Alhamdulillah. Nampaknya langit berterusan cerah. Semangat dahagakan kejayaan terus ditunjukkan oleh anak2 buah Uncle Roy. Walaupun bermain di tempat lawan, tetapi dengan meningkatnya mutu permainan, persefahaman yang jitu & moral pasukan menjadi nadi kejayaan
Liverpool malam ini.
Bertandang ke
Stadium Reebok, Liverpool mengharapkan tuah kemenangan menentang Blackburn minggu lalu berterusan. Turun 100% mengunakan pemain & formasi yang sama ketika menentang Blackburn tempoh hari. Formasi 4-4-1-1 sememangnya ramuan yang amat mujarab bagi pasukan Liverpool. Gandingan
Torres &
Gerrard sememangnya terbukti berkesan.
|
Huh. rasa nak pancit jer. ni. |
Separuh masa pertama, Liverpool bermula garang. Tapi malangnya, beberapa percubaan dari Torres, Gerrard,
Meireles &
Joe Cole dapat dinafikan oleh penjaga gawang
Bolton & selebihnya tersasar. Walaupun begitu pemain2 Bolton juga sering membalas serangan kekubu Liverpool. Kekebalan pertahanan yang diketuai oleh
Carragher & juga penjaga gol kita
Reina dapat menghalang bola dari membocori gawang.
|
Tau le badan ko besar. Jangan ler himpit2 aku ni. |
Separuh masa kedua, Nampak sedikit goyah pemain2 kita. Pemain2 Bolton yang majoritinya layak bermain ragbi (bertubuh tegap2) mengambil kesempatan ini dengan sentiasa membuat serangan keatas kubu Liverpool. Hasil kecekapan Reina, beliau dapat menyelamatkan beberapa percubaan yang merbahaya yang diterajui oleh
Davies. Kelihatan Joe Cole tercedera, pada minit ke 62 Uncle Roy mengeluarkannya untuk digantikan oleh
Ngog. Formasi terus bertukar menjadi 4-4-2 dimana gerrard kembali di midfield Kiri untuk memberi ruang kepada Ngog bergandingan dengan Torres. Kemasukan Ngog ini amatlah bagus. Ini kerana ia dapat mengkucar-kacirkan lagi pertahanan yang selama ini hanya memberi tumpuan penuh kepada Torres sahaja.
|
Aku tonjolkan jer bola ni. |
|
GOLLLLLLLLLLL!!!!!!!! |
Hasilnya, pada minit ke 86, Liverpool berjaya mendahului
0-1 melalui jaringan cantik
Maxi Rodriquez. Maxi menyambar bola hasil dari kuisan kebelakang Torres dan seterusnya merembat kencang kearah pintu gol. Walaupun bola dapat di tepis oleh penjaga gol, tetapi tepisan itu melambungkan bola dan terus menerjah jaring. Gol lewat permainan yang amat berharga kepada kita.
|
Gaya ukiran TATU tercantik.. |
|
"Cayolah Maxi", Kata Torres |
|
Udah2 ler tu. Rimas aku wei... |
Sekadar melewat2kan masa, Meireles dikeluarkan & digantikan oleh
Poulsen pada minit ke 90. Sesungguhnya Poulsen bermain tidak lama, kerana selepas 4 minit pengadil meniupkan wisel tanda tamatnya perlawanan & memberi kejayaan mutlak kepada Liverpool.
|
Akulah Wira |
Semangat tidak mudah mengalah ini yang harus sentiasa ditunjukkan oleh pemain2 kita. Kita berharap kejayaan ini terus mendampingi Liverpool berterusan. Kini Liverpool telah melepasi zon maut, naik 6 anak tangga untuk
menduduki tangga ke 12 dengan mengumpul 12 mata dibelakang Suderland yang tewas tadi pada New Castle 5-1. Teruskan mengejar tahta liga.
Untuk pertandingan
UEFA Cup pusingan kedua
Kumpulan K pada malam jumaat ini bertemu pasukan
Napoli di
Anfield, diharap pemain2 kita dapat mendominasikan perlawanan & seterusnya mengutip 3 mata lagi untuk menerajui kumpulan.
|
Kami dah buktikan, terima kasih peminat.. YNWA |
Semoga kejayaan terus bersama Liverpool'..
YNWA
Bolton Wanderers Liverpool
Match Stats |
| Bolton Wanderers | Liverpool |
Shots (on Goal) | 15(4) | 11(2) |
Fouls | 16 | 13 |
Corner Kicks | 1 | 4 |
Offsides | 1 | 2 |
Time of Possession | 41% | 59% |
Yellow Cards | 2 | 2 |
Red Cards | 0 | 0 |
Saves | 1 | 4 |
Match Information |
Stadium: Reebok Stadium, England
Attendance: 25,171
Match Time: 16:00 GMT
Referee: Martin Atkinson |
terbaik la Liverpool
ReplyDeletelepas menang ngan chelsea
betapa The Kop begitu ghairah dengan kemenangan away yang pertama.Tapi ia masih bukan satu rekod yang baik bg permulaan musim.
ReplyDeletelepak kat stdm anfield dulu..shoutmix dah buang ker??
ReplyDelete