Headlines News :
Home » , , , , , » 15/10/10 - Selangor & Liverpool. Dua cerita yang berbeza.

15/10/10 - Selangor & Liverpool. Dua cerita yang berbeza.

Written By saleehs gerrard on Saturday, October 16, 2010 | 04:23


Pada tarikh 15/10/10 semalam, dua kelab bolasepak kesayanganku mempunyai cerita yang berbeza. Berita duka kekalahan pasukan SELANGOR dengan Kelantan di saingan suku akhir Piala Malaysia telah di ceriakan kembali dengan berita Kejayaan New England Sports Ventures (NESV) mementerai perjanjian pembelian kelab LIVERPOOL FC. Alhamdulillah, hilang keaiban Red Giant walaupun seketika.


Kelantan 3-0 Selangor
Perlawanan suku akhir kedua yang telah berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-1V, Kota Bharu. Perlawanan tumpuan bagi seluruh peminat bolasepak tanahair akibat aksi2 pergaduhan di perlawanan suku akhir pertama di Stadium Shah Alam. Seperti biasa, aku sebagai peminat fanatik akan berharap kemenangan mutlak bagi pasukan Red Giant. Tapi apakan daya, tuah masih belum memihak kepada pasukanku ini. Dari soal permainan, sememangnya Kelantan berhak menang. Strategi pasukan Selangor yang agak kucar kacir telah memakan diri sendiri. Adat permainan. Ada yang kalah & ada yang menang ( sebab dah pertandingan kalah mati, tak boleh le nak serikan. heheheh). Jadi aku menerima kekalahan ini dengan hati yang terbuka. 


Kenapa aku bersikap begini?
  • Kekalahan ini menjadi pengajaran bagi skuad Red Giant. Sentiasa beringat & merendah diri. Tak semestinya kita selalu menang besar, kita kuatkan. Disebalik kekuatan pasti ada kelemahan. Bila tak ditutup kelemahan itu, pasti pasukan lawan akan memanfaatkannya.
  • Andaikata Red Giant menang, aku tak dapat bayangkan apa yang akan terjadi di stadium Kota bharu ni. Kat stadium Shah Alam seri pun dah jadi macam2. Kalau kat sini lagi ler. Mau terbakar stadium kot.hehehhe.
  • Selangor dah puas pegang Piala Malaysia. Bagi ler peluang pulak kat geng2 lain. Jauh sangat diaorang nak kejar rangking tu. Kalau selangor jer yang juara, bosan le pulak. Macam selangor jer yang kuat. huhuhu



NESV menjadi owner baru di Anfield
Minggu ini adalah minggu yang penuh debaran bagi peminat2 setia The Reds. Dua minggu kancah BPL ditutup memberi peluang kepada kita untuk mengikuti perkembangan jual beli kelab dengan berdebar. Sikap Hicks & Gillett yang amat kita benci kerana berdolak dalih untuk melambatkan proses pembelian ini. Dua kali turun naik mahkamah tinggi, akhirnya pihak pengurusan Liverpool yang diketuai Mr Broughton, Kristian Purslow dan Ian Ayre telah diberi kemenangan oleh pihak mahkamah untuk meneruskan proses pembelian ini.

Pada tarikh keramat 15/10/10 semalam, seluruh peminat setia Liverpool bergembira & bersyukur dengan terlepasnya seksa dari dua ekor syaitan ini. Tahniah kepada New England Sports Ventures (NESV) yang dimiliki oleh John Henry dengan kejayaan memiliki Liverpool FC.


Berikut adalah petikan yang disunting dari bobdaron.blogspot.com

Dengan kesempatan ini pemilik baru Liverpool iaitu NESV ingin menyampaikan terima kasih yang tulus ikhlas kepada Majlis pergurusan Liverpool FC atas ketekunan dan usaha mereka atas nama Kelab dan kepada semua yang berkerja keras dalam menjayakan proses pembelian ini.

berikut kata-kata dari individu yang terlibat bagi menjayakan proses pembelian ini......



"Atas nama seluruh ahli NESV , saya ingin memperkatakan bahawa kami sangat bangga dan rendah hati dimana kami NESV akhirnya berjaya diiktiraf sebagai pemilik baru kepada Liverpool FC. Kami menganggap peranan kami sebagai pelayan kepada kelab dan kini fokus utama kami adalah untuk mengembalikan era kegemilangan pasukan ini dalam jangka masa panjang. Dan kami mahu seluruh peminat tahu bahawa hadirnya kami disini adalah untuk mengubah segala apa yang telah berlaku selama in, seterusnya mengembalikan Liverpool sebagai pasukan yang dihormati oleh pasukan-pasukan lain. "Pemilik NESV “John Henry”



"Saya senang bahawa kami telah berjaya menyelesaikan proses jualan secara menyeluruh. Semua ahli lembaga pengarah memutuskan untuk menerima tawaran NESV atas dasar bahawa mereka memenuhi segala kriteria yang kami inginkan. Dengan berlakunya pertukaran ini akan memberikan sinar baru kepada pasukan dari segala aspek, iaitu aspek kewangan, pengurusan dan sekaligus memberi keyakinan baru mengenai masa depan Liverpool FC”Pengarah urusan Liverpool Martin Broughton,


"Kami mengakui bahawa Liverpool Football Club merupakan sebuah pasukan yang mempunyai sejarah dan disukai oleh masyarakat dan para peminat. Langkah pertama kami sebagai pemilik baru adalah untuk mendengar segala penjelasan oleh pengurus, pemain untuk melancarkan segala percaturan mengenai pembanguanan Kelab. Apa yang menjadi matlamat utama kami adalah mengembalikan budaya menang dalam pasukan serta mengembalikan kepercayaan peminat kepada pasukan ini”.


tambah Thomas Werner lagi.....

"NESV komited untuk mencipta landasan perancangan jangka panjang dan jngka pendek dari aspek kewangan yang kuat bagi kelab. Bagi hari-hari mendatang NESV akan berkerjasama dengan tenaga kerja Liverpool FC untuk belajar tentang segala aspek dalam organisasi bagi mencipta persekitaran yang terbaik untuk pasukan”. Pengarah NESV Thomas Werner

Semoga dengan kejayaan ini memberi sinar & nafas baru kepada LIVERPOOL FC. Ayuh.. Bangunlah wahai pejuang2 Anfield. Nasibmu sudah terbela selepas ini. YNWA....


p/s: Kalau prestasi sama gak, maka pihak pengurusan kena juga hantar uncle Roy ikut jejak Hicks & Gillett. Anda setuju?
Share this article :

7 comments:

  1. wa x reti main bola,bpk wa x kasi.. tapi wa baru belajar sepak bola futsal..
    (bole tak komen camni?)

    ReplyDelete
  2. aku peminat setia man utd !!!
    oke kah tu?
    ahaha

    ReplyDelete
  3. walaupun aku peminat kipas susah mati Man Utd tapi aku tetap harap musuh tradisi MU boleh terus bg saingan...

    ReplyDelete
  4. pasal selangor kalah....aku setuju...tapi games seolah2 cam mmg nak kasi kelantan menang...sape tgk boleh fk sendiri.....mgkn x mahu timbulkan kekecohan...tapi takper...tggu musim depan !!
    MU tetap MU...heheh...german dah layak pi euro 2012......

    ReplyDelete
  5. hmm Roy boleh ikut Hick & Gillet, diorang jugak yang amek die..same2 tak boleh guna.hehe

    ReplyDelete
  6. hai seraboooot........

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger