Headlines News :
.
Home » » MengGALAS BATU SAPI

MengGALAS BATU SAPI

Written By Unknown on Friday, November 5, 2010 | 10:09


Semalam 4 November 2010, telah diadakan 2 Pilihan Raya Kecil (PRK) di 2 buah negeri. PRK bagi DUN Galas Di Kelantan & Juga PRK bagi Parlimen Batu Sapi di Sabah.


Disini saya sebagai pemerhati politik tidak akan berbicara mengenai penamaan calon, kempen & juga pembuangan undi. Tetapi sekadar mengulas kemenangan & kekalahan parti2 yang bertanding.

DUN Galas.
DUN galas ini adalah terletak didalam kawasan Parlimen Gua Musang. Pertandingan kali ini adalah 1 lawan 1 antara calon BN, Abdul Aziz Yusoff menentang calon PAS, Dr. Zulkefli Mohamed. Apa yang kita tau, Parlimen Gua Musang adalah kubu kuat BN, dimana Ahli parlimen disitu ialah Tengku Razaleigh Hamzah. Jadi tidak hairanlah jika keputusan semalam, BN merampas semula kawasan terbabit. Selain itu Orang Asli yang menyumbang 17%  dari jumlah keseluruhan pengundi, sudah tentu menjadi milik BN. Kenapa? Mereka2 ini sememangnya penyokong tegar BN. Jumlah pengundi yang turun mengundi meningkat dari tahun 2008 iaitu 83 peratus atau 9,555 orang dari 11553 pengundi.

Parlimen Batu Sapi.
Parlimen ini adalah bersebelahan dengan Sandakan. Pertandingan 3 penjuru antara calon BN,Datin Linda Tsen Thau Lin, calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee & calon PKR, Ansaari Abdullah.Seperti yang kita ketahui, rakyat Negeri Sabah sememangnya menolak parti Semenanjung. Jadi untuk PKR memperolehi kemenagan amatlah tipis. Jadi harapannya hanyalah pada SAPP. Tapi sememangnya sudah dirancang, Bendera dacing sememangnya sudah terpahat dihati pengundi. Walaupun SAPP ini adalah parti dari Sabah sendiri, tetapi pengaruh BN sememangnya sukar ditandingi. Selain itu peratus yang turun mengundi jauh lebih rendah dari tahun 2008. ini kerana 61.47 peratus atau 15,774 daripada 25,582 pengundi telah keluar mengundi.

Hakikatnya setiap kali PRK sudah tentu peratus untuk BN memperolehi kemenangan adalah tinggi. Dari segi kerahan tenaga jentera2 dari seluruh tanah air, hinggalah peralatan & badan2 kerajaan diperkudakan. Itu belum lagi janji2 manis projek2 mee segeranya. Pendek kata, dapat sehelai kain batik, dah tentu pangkah BN. itulah hakikatnya PRK.

Bagi pihak PAS, SAPP & PKR pula, kurang2kanlah isu2 politik. Perbayakkan lagi aktiviti2 kemasyarakatan. Biar anda lemah dari segi kewangan, peralatan dan sebagainya, tetapi janganlah kita lemah dari sifat kepimpinan yang adil dan berwibawa. PRK ini adalah untuk menguji sejauh mana tahap keupayaan organisasi anda. Memang dah ditakdirkan, bila PRK, sudah tentu milik mereka. Lagi2 kubu kuat. Tapi PRU 13 akan datang, belum tahu lagi. Adakah gelombang perubahan rakyat aku terus memuncak atau pun merundum. Oleh itu dikesempatan sebelumnya PRU 13 nanti, bersedialah kita memperkemaskan lagi jentera pilihanraya kita. InsyaAllah tuhan bersamah orang yang bersungguh2 untuk menegakkan keadilan.

 SELAMATKAN MALAYSIA....

Share this article :

3 comments:

  1. takpe.focus untuk akan datang sudah.hee.

    ReplyDelete
  2. penyokong tegar PR ke?
    aduyai.jangan la tertipu

    ReplyDelete
  3. salam...jln2 cni...cari shoutbox xjumpe..heeee

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger