Selangor memulakan tahun 2011 dengan beberapa perubahan dari segi penaja dan pemain. Bermula tahun ini, Kappa telah diberi hak untuk menaja jersi pasukan Selangor untuk mengantikan Adidas sejak 2005-2010.
|
Jersi utama pasukan |
|
Jersi tempat lawan |
Menteri Besar Incorporated (MBI) diumumkan sebagai penaja utama musim ini. Menurut Tan Sri Khalid Ibrahim, MBI memberi tajaan yang bernilai lebih RM4 juta setahun. MBI mula menjadi penaja utama skuad Selangor pada musim 2010 setelah menggantikan penaja terdahulu, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
Bagi pemain pula, hanya enam pemain baru diserapkan ke skuad Selangor musim 2011 ini iaitu
Azidan Sharudin, Mohd Fadzli Shaari, Saiful Amar Sudar, K.Depan Sakwati, Yosri Derma Raju dan S. Sritharan.
|
Azidan Sharudin |
|
Mohd Fadzli Shaari |
|
Yosri Derma Raju |
|
S. Sritharan |
|
K.Depan Sakwati |
|
Saiful Amar Sudar |
Selangor pada tahun 2011 terus mensasarkan 4 piala seperti, Piala Sumbangsih, Piala Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia seperti tahun2 yang sudah.Kegagalan Selangor untuk memiliki Piala FA dan Piala Malaysia pada tahun lalu memberi seribu keazaman untuk anak2 buah K. Rajan memburu kejayaan yang lebih cemerlang pada tahun ini.
Sementara itu harga tiket perlawanan di Stadium Shah Alam telah dinaikkan dari RM10 sebelum ini kepada RM15 pada musim ini. Diharap peminat tidak bermasalah dengan kenaikan harga tiket ini. Ini bertujuan untuk mempertingkatkan lagi mutu pengurusan dan pemain selangor sendiri.
Semoga Selangor berjaya mencapai sasaran menjulang 4 piala pada musim ini. InsyaAllah..
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !