Headlines News :
.
Home » » panduan mengenal lelaki secara dekat

panduan mengenal lelaki secara dekat

Written By Unknown on Thursday, October 7, 2010 | 01:43

Walaupun sekarang zaman semakin semakin maju, teknologi semakin canggih, setiap manusia tidak terlepas dari sifat berkasih sayang.  Walau sejahat mana pun manusia itu, didalam hatinya masih ada lagi wujud perasaan ini. Kasih sayang dalam perhubungan memerlukan persefahaman diantara kedua pihak. Untuk mewujudkan persefahaman ini, setiap pasangan perlu mencari dan memilih teman yang sesuai untuk dirinya. Kali ini Gerrard dengan bermurah hatinya ingin memecahkan rahsia lelaki kepada wanita-wanita yang ketandusan idea untuk memilih lelaki untuk dijadikan pasangan hidupnya. Ia juga amat berguna kepada siisteri-isteri untuk mengeratkan lagi hubungan rumahtangga. InsyaAllah.

  • Jika lelaki menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.
  • Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan, berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.
  • Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.
  • Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.
  • Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?
  • Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.
  • Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.
  • Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.
  • Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.
  • Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.
  • Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.
  • Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya seorang wanita dengan seorang lelaki. Tidakkah anda setuju jika dikatakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?
  • Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.

p/s: Emm.. betul ke lelaki semua macam ni. Kalau diri Gerrard rasanya sama ler kot.  Tapi tak tau ler pulak pendapat korang. Gerrard nak tau gak pendapat kaum2 hawa ni. Lagi2 isteri yang sudah masak dengan karenah suaminya. emmm.. Komen.. jangan tak komen.. Orang lain nak baca ni. Biar mengeletar lutut wanita2 yang belum berumahtangga ni. hehehhehe.
Share this article :

18 comments:

  1. lelaki nie sukar diduga...umpama sebiji mempelam yang masak..adakalanya manis...adakalanya masam....hikhik

    ReplyDelete
  2. wow . ye tak ye jugak kan . x terpkir pulak . huuu~

    ReplyDelete
  3. nadia xjmpa cahtbox hahahaha taruk kat cini pon ok la ek lelaki macam pelam kew hahahahah

    ReplyDelete
  4. ermm kebanyakn nye cm tu la... lelaki x kuasa utk fikirkn perkara2 remaeh yup berfikiran makro =)

    ReplyDelete
  5. yes n no...haha4
    now ckin phm hati yg t'syg je....
    ley cm2...:P

    ReplyDelete
  6. br mummy,lelaki ke,perempuan ke,bile dh di alam rumahtangge,give n take itu penting..jgn bertindak mgikut perasaan dan paling penting komunikasi,selalu bbincang dlm ape jue masalah...

    ReplyDelete
  7. betul tu...hampir semua btol dahh...

    sy mmg kdg mcm nk hangin bile tgk laki sy mndiamkn diri..tp dlm ati pujuk sndiri ler,maybe dia stress..keroje byk bertimbunn kat opis x abis2,nk lyn kerja student lg..siann plak..so mengalah je la..jgn le sama2 ikut angin..tp kdg tu merajuk jugelah sbb mcm xde org plak nk lyn kite...hehehhe ;p

    ReplyDelete
  8. ha...dah baca2 rasa cikmun ni seorang lelaki pulak kakakakka :DDD tapi bab bebel2 tu..terkecuali lah.huah3.sebena nye tu sume betul..tapi tu secara dalaman.secara luaran lelaki convey dorang punya emosi dan bagai2 tu lain2.kan gerrard kan??^_^

    ReplyDelete
  9. mmg betul pown..lelaki ni byk sgt kerenah..kadang2 kalah org pompuan..huahuahua

    ReplyDelete
  10. Sy setuju...!!!
    Lelaki yg sy kenal mmg suka menyendiri bila stress sb x nak jd kan sy mangsa kemarahan mereka...he3...

    ReplyDelete
  11. heee~ betol kott. kadang2 sy pon ta fhm dgn lelaki nih. mcm2 ragamm. xD

    ReplyDelete
  12. haha part yang laki bersifat makro and perempuan mikro sngt betulll!! dah penat nangis, die buat slamber badak je :)

    ReplyDelete
  13. dah faham sangat orang laki ni.
    wpun belum kawin, tapi kite je nak kene mengalah.
    sabo je la.

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger