Awal2 pagi tadi aku buka internet. Macam biasa selain FB yang aku tuju, aku akan membuka laman
Live score.net .Ni gara2 nak tengok keputusan perlawanan bolasepak 1 dunia ler. Tiba2 aku terpandang ler No. 10. Ishhh.. biar betul ni. Aku pastikan semula. emang aku tak bermimpi. Sah & pasti.
10-0, itulah keputusan penuh perlawanan bola sepak di piala "
EREDIVISIE" (liga Belanda). Perlawanan di antara
PSV Eindhoven menentang
Feyenoord. 10 jaringan tu. Ni main bola ke, main ping pong. Aku pun tak tau macamana ler PSV main sampai membelasah Feyenoord sebanyak tu. Padahal Feyenoord ni, bukan le pasukan cap ayam. Mungkin selepas seorang pemain Feyenoord dilayangkan kad merah, mereka terus hilang punca & serba tak menjadi. Jadi pemain2 PSV ni mengambil kesempatan terhadap kelemahan pasukan lawan.
|
Liverpool 8-0 Besiktas. UCL 07/08 |
Emmm.. memang benar le orang kata bola tu bulat. Macam2 boleh jadi selagi wisel penamat belum ditiupkan. Bila perlawanan yang membabitkan jaringan banyak ni, aku teringat dengan perlawanan Champion League yang membabitkan pasukan Liverpool pada sesi 2007/2008 diAnfield. Ketika itu Liverpool membelasah Besiktas dengan jaringan 8-0. Itulah antara rekod jaringan terbesar di kejohanan eropah & juga zaman kemantapan pasukan Liverpool.
Mungkinkah zaman itu akan berulang?
Hmm bukan dalam masa terdekat la..semua player pun baru nak panas, harap menang aritu dapat dikekalkan momentum tersebut..huhuhu
ReplyDelete