Headlines News :
.
Home » , » Demam Denggi - Jus daun betik

Demam Denggi - Jus daun betik

Written By Unknown on Tuesday, July 6, 2010 | 00:48

Saya di sini ada satu petua untuk demam denggi juga (Petua ini diberikan
kepada ibu saya oleh kawannya semasa ibu saya kena demam denggi beberapa
tahun yang lalu).

*Dapatkan daun pokok betik yang matang dan bersihkan daun itu. Kemudian
tumbuk daun itu dan perah untuk dapatkan jusnya. Minum satu sudu kecil
jus itu. (Saya nasihatkan jangan campur dengan air, kerana jus itu
sangat pahit. Lebih senang minum satu camca kecil daripada segelas air
yang pahit).*

Saya sendiri, ibu dan adik saya pernah mencuba jus daun betik ini semasa
kena demam denggi. Kami bertiga sembuh tanpa perlu masuk wad. Selepas
minum jus daun betik itu, demam, sakit tulang dan sakit bebola mata reda
dengan cepat dan bilangan platlet naik semula dengan cepat. Tetapi,
walaupun demam sudah reda, saya dan adik saya masih mengalami
gejala-gejala deman denggi seperti "cramp" perut dan timbul
bintik-bintik merah. Saya pergi membuat ujian darah di klinik kerana
bintik-bintik merah penuh pada kedua-dua kaki. Doktor kata ia adalah
demam denggi kerana bintik-bintik merah itu timbul akibat bebuluh darah
pecah. Tetapi, keputusan ujian darah menunjukkan bilangan platlet berada
pada paras normal. Jadi saya tidak perlu masuk wad.

Petua ini saya ada "pass" kepada rakan-rakan kenalan saya yang kena
demam denggi. Terdapat seorang pesakit yang berumur 50-an kena demam
denggi dan telah berada di hospital selama beberapa hari tetapi paras
platlet masih berada pada paras bahaya. Selepas minum jus daun betik
ini, dia dibenarkan keluar hospital keesokan harinya kerana platlet
sudah kembali ke paras normal.

Petua ini sudah lama diamalkan dan ramai pernah mencubanya menyebarkan
petua ini di internet. Tetapi, perlu diingatkan bahawa setahu saya belum
ada kajian saintifik mengenai jus daun betik dalam menyembuhkan penyakit
demam denggi. Kesan sampingannya atau kemungkinan menyebabkan alergi
pada sesetengah orang juga tidak diketahui. Oleh itu, percaya atau tidak
petua ini dan kemungkinan risiko yang ada adalah keputusan dan
tanggungan pesakit sendiri. Tetapi setakat ini, tiada kesan sampingan
pada ahli-ahli keluarga saya dan kenalan-kenalan saya yang pernah
mencuba petua ini.



Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger