Headlines News :
.
Home » , » Modem TP -LINK TD-W8901G ku telah berfungsi semula.

Modem TP -LINK TD-W8901G ku telah berfungsi semula.

Written By Unknown on Sunday, November 28, 2010 | 13:19

Masih ingat lagi tak posting aku malam tadi. "Ohhh.. modemku, kenapalah tak boleh nak connect internet?". Nampaknya ramai yang memberi comment berguna kepada aku. Selain memberi tunjuk ajar, ada juga yang tumpang simpati dengan nasib yang menimpa modem & PC aku itu. Sekurang2nya nasib yang menimpa diri aku tu, bolehlah memberi pengajaran kepada sahabat2 yang lain.

Pagi ni, balik kerja je, terus aku kerjakan modem ni. Atas tunjuk ajar Mr. Nakal, aku mula setting kembali modem aku ini. Berikut step by step yang aku lakukan :-
  1. Aku reset kembali modem TP -LINK TD-W8901G aku ni.
  2. Lepas reset aku offkan modem aku lebih kurang 10 saat
  3. Selepas on semula, aku sambungkan network cable ke Laptop & buka WEB BROWSE (Internet Explorer)
  4. IP No.: 192.168.1.1
  5. Login user dan lakukan step2 yang seterusnya.
  6. Selepas edit user name (xxxx@streamyx) & password baru aku perasan,  ingatkan sebelum ni aku letak VPI (0) VCI (32), rupanya aku letak VPI (8) VCI (35)
  7. Aku ikut yang disarankan oleh Mr. Nakal, VPI (0) VCI (35) dan next..
  8. Aku guna SSID yang sedia ada iaitu : TP-LINK_F72AE1 & Authentication Type : WPA2-PSK
  9. Last aku edit pula Pre-Shared Key : xxxxx
  10. Selesai masalah. 5 lampu LED menyala (Power,ADSL,Internet,Wlan & Port). Boleh connect internet dengan cable & wireless.
Cable network aku dah cabut, so 4 LED jelah yang menyala.
Dah selesai, tapi tetap tak berpuas hati
Selepas tu aku mengatal tangan pula nak tukar SSID name dengan nickname aku. Tapi yang jadi masalahnya wireless tak boleh nak connect internet. Hanya dengan cable saja yang boleh. kenapa ye? Untuk SSID name modem yang dulu aku guna nickname ni juga. Takkan tak boleh kot.

Lagi satu, user login IP default 192.168.1.1 tu bila kita dah setting, dia bukan lagi admin : admin ke? ke dah jadi admin : pasword Pre-Share Key yang aku letak tu? Aku dapat tau pun sebab aku remember my password.

Dipendekkan cerita aku terpaksa reset lagi modem & install semula macam tadi aku buat & SSID name tu aku guna yang sedia ada : TP-LINK_F72AE1

Selesai sudah walaupun belum sempurna. Aku fikir nanti2 dululah tukar2 SSID name tu. Yang penting aku boleh online. So kalau korang ada tips2nya share2 le kat aku ye.

P/S: Tak sangka pulak hari Ahad pekerja Dari TM boleh datang rumah aku hari ni. Masa tu modem aku dah settle. Just dia check line telefon aku yang bising je ni. So hasil report aku kat TM semalam, sedikit sebanyak menambahkan rezeki juga kat dia orang ni. Ye le, dapat dia overtime. hehehehe
Share this article :

4 comments:

  1. wah..nakal tolong??hebat..bagusla kalau dh ok.. ;)

    ReplyDelete
  2. salam kunjungan balas..makasih ziarah blog saya...comeii anak2 awak yer..

    ReplyDelete
  3. salam ziarah! :)


    sangat tak seronok kalau tak boleh nak online! huargh.

    ReplyDelete
  4. he..he..baru sehari tak online dah gatai tangan...seri pernah 2 minggu tak online gara2 TM down kat tempat seri.

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger