Headlines News :
.
Home » , » Apa hukuman wajar pada pencuri kabel?

Apa hukuman wajar pada pencuri kabel?

Written By Unknown on Saturday, November 6, 2010 | 23:42

Kurang ajar punyer pencuri. Tak ada benda lain ke yang dia orang nak rembat. Tau ler kabel telefon tu dalamnya ada tembaga. Pastu mahal pula harga tembaga tu. So, bila pencuri ni dah kerat kabel tu, tak ker menyusahkan penghuni2 sekeliling. Bukan sebuah rumah je yang kena. Silap2 satu kampung mengalami gangguan..

Apa yang membuatkan aku panas hati ni. Dalam minggu ni dua hari aku tak boleh nak melayari internet menggunakan Streamyx.  Ni gara2 kabel kena curi le. Kisahnya bermula pada hari Rabu tu selepas aku ambil anak balik sekolah, Aku pun cubalah wat connection. Tapi malangnya network tak ada. Aku check modem. Memang sah, signal pun tak ada. Check telefon pula, sunyi sepi. Tak ada nada langsung. Cuba wat direct connection telefon ke splitter. Pun sama gak. Pe pasal ni. Ada pokok tumbang dah hempap kabel utama aku ke. Maka waktu2 panas tengahari ni, aku pun pergi menyiasat kabel2 utama aku hingga ke tiang tepi jalan. Ada gaklah sejauh 100 meter. Semua ok jer. Kemudian ingat dihati nak tanya jiran sebelah, tapi tak ada orang pula kat rumah. Dipendekkan cerita, aku terus buat report ke TM. Selesai masalah. Tak payah nak pening2 kepala wat spot check lagi.

Kawasan kejadian & kabel baru yang digantikan
Pada malamnya, selepas aku pulang dari kerja, aku singgah melepak2 dulu dengan kawan2. Kawan2 sibuk memperli aku. Dia orang kata, aku mati kutu sebab tak dapat nak layan internet. Ehhh.. mana dia orang tau ni line kat umah aku problem. Rupanya2 buka rumah aku sorang je yang kena. Hampir 1 kampung terkena tempiasnya. Siap dia orang tau pula aku orang 1st yang buat report ( salah seorang kawan aku incharge TM di zon aku. Dah tentu dia yang terima report aku ni) So aku tanya apa kes. Ibu sawat meletup ke. Dia orang pun tak tau apa puncanya & bila start kena. Selalunya kalau aku balik keje petang, aku mesti online sampai ke subuh. Tapi malam sebelum kejadian, melepak punya pasal, aku balik rumah lambat. Lagipun nak tengok game bola AC Milan jumpa Real Madrid pagi tu. So aku taklah online. Tapi yang pasti malam tu line ok lagi. Sebab isteri aku kata, dia masih lagi boleh online hingga pukul 12 malam.

Hari Khamis esoknya, line masih sama. sunyi sepi. Sewaktu aku nak pergi kerja, aku ternampak kontraktor TM sedang memotong pokok & ada kabel macam kena potong. Tapi aku tak ambil port sangat. Anggapan aku, mungkin kabel tu putus sewaktu dia orang buat kerja tu. Petang tu kakitangan TM menelefon HP aku. Tanya dah ok ke belum linenya. Aku cakap manalah aku tau, coz aku tengah kerja. Dia orang cakap, try telefon rumah tak ada sesiapa yang angkat. Memang sah le tak ok lagi. Sebab rumah aku sentiasa ada orang.

Malamnya selepas balik kerja, rutinku memang singgah melepak dengan kawan2. Kecoh diaorang mengatakan punca sebenarnya kabel dah kena curi. Rupanya tempat yang kontractor TM tadi tu ler yang kena rembat. Cuma yang musykil, tempat tu adalah simpang 4. Laluan sibuk (siang ler). Tapi berani sungguh dia orang wat projek gak. Nampak tak logik. Tapi itulah hakikatnya. Kat mana2 pun boleh berlaku kecurian. Aku rasa dia orang wat projek ni, subuh2. Masa tu dah tentu line clear. Waktu kejadian aku lalu kat situ pun, dalam pukul 3 pagi. Tapi waktu itulah dia orang wat projek, memang aku tak perasan pun. Sebab terlindung sikit dengan pelepah kelapa sawit.

Walau macamana pun, kejadian ni mencabar aku & kawan2 penjaga kampung. Aku dapat ko, siaplah. Kesianlah sikit kat pengguna2 ni. Dengan aku tak kisahlah, sebab telefon tu aku tak sentuh pun. Mak ayah aku je yang guna. Aku cuma layan internet je. Bagi orang lain macammana. Memanglah sekarang ni rumah yang ada telefon rumah boleh dikira (masing2 dah guna HPkan.), tapi kalau ada kecemasan. Tak ke menyusahkan.

p/s: Kepada pencuri2 ni, kalau boleh janganlah korang curi benda2 yang membabitkan orang ramai. Menyusahkan semua orang. Cari ler benda lain yang nak dicuri. Janji orang kampung tak terbabit. Lebih senang citer, tak payah le mencuri. Carilah kerja2 yang halal. heheheh
Share this article :

15 comments:

  1. potong jer tgn...
    ak dulu praktikal kat tm slalo sgt dgr curi kabel nie...tgk mcm takde penyelesaian jer..kabel tanam dlm tanah pn bole kena curi..huhu

    ReplyDelete
  2. jom follow.. u'll never walk alone bebeh.. esok ade match ni.. hopefully gerrard blh bg goal cm semalam tuh! :)

    ReplyDelete
  3. cucuk je kabel tu kt tangan dia bior terbako..huhu geram

    ReplyDelete
  4. salam..gerrard..anda ditag untuk ambil award ni ye...hehe
    "award for u"

    ReplyDelete
  5. singgah blog pyza yek~
    http://www.jiwakaca.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Aku sebagai pekerja TM pun tensen. mana taknya malam2 pun kena standby coz ade breakbown. Tunggu TM upgrade ke fiber optik.padan muka pencuri kabel sekalian..pape pn YNWA..i follow u

    ReplyDelete
  7. salam..
    masalah ni mana2 pun alaminya..tempat saya pn sama..masalahnya jikalau ada permintaan dr tokeh2 tertentu yg akan membuatkan dorg ni berani..coz klu xda yg demand mana dorg mau jual tu kabel? ya x? coz xda yg mau...
    manusia..manusia..

    ReplyDelete
  8. x abis2 kes curi ni ye.
    entah bila la nak sedarkan.

    ReplyDelete
  9. hukuman paling mujarab kalau dapat tangkap suruh pencuri tu ganti semua kerugian TM kemudian sumbat dalam penjara.

    ReplyDelete
  10. haih..ingt kan dah senyap pasal curik kabel ni..ade lg upenye..ishh..ikat tgn tu ngan kabel yg dicurik..

    ReplyDelete
  11. kalau hebat sangat pegi curi kabel kat pencawang TNB.paling tidak pun hangus ayam kenny roger roaster je..haha

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger