Headlines News :
.
Home » , , , » Antara wang ringgit dan ibu bapa - Manakah yang lebih penting?

Antara wang ringgit dan ibu bapa - Manakah yang lebih penting?

Written By Unknown on Sunday, January 23, 2011 | 14:52

Untuk beberapa waktu sejak kebelakangan ini, kehidupan seharian SG penuh dengan aktiviti. Bukan aktiviti melancong ataupun beristirehat, tetapi perlu menyelesaikan beberapa perkara yang diluar dugaan. Begitulah fitrah setiap manusia, tidak terlepas dari masalah. Cepat dan lambat sahaja penyelesaian bergantung nasib sindividu tersebut.

Sesungguhnya Allah ingin menguji SG sekeluarga. Bulan Desember 2010 yang lepas emak mertua SG telah dimasukkan ke Wad dan juga ICU di hospital Banting. Diam2 25 hari juga emak mertua SG disana dimana minggu lepas baru dibenarkan pulang. Emak mertua SG disyaki mengidap penyakit TIBI. Sewaktu dihospital emak mertua SG dikuarantin dan keadaan tubuh badannya semakin kurus. Ubat2an jangan nak ceritalah, macam2 ubat ada sehingga keluar hospital pun dibekalkan seplastik ubat sehingga perlu diwajibkan setiap hari makan ubat2 tersebut dihadapan jururawat di hospital. Kiranya hari2 kena pergi hospital untuk makan ubat.

Ketika emak mertua berada dihospital, boleh dikatakan hampir setiap hari isteri SG datang melawat dan menjaganya. Nak diharapkan adik beradik lain, nama je ada 8 orang adik beradik, tapi semua sibuk dengan urusan masing2. Datang pun sekali sekala. Sejak awal tahun ini, SG bersama isteri cuba mencari alternatif rawatan lain. Kami berusaha pula untuk rawatan tradisional. Alhamdulillah dengan bantuan sahabat isteri SG, emak mertua SG sedang melalu proses penyembuhan sehingga kini.

Apa yang membuatkan SG terkilan ialah dengan perangai2 adik beradik ipar duai SG. Untuk pengetahuan bapa mertua SG berkahwin dua kali. Isteri pertama telah meninggal dunia dan dikurniakan 6 orang anak. Sementara isteri keduanya (emak mertua SG) mempunyai 8 orang anak. Jumlah semuanya ialah 14 orang. Disini SG hanya terkilan pada adik beradik isteri kedua sahaja. Semua hidup hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Bayangkan apabila disuruh untuk mencari bomoh atau pawang, semuanya tak nak berusaha. Ada pun cakap sahaja nak bawa ke Darus Syifa, tapi sampai sekarang seorang pun tak ada pun yang nak bawa.

Bila SG dan isteri mencadangkan rawatan yang kami usahakan ini, semuanya membangkang. Kata mereka syiriklah, tiada jaminanlah dan bermacam2 lagi alasan mereka. Untuk pengetahuan ketika ini kami mengunakan khidmat Mahaguru Dato Ibrahim Mat Zin (bomoh DiRaja Malaysia, pengasas Pertubuhan Seni Silat Gayong Ghaib Malaysia & penasihat menteri2 di Putrajaya). Cara rawatannya SG tengok tidaklah melanggari hukum syarak. Bapa mertua SG yang tengok rawatan itu pun senang hati sahaja. Apa yang membuatkan adik beradik ini membangkang sebenarnya ialah masalah kos yang perlu dibayar. Sememangnya antara dalam syarat2 perubatan itu kena memberi sedekah berupa memberi makan kepada 55 orang ibu tunggal 3 kali sehari selama 6 hari . Jadi kosnya sekitar RM1800. Besar sangatkah nilai RM1800 ini jika dibahagikan kepada 8 orang?. RM1800 ini untuk bersedekah, bukan kos rawatan. Rugikah kita bersedekah?

Jaminan
Dua abang ipar SG ni yang paling sibuk mempertikaikan dan menanyakan apa jaminan yang boleh diberi oleh bomoh tersebut. Astagfirullah. Ni siapa yang syirik ni. Bomoh tu bukannya tuhan. Kita hanya berusaha, tuhan yang menentukan. Dihospital pun, doktor tidak pernah memberi jaminan 100%, sebaliknya 50-50 walaupun mereka tahu ia akan beroleh kejayaan. Nampaknya mereka semuanya menyalahkan kami bulat2 kerana setuju dan tak nak ambil tahu apa yang kami usahakan. Sebenarnya SG dan isteri memang dah tahu perangai mereka begini, jadi kalau mereka tak nak bekerjasama pun, SG dan isteri sanggup mengeluarkan duit kami untuk memastikan rawatan ini diteruskan. Nasib baik masa emak mertua SG keluar wad tak kena bayar 1 sen pun (warga emas), kalau tak, rasanya mahu bergaduh juga kot sapa nak tanggung kos tu.

Mementingkan diri sendiri
Sememangnya boleh dikategorikan adik beradik ipar SG ni mementingkan diri sendiri. Mereka boleh kata duit bapa mereka banyak, buat apa disimpan2. Bagi SG duit itu hak bapa mertua. Dia sudah tua dan inilah masanya dia nak buat apa yang dia suka setelah bertahun2 bersusah payah membesarkan 14 orang anak2nya yang tak kenang budi. Semua harta orang tua tu nak dikikisnya. Cukup2lah anda dah dibesarkan, disekolahkan, dijadikan orang yang sempurna dan juga telah diberikan hak keatas tanah2 miliknya. Tak bersyukurkah anda. Jadi bila pula mereka2 ini nak menabur bakti membalas jasa2 kedua2 orang tua ini. Bagi SG, tiada guna harta jika menjadi perbalahan. Harta hanya hiasan dunia sahaja. Memang benarlah orang kata, ibu bapa boleh menjaga anak 10 orang, tapi anak 10 orang belum tentu boleh menjaga ibu bapa yang seorang. Insaflah wahai saudara2ku.

Prinsip
Memang sebelum ini, SG panas bontot sikit bila berada dirumah mertua. Ini buka kerana tak suka emak atau bapa mertua, tetapi karenah adik beradik ipar disana. Apabila mereka berkumpul, pasti mesyuarat tingkap bermula. Melagakan adik beradik, mengumpat serta membanggakan kerabat masing2. Akibatnya selalu juga isteri SG termakan kata2 mereka dan menyebabkan kadang2 kami berbalah. Walaupun begitu, SG tak kisah kalau isteri dan anak2 nak kesana. Sesibuk macam manapun SG pasti akan menghantarkanya. Cuma SG je kalau tak ada mood, SG tak tidur situ dan mencari helah lain untuk tidak berada disitu.

Sekarang SG bersyukur (setelah kejadian ini) , isteri SG dah sedar dengan perangai adik beradiknya tanpa perlu SG beritahu. Jika sebelum ini SG tak pernah menggunakan kuasa veto terhadap isteri bila hal keluarga mertua, mungkin selepas ini SG akan menggunakannya seperti mana mereka selalu menggunakannya (untuk mereka yang sentiasa mencari helah tak nak bekerjasama).

Apa yang SG harapkan, semoga Allah memberi hidayah kepada mereka2 ini. Semoga mereka cepat sedar sebelum terlambat. Selagi orang tua masih ada, sayangilah mereka selagi boleh. Seandainya mereka tiada, apakah nilai duit yang kita taburkan untuk majlis2 kenduri tahlil dan sebagainya boleh menebus dosa kita terhadap ibu bapa. Fikir2kan. Wallahuaklam...
Share this article :

16 comments:

  1. sabarlah. teruskan lah berdoa + usaha..InsyaAllah smuanye akan baik2 nanti oke? =)

    ReplyDelete
  2. sedih la....anak ramai tp xmenjamin kebahagian mak pak bila tua....takpe SG buat baik dan berbakti kpd kedua ibu bapa dgn hati yg ikhlas...insyaallah rezeki akan sgt murah....dipermudahkan hidup di dunia dan akhirat...amin.

    p/s:sama2 berdoa semoga mak mentua SG cepat sembuh.

    ReplyDelete
  3. seorang ibu boleh mnjaga 10 orng anak...tapi 10 orng anak blum tntu boleh mnjaga seorang ibu...itulah lumrah khdupan...sabarlah SG...ada hikmah d sblik semua tu...

    ReplyDelete
  4. 1 ibu bole jaga 10 anak.10 anak belum tentu bole jaga sorang ibu.tentang membangkang tu bloggerman pun penah alami.bila suh buat sorang pun wt tktau.bila kita buat mcm mcm complain.

    ReplyDelete
  5. Sabar lah kapten.Karenah manusia ni macam2,terutamanya bila melibatkan soal keluarga.

    ReplyDelete
  6. sabar eh...i pun ade gakproblem mcmtu tp not family mertua (i x kawen lg..hehehe)..tp adik beradik sendiri..ape yg penting kuatkan semangat..
    cheers :)

    ReplyDelete
  7. Bila saat macam ni baru kita tahu yg mana batu yg mane permata!! Semua ni ade hikmahnya sendiri, aunt T harap SG sentiasa tabah dan sabar!!ape2pun Liverpool menang SG!!

    ReplyDelete
  8. Rileks..biasa lah tuh..sabo jer la..akan ada balasan untuk diaorg..Anyway Liverpool menag..harap dapat redakan ketenangan..

    ReplyDelete
  9. memang inilah lumrah hidup, tak semestinya saudara mara dapat membantu sewaktu kita dalam kesusahan. kalau kita tabah menghadapi sudah tentu Allah akan tetap memberi pertolongan kepada hambaNya.

    ps: soal bomoh bersyarat tu secara peribadi seri pun tak berapa setuju sangat. andainya pesakit menghadapi masalah kewangan macamana dia nak melaksanakan syarat tu.

    ReplyDelete
  10. hmm harap bro leh tetukan yg mana elok dan buruk, mungkin ada pengajaran untuk kita semua..

    YNWA~

    ReplyDelete
  11. parents more important than anything!

    ReplyDelete
  12. pun masih tak paham ,kenapa ada lagi golongan gini sedangkan kita tahu tanpa ibu bapa...xde la kita...

    sabar la eh tuan tanah,,,,yang penting tuan tanah dah berusaha apa yg patut....insyAllah

    ReplyDelete
  13. Saya dari sabah..blh mintak contact number mahaguru?saya ingin buat rawatan dgn beliau tp xtahu mcm mna..

    ReplyDelete
  14. Saya dari sabah..blh mintak contact number mahaguru?saya ingin buat rawatan dgn beliau tp xtahu mcm mna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum berubat dengan ntah sesape, sila baca ni http://ping.busuk.org/v/606407/kenyataan-penuh-jakim-mengenai-bomoh-ibrahim-mat-zin.html

      Delete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger