Headlines News :
.
Home » , , » bercuti di Kuching Sarawak

bercuti di Kuching Sarawak

Written By Unknown on Tuesday, October 12, 2010 | 18:04

Kuching 08-10 Oktober 2010


HARI PERTAMA - Jumaat 08/10/2010

Aku bersama 2 orang sahabat Othman & Zamzaini tiba di LCCT pada pagi ini sekitar jam 8.00 pagi. Aku menaiki pesawat AK 5204 yang akan berlepas ke Kuching pada jam 09:45 pagi.Untuk penerbangan ini tiada gangguan yang ku hadapi. Ketika perjalanan aku dihidangkan dengan juadah nasi lemak yang telahku tempah secara online. Selepas kenyang, apa lagi aku pun terus tidur. hehehe.

Nasi Lemak Pak Nasser Air Asia
Pesawatku selamat mendarat di Kuching International Airport pada jam 11.30 pagi. Sampai disana kami dijemput oleh saudara Sarip. Beliau adalah tuan empunya bot yang ingin kami lihat & tempah untuk trip memancing kami pada bulan May tahun depan. En. Sarip terus membawa kami ke sebuah restauran untuk menikmati juadah nasi beriani kambing sebagai juadah lunch. Emmm.. memang tip top rasa nasi beriani ni. Tak ubah seperti masakan di semenanjung. Destinasi seterusnya. sudah tentu ler ke jeti di Semariang untuk melihat bot yang akan kami gunakan untuk memancing nanti.

Bot yang kami tempah untuk Trip tahun depan
Setelah puas kami melihat & meneliti bot tersebut, kami dihantar ke Bandar Kuching untuk mencari penginapan. Untuk hari pertama ini kami memilih Harbour View Hotel yang terletak si Kuching Waterfront. Kami menempah bilik dengan harga RM165. Kami menginap disini hanya untuk semalam sahaja kerana keeseokkan harinya bilik semua penuh. Dasyat juga yer hotel ni. Risik punya risik, barulah aku tau, rupanya ketika ini sedang berlangsung "Diabetes Asia 2010" Conference & juga Konvokesyen UNIMAS. Patutlah semua penuh. Hotel2 yang mahal2 pun disapu bersih juga.huhuhu.. Selepas jer check in, masuk bilik terus aku pengsan. Sedar2 dah petang pun.

Harbour View Hotel Kuching
Petang ini aku hanya meninjau2 disekitar waterfront. Aku jelajah di setiap barisan kedai yang menjual kraftangan. Servey apa2 yang patut. Kemudia aku tinjau2 pula di Sekitar waterfront. Lalu2 ditepi sungai. Sebenarnya aku pelik & hairan, kenapa aku terasa bandar kuching ni seperti mati. ,maksud aku tak ler meriah dengan pengunjung2nya. Mana perginya warga tempatan. Bila aku tanya2kan pada mereka2 yang berkenaan, barulah aku tau, rupanya orang tempatan disini bukannya suka sangat keluar bandar. Lagipun Bandar Kuching ni besar. Pekan2nya berterabur. Bukan macam Kota Kinabalu yang pekannya hanya setempat. Jadi bagi aku, memang banyak masalah ler kat aKuching ni kalau nak pergi ketempat2 yang menarik. Ini kerana semuanya tempat jauh dari kawasan bandar. Kalau tak ada contact2 orang sini, kena ler sewa kereta ataupun naik teksi.

Sampan ke Kampong Boyan
 Puas meninjau sekitar Waterfront, aku menyeberang sungai untuk mejamu selera dimedan selera Kampung Boyan.Dengan menaiki sampan yang dikenakan tambang sebayak 50 sen seorang, tak sampai 5 minit, dah sampai pun keseberang. Menu yang kami pilih mestilah masakan Sarawak. Aku memesan Mee Kolok sementara kawan2ku memesan Laksa Sarawak dan juga ikan pari bakar. Emmm.. memang puas hati sungguh rasa masakan kat sini. Citarasanya sama sahaja dengan semenanjung. Tip Top..

Mee Kolok
Ikan pari bakar
Laksa Sarawak
Medan selera di Kampong Boyan
Setelah kenyang, aku pun kembali ke hotel untuk membersihkan diri. Lebih kurang jam 9.30 malam, En. Sarip datang mengambil kami untuk dibawa bersiar2 sekitar bandar Kuching. Nampaknya waktu malam di Bandar Kuching kenderaan sibuk, tetapi aku tak tahu mana hala tuju mereka. Ini kerana Bandar Kuching ini masih kelihatan mati disekitar kedai2 dan pasaraya. Jadi apa yang dapat kuungkapkan disini, bersiar2 diwaktu malam di Kuching kurang le seronoknya. Untuk menghilangkan bosan, kami singgah di sebuah restauran untuk menikmati sate sarawak.. setelah puas bersembang bersama En. Sarip, kami dihantar pulang ke hotel & seterusnya aku terus melelapkan mata.

HARI KEDUA - Sabtu 09/10/2010

Sedar2 dah pukul 8.30 pagi. Huhh.. segar rasanya dapat melenakan diri dengan aman. Aku bersiap2 untuk keluar mencari hotel bagi penginapan malam terakhir kami nanti. Puas singgah kehotel2 lain seperti Tune hotel, Hilton, Grand Margherita & beberapa lagi hotel, semuanya penuh. Tinggal yang mahal2 jer. Aku cuba search diinternet. Aku contact pula Kuching Waterfront Lodge Hotel. Kat sini barulah ada kekosongan. Selepas itu. aku cepat2 check out di Harbour View dan terus ke Kuching waterfront Lodge Hotel.Harga bilik yang aku dapat ni ialah RM135. kira ok ler. Suasana pun aman & selesa.

Suasana ruang lobby Kuching Waterfront Lodge Hotel

Aku, osman & Manager hotel
Setelah meletakkan barang2 aku di bilik, kini aku nak menyerang pula kedai2 kraftangan di sekitar Water  Front ini. Bertuahnya aku kerana dapat menginap sebaris dengan kedai2 ini. Dari satu kedai kedai kedai yang lain, aku servey dahulu harga kain batik yang menjadi kegilaan isteriku ini. Apabila aku berkenan aku mula menghubungi isteriku dengan batuan video call (3G). Nak harap aku memilih, memang aku tak pandai. Lagi2 barang2 perempuan ni. separuh hari disitu & hasilnya 6 helai kain songket & 8 helai kain batik aku rembat. Koyak aku dekat RM300. Pe nak buat. Sayang binikan. hehhehe.

Sebahagaian kain batik & songket yang kurembat
Pemandangan disalah sebuah kedai kraftangan
Setelah letih memilih aku & kawan2ku, pulang  menghantar barang2 yang telah dirembat ke hotel. Perut dah mula keroncong. Jadi melilau ler mencari kedai makan yang sesuai. Akhirnya aku berjumpa sebuah restauran di belakang hotel Harbour View. Restauran Qushai namanya. Masakannya, emmm.. memang aku puji. teringat masakan semenanjung.hehehhe. Habis licin aku belasah nasik campur kat sini. Almaklumlah, dah ler sedap, lapar pula tu.
Restauran Qushai
Juadah pembuka seleraku
Selesai makan, kami menunggu En. Sarip untuk kepasar Satok. Dalam perjalanan ke pasar, hujan turun dengan lebatnya. Sampai2 saja terus mencari kedai minum & kami minum lagi. Ye la. Nak berjalan kat pasar tu hujan lebat lagi. Lepak2 ler dulu. Lebih kurang setegah jam, hujan pun berhenti. So aku teruskan misi pula untuk memborong Ikan terubuk masin. emm... Pada mulanya aku masih berhati2 untuk membelu ikan terubuk ni. Maklumlah, kenangan di Kota Kinabalu telah mengajarku. Diamana telah ditipu hidup2 dengan ikan terubuk ni. Padahal ikan bulan. Hampeh. Setelah yakin aku pun memilih ikan terubuk ni. Lebih kurang 15 ekor jugalah aku borong. Aku beli macam2 saiz le. Koyak lagi RM60. 


Setelah mereka siap packing ikan terubukku ini, aku pun menuju destinasi kek lapis pula di Kampong Boyan. Menurut kata En. Sarip bahawa kek lapis yang sedap ialah Kek Lapis Mira. Maka didalam hujan yang lebat lagi aku singgah di Mira Cake House. Pening aku melihat bermacam2 warna kek. Semua jenis aku rasa. Tapi masih gak tak tau nak pilih mana. Semua sedap2. Last2 aku beli juga 7 ketul. Kira punya kira, terbang lagi RM72. Mahal ke? Rasanya tak. Kalau beli kat semenanjung lagi le.. Tak sanggup.


Hujan masih terus mencurah2 di bandar Kuching ini. Aku balik semula ke hotel untuk berehat2 dan membersihkan diri. diwaktu malam, hujan terus turun dengan lebatnya tanpa berhenti2. Ini yang membuatkan semua planning tersangkut. Akhirnya aku hanya keluar makan sahaja. Selebihnya pusing2 bandar & balik semula ke hotel.

HARI KETIGA - Ahad 10/10/2010


Hari ni hari terakhir aku di Kuching. Sedar2 dari tidur jer dah pukul 9.00 pagi. Masing2 terlajak. Selepas huru haranya bersiap, kami bersarapan di dalam hotel. Termasuk pakej ler ni. Selepas bersarapan, aku terus serbu semula kedai2 kraftangan lagi. Banyak lagi yang belum aku beli. t shirt untuk aku & keluargaku. Pasu pun nak juga beli. Emm.. Borong sakan. Duit habis boleh dicarikan.

bersarapan dengan muka sembab
Masih ada masa lagi untuk aku bersiar2 mengambil gambar di sekitar bandar Kuching. Sekitar waterfront, tugu kucing & beberapa tempat yang menarik. Jadilah buat kenang2an aku disini.

Kuching bersaudara
berlatar belakangkan bangunan ADUN
Sarawak River Cruise

Pertandingan ratu kebaya kot..
Dah puas berposing2, aku kembali ke hotel untuk check out. Kemudian teksi menjemputku ke Airport. Penerbangan aku sepatutnya jam 1.55 tengahari, tapi di tunda sehingga jam 3.10 petang. Ini kerana waktu nak check in, boleh pula system Air Asia down. Semua penerbangan Air Asia sangkut. Bila dah masuk perut kapal terbang pula, Aircond bermasalah pulak. Sibuk ler jurutera dia orang merepair. Aku tak kisah pun dia nak lambat ke cepat. Sebab tambang aku pun murah, tapi yang aku kurang berkenan, sepatutnya dia kena ler bagi tau penumpang ada masalah penumpang ke. Ni tak, ada ke dia boleh bagi tau masalah aircraft. Mestilah ada yang cuak. Kang tiba2 terhempas kang. huhuhu. Alhamdulillah flight ku AK 5207 selamat berlepas & tiba di LCCT pada jam 4.45 petang.

Sekali lagi aku tersangkut. kali ni bagasi tak sampai2 pula. Penerbangan lain yang baru sampai dah dapat pun bagasi dia orang. Aku dekat setengah jam. Emmm.. Apa le nasib kita orang ni.. huhuhu. Kemudian apabila keluar dari LCCT, sekali lagi masalah timbul. Kenderaanku terperangkap dalam jem. Ngam2 pula MOTO GP abis & dia orang balik. Bayangkan dari LCCT ke roundboard masjid KLIA selama1 jam 45 minit. Saam macam penerbangan ke Kuching. Heheheh.. Apa2 hal pun, yang penting aku selamat sampai kerumah walaupun waktu pulang ini berbagai2 dugaan yang aku hadapi. Thanks pada semua yang terlibat. Lebih2 lagi AIR ASIA yang telah memberikan kami tambang murah untuk penerbangan kami.

Kuching, Jumper lagi pada bulan MAY 2011.


Share this article :

8 comments:

  1. wahhh...
    best nya jalan2 kucing...
    :))

    ReplyDelete
  2. selamat malam dari saya untuk kamu :P

    ReplyDelete
  3. dtg kuching eh...
    medan selera kami panggil barok..
    ikan trubuk satok memg murh...
    kek lapis swk kt mira house? da jumpe kwn sy x?? hihi

    org swk x suke buka kdai mlm..hihi..
    jam 10 pling lewat tutp...
    tp kamek org samrahan.. ^_6

    ReplyDelete
  4. datang Kuching, Sarawak nanti plan la awal...kita ada guesthouse...kalau sefamily mudah lagi stay guesthouse...
    rojak kucey jgn lupa try...

    ReplyDelete
  5. Wah, kalau malam dah tak ramai orang lagi la best.. Tak sesak. Cuma takleh nak cuci2 mate lah.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu dulu ler. skg ni area waterfront tu mlm dah nmpk hidupnya. lepak2 santai best ler gak

      Delete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger