Headlines News :
.
Home » » Majlis Kenduri Cukur Jambul Qistina Haziqah

Majlis Kenduri Cukur Jambul Qistina Haziqah

Written By Unknown on Monday, November 1, 2010 | 05:20

Ahad - 31/10/2010

Hari ini aku bersama keluarga bertandang dirumah mertuaku di Jenjarum Banting untuk bergotong royong di Majlis Kenduri Tahlil & Cukur Jambul anak buahku. Dari malam minggu lagi selepas kerja & pergi kerumah sahabat ku "Izul Izuddin" kahwin di Sungai Kelambu, aku dah sampai kerumah mertuaku. Malam tu tiada apa2 sangat aktiviti. Aku lebih banyak masa didepan TV menonoton perlawanan akhir Piala Malaysia antara N9 menentang Kelantan. Habis perlawanan tu sambung pula game Chelsea & MU. Seterusnya apa lagi, membuta ler..
Keluarga Bahagia

Pagi mulalah aktiviti memasak. Dimulakan dengan mengoreng ayam, masak sayur & sebagainya. Kerja menjadi mudah kerana banyak kakitangan. So aku pun ambil le kesempatan dengan mengular2 (sambung tido).hehehhe. Pada petangnya selesai memasak (asyik memasak je), dilangsungkan pula acara turun tanah oleh kakak iparku untuk anak keduanya yang berumur 1 tahun 1 bulan. Acara ni buat simple2 jer. Aku tak pasti ler tempat lain ada buat ke tak. Tapi kalau kat umah mertua aku, mesti buat punya. Nak kata turun tanah pun, tak le jugaa. Sebab tikar dibentangkan. Jadi budak ni pun tak ler pijak tanah. Kemudian diletakkan ler diatas tikar tadi, buku, pen, Surah yassin & emas bersama budak tu tadi. Ohhh ye, budak ni namanya Puteri. Nama penuh aku tak ingat pula. huhuhuhu. Jadi barang2 ni tadi akan dipilih oleh Puteri. Dengan senang hatinya cabutan pertama adalah pen yang diambil. emmm.. maksudnya Puteri ni rajin menulis. Ye ke?. Lepas tu, dia pilih pula Surah Yassin. Emmm.. ada harapan rajin mengaji & beramal solehah ni.. Kalau pilih emas camne pula?. Mungkin mata duitan kut. Tak pun gila harta. Tapi puteri ni ambil dua tu je. Kira ok le.

Puteri dengan cabutan pertama "PEN"
Cabutan kedua "SURAH YASSIN"
Malam berkunjung tiba. Selepas Isyak, majlis Tahlil & cukur jambul  pun berlangsung. Dimulakan dengan dengan Tahlil & seterusnya bacaan berzanji dialunkan oleh tetamu. Setelah itu, berkumandanglah Marhaban dan diiringi Majlis mencukur Jambul. Ohhh ye, untuk pengetahuan, cukur jambul ini ada untuk anak kepada adik iparku Norhidayah & Mohd. Kamal. Nama bayi ni pula Qistina Haziqah. Nama mirip2 macam Qistina Aguilera plakkan. Dasyat2. Dengan didukung oleh ayahnya, Qistina di bawa tawaf mengelilingi tetamu & seterusnya 5 orang dipilih untuk mencukurkan anaknya. Baik betul Qistina ni, tak pula dia menangis waktu rambutnya diguntung. Dulu sewaktu anak aku, riuh sitau rumah dia menjerit. Aku pula yang naik malu dibuatnya.
Qistina Dicukur oleh Atuknya
Giliran Ustaz Ismail pula
Qistina bersama ayahnya Kamal & Bro Ujang
Siapakah yang berbaju pink tu. Itulah ibu Qistina "Hidayah"
 Selepas itu, tetamu dihidangkan Nasi Ambang & juadah kuih muih. Bab Nasi ambang ni, lain tempat lain cara & resepinya. Nasi Ambang ni bukanlah nak dimakan oleh tetamu disitu, sebaliknya mereka akan membahagi2kan Nasi Ambang didalam dulang ini mengikut ramainya tetamu yang hadir. Kalau ada 10 dulang, tetamu 50 orang, maka 1 dulang dibahagikanlah 5 orang. Sebenarnya bagi aku penyedap nasi ambang ini adalah serundingnya. Pandai yang membuat serunding, Sedaplah nasinya. Betul tak?.

Peh.. Dari rupanya, nampak sedapkan nasi ambang ni...
Pelapis2 muda Kampung Jenjarum
Proses pembahagian Nasi Ambang
Abang Ipar & Abang birasku yang baru nak belajar karate ayam.
 Selesai majlis itu sekali lagi kerahan tenaga. Nak mengemas pula. Dengan pantas lagi cekap aku cepat2 mengemas bekas2 makanan tetamu. Cepat siap, cepat le aku balik rumah. Dah le malam tu ada game Liverpool. Walaupun start pukul 12 malam, tapi, nak gak balik awal.. hehehhehe. Rindukan Laptop aku ni. 2 hari tak mnyentuhnya,
Berdoa...
Diantara kaum kerabat isteriku yang hadir.
Rajin2 ye Cik Zana, tahun depan giliran awak pulak..
 Pukul 11 malam setelah habis berkemas, aku pun pulang dengan keletihan. 2 orang anak2 ku dah pengsan. Kakaknya si Alya dari rumah lagi dah tido manakala adiknya Sarah pengsan diadalam kereta. Mana tak pengsan, Ayah & ibunya penat menolong, tapi mereka penat bermain dengan sepupu2nya. biasa le. budak2kan. Akhirnya sempat juga aku sampai rumah sebelum pukul 12 malam. terlebih2 sempat le nak tunggu game Liverpool ni..hehheh
Share this article :

2 comments:

  1. sedap nya ayam tu, i nak makan lah. hehehe

    ReplyDelete
  2. ank2 sy xpenah ade mjlis potong jmbul..huhuu..s ngape le..

    erm,nk tnye,cni mmg xde chtabox ke atau sy yg x nmpk?

    n then..header tu dr filem 300 yer?sy suke filem tu ! sgt best

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger