2011-Perancangan masa depan yang lebih bermakna
Hari ini bersamaan 01 January 2011 atau nak lebih cantik lagi 1.1.11 adalah permulaan bagi tahun baru 2011. Dengan hati yang suka duka terpaksa meninggalkan tahun 2010 yang penuh dengan kenangan manis serta pahit dalam meniti kehidupan yang lebih bermakna. Persoalannya, adakah terbukanya lembaran baru ini, kita akan meninggalkan tahun 2010 ini bersama kenangan2 serta pengajaran yang telah kita perolehi?.
Semalam masing2 bersemangat untuk menyambut tahun baru di tempat2 yang berkenan dihati. Banyak tempat2 yang menyambut aktiviti diambang tahun baru seperti Dataran Merdeka, KLCC, Bukit Bintang, Putrajaya & banyak lagi. Aku juga tak terlepas nak menyambutnya. Tapi tak ler terlalu teruja sangat. Sekadar bersantai bersama keluarga sahaja. Itupun planing last2 minute. Akhirnya tempat yang aku tuju ialah Pantai Morib di Banting, Selangor. Bukan jauh pun dari rumah aku, lebih kurang 15 minit je. Jimat masa, tenaga & kos.
Nampaknya Pantai Morib juga menjadi sasaran orang ramai untuk menyambut tahun baru ni. Susah juga nak dapat parking. Di pentas utama, pengunjung disajikan dengan persembahan kebudayaan. Aku bukan berminat sangat pun. Silap2 tertidur pula aku nanti. Jadi terus je lepak2 tepi pantai membiarkan anak2 bermain sambil2 aku berdating berdua bersama isteriku. Rasa macam zaman muda2 pula. Sesudah itu aku bersantai pula digerai2 makanan untuk mengisi perut yang mula kelaparan.
Nampaknya kunjungan pengunjung kesini berasa sedikit kecewa. Ini kerana selepas coundown tahun baru oleh pengacara, tiada pun persembahan bunga api. Ramai pengunjung berkerumun di kawasan2 pentas beria2 nak melihat bunga api. Tapi gelap saja. Kesian. Hilang sedikit mood pengunjung. Bagi aku tak kisah ler pun. Sebab niat aku cuma nak bersantai2 sahaja. Sebab dah lama tak bersantai waktu2 malam bersama keluarga. Sekali sekala apa salahnya . Untuk mengeratkan lagi kasihsayangkan.
Apa pun 2010 ku tinggalkan dengan penuh keinsafan. Meninggalkan sejarah2 hitam, kenangan2 pahit untuk dijadikan pengajaran. Sementara kenangan2 indah ku abadikan dalam sejarah kehidupanku. Semoga aku akan lebih memahami erti kehidupan yang sebenar.
Azam baru? Nampaknya aku tidak merancang apa2 pun azam baru untuk tahun 2011 ini. Cukuplah sekadar azam2 tahun lepas yang masih belun aku mampu miliki. Buat apa setiap tahun nak azam baru. Hanya niat sahaja, penyelesaian & peningkatan tak nampak pun. Adakah menjadi satu budaya bahawa setiap orang mesti & wajib untuk mempunyai azam baru di Awal tahun? Setiap manusia mempunyai persepsi yang berlainan.
Apa yang penting aku mesti berusaha bersungguh2 dalam mengharungi tahun 2011 ini. Kegagalan tahun lalu, tidak bereti aku gagal selamanya. Aku harap tahun ini aku berjaya memperolehi kejayaan dunia akhirat yang aku impi2kan. InsyaAllah .
Home »
aktivitiku
» Happy New Year 2011 - Misi membina kehidupan baru
Happy New Year 2011 - Misi membina kehidupan baru
Written By Unknown on Saturday, January 1, 2011 | 12:10
Labels:
aktivitiku
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !