Headlines News :
.
Home » , » Game 15 BPL 10/11 - Tottenham 2-1 Liverpool. Kalah lagi....

Game 15 BPL 10/11 - Tottenham 2-1 Liverpool. Kalah lagi....

Written By Unknown on Monday, November 29, 2010 | 23:57


Tottenham Hotspur 2-1 Liverpool 


Seperti yang kita tahu, rekod perlawanan Liverpool bertemu Spurs ditempat lawan sememangnya milik tuan rumah sejak kebelakangan ini. Terlalu liat nampaknya Spurs untuk ditumbangkan dilaman sendiri. Akibat dari terfikir2kan rekod pertemuan ini, akibatnya sekali lagi Liverpool menerima nasib yang sama malam tadi.

NGOG - TORRES
MAXI - LUCAS - MEIRELES - KUYT
KONCHESKY - SKRTEL - CARRAGHER (C) - JOHNSON
REINA


Diawal perlawanan, Liverpool bermula baik dengan beberapa percubaan dari Maxi, Meireles tersasar serta diselamatkan oleh penjaga gol Spurs Gomez. Walaupun Spurs terpaksa mengeluarkan Van Der Vaart seawal minit ke 12 akibat cedera, tidak nampak sedikit pun ketempangan mereka tetapi sebaliknya mereka pula seperti menguasai perlawanan. Walaubagaimanapun, sepakan percuma oleh Meireles memberi sinar harapan kepada Liverpool. Bola itu ditanduk sipi oleh Skrtel &  mengenai badan Ngog. Akibatnya bola terus jatuh dihadapan Skrtel semula dan mudah dia melepaskan rembatan menewaskan Gomez pada minit ke 42.


Selepas rehat perlawanan bersambung. Spurs mengasak di setiap penjuru. Sekiranya tiada Carragher untuk aksi pertama, Meireles diaksi kedua yang menyelamatkan gawang setelah Reina tertewas & juga penalti yang gagal disempurnakan Defoe, sudah pasti malam tadi Liverpool jadi lauk besar. Skrtel yang sebelumnya disanjung wira, tiba2 sahaja tertampan hantaran lintang dari Modric untuk menghadiahkan gol kepada Spurs. Dipenghujung aksi nampak perlawanan seperti berkesudahan dengan seri, namun kealpaan Konchesky membiarkan Lenon memintas bola dan melarikan dengan pantas sebelum menewaskan Reina menjadikan 2-1 hingga tamat perlawanan.


Sememangnya amat perit bagi kita untuk menerima keputusan malam tadi. Permulaan nampak tuah seperti memihak kepada kita. Tetapi rupanya malang berterusan & badi di White Hart Lane masih melekat tebal didalam pasukan kita ini. Menambah kedukaan lagi apabila Carragher cedera pula & dijangkakan berehat selama 3 minggu @ lebih.


Perlawanan seterusnya Liverpool akan terbang ke Romania untuk menentang Steaua Bucurasti dalam Liga Uefa pada pagi Jumaat nanti. Dalam perlawanan ini Liverpool sekurang2nya hanya perlu seri sahaja untuk melayakkan kita ke pusingan seterusnya.
 
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger