Headlines News :
Home » » Rumahku diserbu Jabatan Kesihatan

Rumahku diserbu Jabatan Kesihatan

Written By saleehs gerrard on Wednesday, July 7, 2010 | 00:32

06 July 2010

Hari ni aku & isteri terpaksa mengambil cuti kecemasan. Ini kerana anak buah isteriku Mohd Anas B. Ramlan telah kembali kerahmatullah pada malam 5/7/10 di HTAR Klang. Arwah yang berumur 23 tahun, menghidap Penyakit buah pinggang & juga organ dalaman. Hampir dua bulan arwah terlantar di HTAR. Jadi pagi2 lagi aku & isteri bergegas untuk menziarahi rumahnya di Kampung Jenjarum Banting. Telah ramai orang kampung yang telah tiba disana. Setelah selesai majlis pengkebumian, aku pulang kerumah mertuaku untuk membersihkan diri & berehat.

Sebenarnya itu bukanlah topik yang ingin ku kupas kali ni. Ia hanya sekadar aktivitiku dipagi hari ini. Yang pergi akan terus pergi, yang tinggal ni kenalah meneruskan kehidupan seharian. AlFatihah kepada arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Hari sudah petang. Dalam perjalanan pulang dari rumah mertuaku itu, dilorong masuk rumahku, aku lihat terdapat beberapa kenderaan milik jabatan kesihatan. Hati mula tertanya2. apa kes ni.nak kata ada kecemasan, Tak nampak pula ambulan. Aku terus saja memandu kerumah tanpa bertanya pekerja kesihatan terbabit. Sampai dirumah, emakku kecoh memberitahu bahawa jabatan kesihatan datang untuk memeriksa jentik2 ditempat2 tadahan hujan, lopak2 & sebagainya. Emmm.. tak pernah2 mereka datang check, ni mesti ada kes.

Rupa2nya Sepupuku Mohd Razi atau nama glamernya KENIT, telah ditahan dihospital Banting kerana disyaki denggi. Laa.. Senyap jer kena. Tak nak pun bagitahu keluarga aku. Tiga hari dua malam jugalah kat sana. Hari ni dia dah balik rumah ler. Ishhhh.. Bahaya ni. silap2 boleh merebak. Patutlah Kakitangan kesihatan ni ada kat sini. Emak aku dah tiga hari demam. begitu juga kedua2 anak aku.. isshhhhh...

Lebih kurang Jam 6.30 petang mereka mula melakukan penyemburan (Fogging) disemua rumah & kebun2 dalam lorongku. Berjerebu seketika. Semua penduduk keluar rumah. Yelahkan, nanti kalau tak keluar, nyamuk tak mati, orang pula yang mati. Lagi haru. Kerja2 mereka tamat lebih kurang jam 7 mlm ler kot.

Rumahku berjerebu

Keadaan rumah jiranku

Rumah Kenit ( mangsa suspek denggi)

Kebun & jalan raya pun sembur habis

Pada malamnya aku terpaksa jugalah membawa emak & anak2ku ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan.. Yelah. dah demam. risau tu. Tapi Alhamdulillah mereka semua demam2 biasa. Jadi malam ni aku boleh berehat dirumah dengan tenang tanpa gangguan nyamuk2 yang kejam ini. Boleh memfokuskan perlawanan separuh akhir World Cup (Uruguay vs Belanda) dengan aman. Alhamdulillah.

Sekalung Budi : 
Mohd Razi (Kenit) mangsa suspect denggi - Kalau dia tak kena, Tak merasalah nak dapat fogging free.
Jabatan Kesihatan - Unit Rancangan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor
Share this article :

3 comments:

  1. al-fatihah untuk arwah.. bab denggi nie.. memang bahaya..atibodi tak kuat..ish buley bwak maut.. tempat tinggal saya pepagi dah ade fogging..habislah baju keje bau "minyak wangi:" fogging.. hehe

    ReplyDelete
  2. waka..waka...rumah aku kat kampung masuk internet...glemer kejap...hehehe
    tapi wira ko tu mandi snow ker??

    ReplyDelete
  3. dah tentu wira dgn kancil mandi snow.. waaaa

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger