Diawal2 tahun 2011 ini, nampaknya seperti kurang bersemangat untuk aku berblog . Nak kata terlalu sibuk, tidak juga. Tiba2 saja mood untuk berblog ini hilang entah kemana. Bukan sahaja untuk penghasilan artikel2 baru, tetapi untuk berblog walking (BW) juga malas. Bahkan untuk membuka blogku sendiri pun jarangku lakukan.
Hari ini aku gagahkan juga diriku untuk menghasilkan artikel untuk renungan bersama. Seperti tahun2 yang berlalu, sudah menjadi kebiasaan bagi kita untuk menghadapi waktu2 kenaikan harga barang2 keperluan serta kehabisan stok. Awal2 tahun ini kita sebagai pengguna sekali lagi dihadiahkan dengan beberapa siri kenaikan harga barangan. Apakah kesan dan tindakan kita untuk menghadapi fenomena ini.
Minyak Petrol, Diesel & Gas
Malam tadi kita dihebahkan dengan berita kenaikan lagi harga keperluan asas kita iaitu minyak petrol Ron97 (minyak hijau). Minyak ini suatu masa dulu adalah petrol yang selalu kita gunakan sebelum dinaik taraf dan digantikan dengan Ron95 (minyak kuning). Kenaikan harga Ron97 ini, pada asasnya kurang memberi kesan kepada kita. Ini kerana kebanyakan penggunanya adalah dikalangan mereka yang berada dan mementingkan penjagaan kereta. Jadi peratus penggunaanya adalah kurang dibandingkan Ron95 ini. Jika dulu harga RON97 ini adalah RM2.30, berkuatkuasa hari ini, dinaikkan 10 sen menjadi RM2.40. Begitu juga dengan minyak tanah naik menjadi RM2.50.
Persoalannya, walaupun kita kurang menggunakan kedua2 bahan ini, adakah ini bererti Ron9, gas dan diesel akan tetap berada pada harga yang lama. Mengikut situasi December tahun lalu, Ron95, gas dan diesel dinaikkan harga lagi selepas 3 hari Ron97 naik. Mungkinkah akan terjadi lagi pada bulan ini?. Apabila harga meningkat, sudah pastilah harga barangan keperluan lain juga meningkat. Ini kerana kos pengangkutan yang semakin bertambah.
Minyak masak
Sayur-sayuran dan santan kelapa
Kenaikan harga2 sayur sejak2 akhir ini sememangnya amat membebankan kita. Bayangkan kenaikan harga sehingga 125%. Ini bermakna sekiranya sawi itu dulu harganya RM2, kini kita terpaksa membayar harga sekitar RM4.20. Santan kelapa juga mendadak naiknya. Bayangkan jika sebiji kelapa dijual dengan harga RM2.50, kalau yang sudah siap perah pula mungkin mencecah RM3. Jika dulu dengan membawa RM50 kepasar boleh membeli bermacam2 barangan, sekarang? Fikirlah sendiri.
Barang2 binaan
Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM) juga menjangkakan harga barangan binaan mentah juga akan naik. Adakah kita sebagai pengguna akan terjejas? Nampaknya kalau dulu RM100 ribu dah boleh buar rumah cantik, kini boleh buat pondok sahaja. Nak beli rumah yang dulu harganya sekitar RM150 ribu, kini dah menjadi RM300 ribu. Adakah kita selama2nya nak menyewa. (Makin ramailah yang duduk bawah jambatan)
Kedai Mamak
Kesan dan tindakan kita.
Minyak masak. Nak jimat macammana. 95% masakkan memerlukan minyak. Takkan semua nak rebus je. Nak guna 4-5 kali minyak untuk menggoreng. Minyak dulu bolehlah. Minyak sekarang baru guna sekali goreng ayam dah naik hitam. Dah tu jadi macam air pula minyaknya. Nak proses minyak sendiri, Kelapa pun susah nak dapat. Kalau sayur2ran tu, siapa2 yang duduk kampung boleh juga nak bercucuk tanam. Rumah flat @ apartment bagaimana. Projek hydroponic dulu pun tah jadi apa. Kedai mamak ni kena ajar sikit. kita boikot kedai2 dia orang. Cuma masalahnya, berapa banyak kedai melayu yang boleh berniaga seperti mereka?
Nampaknya kita jugalah mangsa keadaan. Di negara yang bertuah serta kaya sumber alam ini, hanya dapat dinikmati bagi mereka yang tertentu sahaja. Kita perlu membayar dengan harga yang mahal untuk menikmati hasil bumi sendiri. Apa malangnya kita sebagai rakyat yang dianak tirikan.
Gaji @ Pendapatan
p/s: Bila barang2 mentah ini apabila sudah naik akan turun?. Jangan mimpi ler. Naik bukan main cepat. Turun macam siput. Itupun 10 sen ke 20 sen. Sedih2.. Tapi apa ada hal, pak menteri masih mengatakan, kenaikan tidak membebankan dan harga jauh lebih rendah dari negara jiran. Tahniah 1 Malaysia.
hahaa..harga barang naik salah, harga barang rendah nak mtk rendah lagi..bg subsidi pn slh, xbg pn slh..kdg2 pelik dgn perangai manusia..huhuu
ReplyDeletekedah naik air 2 sen sato tong bising satu negara tapi minyak naik 10 sen 3 @ 4 kali setahun depa kata tak boleh nak buat apa.Lepas ni tunggu la pulak kenaikan tarif elektrik.CONFIRM 100% NAIK!Dulu hati ini semakin lembut nak sokong pemerintah tapi semakin benda dok naik2 ni...hati kembali TAWAR...setuju tak Kapten?
ReplyDeletenaik jer...
ReplyDeleteturunnya tidak...adoiii...
gaji jer tamo naik
Saya Blogger TERENGGANU
Sebab Mengapa HARIMAU MALAYA Tidak Boleh Ditukar Kepada HARIMAU MALAYSIA !!
Misyamissyou > Setiap manusia mempunyai pandangan peribadi masing2. Setimpalkah kenaikan ini dibandingkan dengan nilai pendapatan kita yang dikategorikan berpendapatan rendah @ golongan kelas bawahan. Kita sering dibandingkan dengan negara jiran yang barang kita lebih murah dari mereka. Tapi pernahkah kita terfikir, berapa pula nilai pendapatan mereka. Apa hasil bumi yang mereka ada. Kita bersyukur sebab negara kita dianugerahkan tuhan hasil bumi yang banyak, tanah yang subur. Semua itu adalah untuk siapa. Bukankah untuk dinikmati bersama dengan samarata & saksama.
ReplyDeletePenyu > Kapten memang dari dulu kurang bkenan dgn pmerintah. Kapten sebagai warga swasta banyak merana dari bahgia. Walaupun Kapten dikategorikan berhaluan kiri, tetapi tidak bermakna Kapten akan mnyokong pembangkang ni 100%. Yang salah tetap salah. Kapten hanya mahukan pembelaan yang adil untuk kita sebagai rakyat Malaysia. Tak ada istilah bankrapnya negara kalau bagi subsidi tu. Dulu mereka kata, selangor akan muflis sebab bagi 20 meterpadu air percuma. Sampai sekarang, tak Bankrap pun. Makin maju adalah. Ini kerana pengurusan yang telus dan sistematik punca kejayaan.
p/s : Nilai diri Kapten ni bukanlah senilai sehelai kain pelikat @ beras sekampit. Setakat inipun Alhamdulillah cukup semuanya. Semuanya hasil dari titik peluh sendiri. ibarat orang kata : "Makan nasi tu, kita yang suap sendiri, bukan orang lain tolong suapkan". Tak mengemis pun mengharapkan bantuan. Apa yang diharapkan bantuan itu dirasai oleh semua rakyat dengan samarata.
sakit hatinya...
ReplyDeleteentah bila umat nak bangkit. apa yg pelik, masih ada yg tegar menyokong...
mmg benar, hasil bumi Allah ni, dinikmati oleh golongan tertentu sahaja, kerana kita mengguna sistem ekonomi kapitalis, di mana mereka mengaut 90% hasil bumi, dan mereka hanya beri 10% kpd kita. dan 10% itulah yg dikongsi-kongsi...
ermm betul tu tuan.laa ni nak anto anak skolah bawak kete pun dok pikir2 lagi sb i guna ron97.pernah guna ron95 tapi kete asik semput jer manjang.ermm udahnya bawak moto je lah sb nak save bajet.
ReplyDelete