terima kasih juga kepada pengadil yang memberi sepakan penalti kepada liverpool hasil dari lakonan yang amat memberansangkan oleh Allen. Paling yang membanggakan sudah pasti jaringan Moreno. Jika minggu lepas banyak keilapan yang memkan diri sendiri telah dilakukan, tetapi kali ini kawalan bolanya yang kemas dari kawasan pertahanan sendiri terus meluru laju sebelum merembat masuk tanpa dapat diselamatkan oleh penjaga gol Spurs.


Minggu hadapan Liverpool akan kembali bermain di Anfield untuk menerima kunjungan pasukan Aston Villa. Dengan prestasi Aston Villa pada ketika ini agak menonjol, ia sedikit sebanyak memberi kesulitan walaupun bermain dihalaman sendiri. Harapannya pemain Liverpool mampu untuk mempamerkan aksi terbaik lebih dari perlawanan ini. YNWA


LIVERPOOL : Mignolet, Moreno, Manquilo, Sakho, Lovren, Henderson, Gerrard, Allen (Emre Can), Sterling (Enrique), Sturridge, Balotelli (Markovic)
SUBS : Jones, Coutinho, Markovic, Emre Can, Lambert, Toure, Enrique

TOTTENHAM HOTSPUR : Lloris, Dier, Kaboul, Rose (Davies), Vertonghen, Chadli, Lamela, Eriksen (Townsend), Bentaleb (Dembele), Capoue,  Adebayor
SUBS : Friedel, Townsend, Chiriches, Kane, Davies, Dembele, Holtby





Jadual dan keputusan Premier League Liverpool musim 2014/15

Written By Unknown on Sunday, July 13, 2014 | 03:17


Musim baru 2014-2015 akan bermula pada pertengahan Ogos 2014 ini. Saingan sengit semua pasukan yang bertanding dalam Liga Premier Inggeris ini pasti akan kembali berlaku . Mampukah pasukan Liverpool FC terus menduduki kelompok empat terbaik liga dan sebaik-baiknya merangkul kejuaraan liga yang terlepas dimusim lalu? Sama-sama kita mengharapkan keistimewaan Brendan Rodgers dan kebolehan pemain-pemain Liverpool mampu memberi sesuatu yang istimewa buat peminat Liverpool FC bagi musim 2014/2015 ini.

Berikut adalah jadual Liga Premier yang bakal dilalui oleh pasukan Liverpool bagi musim 2014-2015 ini. Segala perubahan jadual dan keputusan terkini akan di dikemaskini dari masa kesemasa.


PREMIER LEAGUE 2014-2015
BIL
PASUKAN
TARIKH
WAKTU
VENUE
KEPUTUSAN
1
Southampton
17/08/2014 20:30
Anfield
2 - 1
2
Manchester City
26/08/2014 03:00
Etihad Stadium
3 - 1
3
Tottenham Hotspur
31/08/2014 20:30
White Hart Lane
0 - 3
4
Aston Villa
14/09/2014 00:30
Anfield
0 - 1
5
West Ham United
21/09/2014 00:30
Upton Park
3 - 1
6
Everton
27/09/2014 19:45
Anfield
1 -1
7
West Bromwich A.
04/10/2014 22:00
Anfield
2 - 1
8
Queens Park R.
19/10/2014 20:30
Loftus Road
2 - 3
9
Hull City
25/10/2014 22:00
Anfield
0 - 0
10
Newcastle United
01/11/2014 20:45
St. James' Park
-
11
Chelsea
08/11/2014 20:45
Anfield
-
12
Crystal Palace
23/11/2014 21:30
Selhurst Park
-
13
Stoke City
29/11/2014 23:00
Anfield
-
14
Leicester City
03/12/2014 03:45
King Power Stadium
-
15
Sunderland
06/12/2014 23:00
Anfield
-
16
Manchester United
13/12/2014 23:00
Old Trafford
-
17
Arsenal
20/12/2014 23:00
Anfield
-
18
Burnley
26/12/2014 23:00
Turf Moor
-
19
Swansea City
28/12/2014 23:00
Anfield
-
20
Leicester City
01/01/2015 23:00
Anfield
-
21
Sunderland
10/01/2015 23:00
Stadium Of Light
-
22
Aston Villa
17/01/2015 23:00
Villa Park
-
23
West Ham United
31/01/2015 23:00
Anfield
-
24
Everton
07/02/2015 23:00
Goodison Park
-
25
Tottenham Hotspur
11/02/2015 04:00
Anfield
-
26
Southampton
21/02/2015 23:00
St Mary's Stadium
-
27
Manchester City
28/02/2015 23:00
Anfield
-
28
Burnley
04/03/2015 04:00
Anfield
-
29
Swansea City
14/03/2015 23:00
Liberty Stadium
-
30
Manchester United
21/03/2015 23:00
Anfield
-
31
Arsenal
04/04/2015 22:00
Emirates Stadium
-
32
Newcastle United
11/04/2015 22:00
Anfield
-
33
Hull City
18/04/2015 22:00
The Kingston Stadium
-
34
West Bromwich A.
25/04/2015 22:00
The Hawthorns
-
35
Queens Park R.
02/05/2015 22:00
Anfield
-
36
Chelsea
09/05/2015 22:00
Stamford Bridge
-
37
Crystal Palace
16/05/2015 22:00
Anfield
-
38
Stoke City
24/05/2015 22:00
Britannia Stadium
-


**Tarikh dan waktu yang tertera didalam jadual diatas adalah berdasarkan waktu di Malaysia (GMT +08:00)


Selamat jalan Luis Suarez

Written By Unknown on Saturday, July 12, 2014 | 02:53


Setelah sekian lama berusaha untuk meninggalkan Liverpool, akhirnya pada Jumaat 11/07/2014 hajat Luis Suarez tercapai juga. Barcelona dalah pasukan pilihannya untuk meneruskan cabaran dalam memantapkan lagi kerjaya bola sepaknya.

Sebelum ini khabar angin mengenai risikan Barcelona terhadap Suarez tidak dapat ditutup lagi. Perbincangan demi perbincangan telah berjalan diantara pihak Barcelona dan Liverpool dalam proses menamatkan perjanjian jual beli. Dengan tawaran harga terakhir £71.28 juta tidak dapat ditolak lagi oleh Liverpool untuk melepaskan Suarez daripada cengkaman.


Mungkin ketiadaan Suarez adalah suatu kehilangan besar bagi Liverpool seperti perginya Alonso ke Real Madrid dan Torres ke Chelsea, tetapi ia tidak bermakna Liverpool hanya berjaya bersandarkan seseorang pemain sahaja. Memang diakui sebelum ini selepas pemergian Alonso Liverpool tenggelam dalam saingan. Tetapi kehilangan Torres pula langsung sedikit pun tidak merencatkan perjuangan Liverpool. Jadi disini kita dapat membuat kesimpulan bahawa keluar masuk pemain dalam satu-satu kelab adalah perkara biasa yang harus kita terima dengan hati terbuka.


Apa yang meredakan tekanan penyokong Liverpool ialah cara pemergian Suarez yang sedikit pun tidak mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan keluarga Liverpool. Walaupun beliau dipalit bermacam-macam tragedi, tetapi profesionalnya beliau dalam mengeluarkan kenyataan membuatkan kita rela dalam pasrah.


Ramai peminat di Liverpool yang meramalkan Suarez bakal menimpa nasib yang sama seperti Torres di Chelsea. Secara logiknya Suarez adalah pemain yang mampu menyerap tekanan dan bekerja dengan sesiapa sahaja. Jadi peluang cerah di Barcelona terbetang luas untuk dirinya dalam memajukan kariernya. Semoga Suarez berjaya dan mampu mencipta yang lebih baik dari apa yang dihasilkan di Liverpool. Kami tetap menyanjungi anda. YNWA.


WORLD Cup 2014 - England vs Italy

Written By Unknown on Sunday, June 15, 2014 | 14:10


World Cup 2014 di Brazil ini walaupun baru 3 hari bermula, tetapi telah banyak kejutan berlaku. Jika semalam bekas juara WC 2010 Sepanyol telah kecundang 1-5 di tangan Belanda, awal pagi tadi pula pasukan-pasukan pilihan seperti Uruguay turut menerima nasib yang sama apabila tewas kepada Costa Rica dengan 1-3. Yang lebih mengecewakan, pasukan kegemaran SG, England juga gagal untuk mengutip sebarang mata dalam pertemuan dengan pasukan Italy.

Pertemuan England vs Italy ataupun boleh dianggap perlawanan TEAM BUDGET POWER vs TEAM KILAUAN EMAS dimenangi oleh Italy dengan keputusan 1-2. Walaupun ia perlawanan pertama peringkat kumpulan D dan masih dianggap perlawanan pemanas badan ataupun buang busuk, tetapi sedikit sebanyak moral pemain agak tertekan.

Roy Hodgson pasti berang dengan persembahan anak buahnya. Beliau yang yakin dengan beberapa pemain pasukan Liverpool telah menurunkan 5 orang pemain iaitu Johnson, Gerrard, Sterling, Henderson dan juga Sturridge. Memang pujian harus diberikan kerana berani menurunkan skuad muda dalam kejohanan kali ini, tetapi pengalaman juga perlu diambil kira.

Contoh terbaik seperti Henderson yang agak sedikit tenggelam. Adakalanya terfikir kenapa tak masukkan Millner ataupun Lambert. mungkin juga pilihan lain yang agak sesuai dengan mood permainan Italy. Orang kata skuad Italy adalah dibarisi dengan pemain veteran, tetapi kenan ingat, orang tua pun sengatnya masih berbisa.

Apapun tahniah kepada Sturridge kerana berjaya mencatatkan nama sebagai penjaring gol. Harap lepas ni beliau lebih yakin untuk membantu England mara kehadapan. Perlawanan selepas ini sudah pasti menentang pasukan Suarez iaitu Uruguay. Mohon Hodgson dapat menurunkan kesebelasan pemain yang terbaik.


Tanah berserta rumah banglo untuk dijual

Written By Unknown on Saturday, May 31, 2014 | 04:54


TANAH REZAB MELAYU PEGANGAN BEBAS (FREEHOLD) berserta rumah BANGLO untuk dijual.

*URGENT..... Owner nak pakai duit.
  • Keluasan tanah = 3/4+ ekar @ (0.7897 ekar) @ (75.59' x 470.47')
  • Pemilikkan = 1 geran (kalau nak beli, boleh buat pinjaman)
  • Lokasi = Terletak di dalam kawasan perkampungan, Kampung Bandar, Banting, Kuala Langat.
  • Coordinates : 2.858398, 101.444402
  • Kedudukan : lokasi strategik kerana tanah berada di tepi jalan besar kampung.
  • Keuntungan : Diatas tanah ini telah dibina sebuah banglo berusia sekitar lebih 10 tahun. 
  • Keluasan sebenar rumah : 49' x 74' (3,626 sft)




KEMUDAHAN
  • 5o meter dari surau
  • 500 meter dari masjid
  • 600 meter sek. ren. kebangsaan & 200 meter sek. ren. agama
  • 150 meter dari tapak pasar malam (petang Sabtu)

- Harga yang ditawarkan untuk tanah serta rumah ini adalah RM530,000 sahaja.
- Segala tawar menawar boleh dilakukan terus kepada pihak owner.


SYARAT-SYARAT

  • kedua-dua belah pihak pembeli dan pemilik bersetuju dengan harga, pihak pembeli perlu menyediakan deposit 3% dari jumlah harga keseluruhan.
  • 7% lagi ketika hendak sign S&P (Sales And Purchase Aggrement) untuk melengkapkan 10% pertama.
  • Bagi seterusnya dibayar mengikut perjanjian yang terkandung didalam S&P.


REMARKS

  • Rumah & tanah sahaja. tidak termasuk perabot serta kelengkapan dan perkakas dalam rumah.
  • Jika pihak pembeli tiada lawyer untuk pengurusan, pihak owner akan menyediakannya.



Jika berminat sila hubungi :

Salleh
019-2617430 (whasapp pun boleh)

* Update Date : 31 May 2014 @ Saturday
* Mudah.com Advertised : Click HERE

Ladang Sawit 29,833 ekar di Labis, Johor

Written By Unknown on Sunday, May 25, 2014 | 15:20


Ladang sawit untuk dijual. Terletak di Labis, Johor. Keluasan sebenar ladang ialah 29,833.32 ekar yang ditanam sawit berbagai usia. Penjualan ladang adalah termasuk : 

  • Bangunan pengurusan
  • Banglow/hostel pekerja 
  • Club house 
  • Stor
  • Jentera
  • Padang golf 9 lubang
  • 3 buah kilang

1. Property Status   : Achi Jaya Plantations Sdn. Bhd

2. PROPERTY TYPE : (Agricultural) Oil Palm Plantation

3. PROPERTY NO.    : 3 estate:-
  1. Johore Labis Estate
  2. Sungai Gerchang Estate 
  3. Claire Estate
4. LAND TENURE : Freehold (Non Bumi)
5. LAND AREA : 29,833.32 acres (Johore Labis Estate/Sungai Gerchang Estate = 23,579.07 acres & Claire Estate = 6,254.25 acres)
6. SELLING PRICE : RM 42,000 per acre - 29,833.32 X RM 42,000 = RM 1,252,999,440.00
7. COMMENT : Good Maintenance with High Production
8. DOCUMENT ATTACHED : Inclusive of 3 mill & 9 hole golf course, Incl. Proposal and map.
9. OTHERS INFO : PA, new ofer later & lates Mandate Available



SYARAT-SYARAT
Setiap pembeli wajib mengeluarkan LOI berserta photocopy 2% Bank Draf dari harga keseluruhan ladang sebelum bertemu dengan pihak Lawyer yang berkenaan. Sebarang pemberian LOI kosong dan tidak disertakan photocopy bank draf, tidak akan dilayan.










Berminat, sila dapatkan maklumat lengkap dan hubungi : 

- Kamarudin
- 019-2375741




Remarks : 

  • Update date : 11 March 2015 @ Wednesday.


Game 17 MSL 2014 - Selangor 0-1 JDT


Impian pasukan Selangor untuk terus menjarakkan diri di takhta liga tidak kesampaian apabila tewas 0-1 kepada JDT malam tadi. Bermain dihalamann sendiri dihadapan lebih 60 ribu penyokong bukanlah lesen untuk Selangor mudah untuk menghadapi anak-anak buah Bojan Hodak ini.

Selangor lebih gemar bermain secara bertahan memandangkan musuh pada perlawanan ini yang diakui mempunyai barisan pemain yang cukup mantap dari segala sudut. Hampir keseluruhan pemain Selangor lebih banyak berada di kawasan sendiri dan ini menyebabkan peluang untuk membuat serangan agak tipis.

Barisan tengah yang dikemudi oleh S Venood, Andik, S Kunalan dan Pantelidis terlalu tumpul untuk mencipta peluang-peluang jaringan terhadap Rangel dan Thamil Arasu. Lebih membantu barisan pertahanan telah membuatkan Rangel terkontang kanting tanpa arah.

Mungkin berharap peluang seperti ketika menentang pasukan Pahang lalu bakal kembali, tetapi malangnya peluang yang hadir gagal disempurnakan dengan kemas. Walaupun hanya sesekali serangan balas berjaya dihasilkan, kebuntuan untuk menyudahkan peluang membuatkan Selangor terus menggigit jari.

JDT sememangnya layak menang. Bukan kerana pemain-pemain bintangnya, tetapi kesungguhan serta mutu permainan yang dipamerkan. Sepatutnya JDT mampu lagi untuk memperolehi banyak gol, tetapi hanya jaringan melalui Figuero pada minit ke-70 sahaja mampu dihasilkan.

Walaupun Selangor tewas pada perlawanan ini, Selangor masih lagi mengungguli carta liga dengan mengumpul 34 mata, dua mata dihadapan JDT. Harapnya pasukan Selangor perlu bekerja keras lagi di baki 5 perlawanan akhir ini bagi memastikan hajat untuk menjadi juara tercapai.

Pada hari Isnin 26/05/2014 ini juga akan dilangsungkan perlawanan persahabatan diantara pasukan Selangor menentang juara baru pila UEFA, pasukan Sevilla dari Sepanyol. Perlawanan bermula pada jam 08:45 malam dan masuk adalah percuma.



Jadual dan Keputusan Friendly Liverpool musim 2014/2015

Written By Unknown on Tuesday, May 13, 2014 | 15:35


Berikut adalah jadual serta keputusan perlawanan persahabatan musim 2014/15 serta kejohanan Guinness International Champions Cup di Fenway Park, Boston yang telah dan bakal dilangsungkan. InsyaAllah kami akan sentiasa update keputusan dari masa ke semasa.

FRIENDLY 2014-2015
BIL
PASUKAN
TARIKH
WAKTU
VENUE
KEPUTUSAN
1
Brรธndby IF
17/07/2014 00:00
Brรธndby Stadium
2 -1
2
Preston North End
19/07/2014 23:00
Deepdale, Preston
1 - 2
3
AS Roma
25/07/2014 07:30
Fenway Park
0 - 1
4
Dortmund
10/08/2014 19:15
Anfield
4 - 0

GUINNESS INTERNATIONAL CHAMPIONS CUP
BIL
PASUKAN
TARIKH
WAKTU
VENUE
KEPUTUSAN
1
Olympiacos
28/07/2014 06:00
Fenway Park
1 - 0
2
Manchester City
31/07/2014 07:00
Fenway Park
2(3) - (1)2
3
AC Milan
03/08/2014 06:30
Fenway Park
2 - 0
4
Manchester United
05/08/2014 08:00
Sun Life Stadium
1 - 3

*Sila klik keputusan untuk melihat rangkuman perlawanan.

** Tarikh dan waktu yang tertera di dalam jadual diatas adalah berdasarkan waktu di Malaysia (GMT +8:00)


wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger