Headlines News :
.
Home » , » Kecemerlangan berkekalan. Bolton 0 -1 Liverpool

Kecemerlangan berkekalan. Bolton 0 -1 Liverpool

Written By Unknown on Monday, November 1, 2010 | 03:39


Alhamdulillah. Nampaknya langit berterusan cerah. Semangat dahagakan kejayaan terus ditunjukkan oleh anak2 buah Uncle Roy. Walaupun bermain di tempat lawan, tetapi dengan meningkatnya mutu permainan, persefahaman yang jitu & moral pasukan menjadi nadi kejayaan Liverpool malam ini.

Bertandang ke Stadium  Reebok, Liverpool mengharapkan tuah kemenangan menentang Blackburn minggu lalu berterusan. Turun 100% mengunakan pemain & formasi yang sama ketika menentang Blackburn tempoh hari. Formasi 4-4-1-1 sememangnya ramuan yang amat mujarab bagi pasukan Liverpool. Gandingan Torres & Gerrard sememangnya terbukti berkesan.

Huh. rasa nak pancit jer. ni.
Separuh masa pertama, Liverpool bermula garang. Tapi malangnya, beberapa percubaan dari Torres, Gerrard, Meireles & Joe Cole dapat dinafikan oleh penjaga gawang Bolton & selebihnya tersasar. Walaupun begitu pemain2 Bolton juga sering membalas serangan kekubu Liverpool. Kekebalan pertahanan yang diketuai oleh Carragher & juga penjaga gol kita Reina dapat menghalang bola dari membocori gawang.

Tau le badan ko besar. Jangan ler himpit2 aku ni.
Separuh masa kedua, Nampak sedikit goyah pemain2 kita. Pemain2 Bolton yang majoritinya layak bermain ragbi (bertubuh tegap2) mengambil kesempatan ini dengan sentiasa membuat serangan keatas kubu Liverpool. Hasil kecekapan Reina, beliau dapat menyelamatkan beberapa percubaan yang merbahaya yang diterajui oleh Davies. Kelihatan Joe Cole tercedera, pada minit ke 62 Uncle Roy mengeluarkannya untuk digantikan oleh Ngog. Formasi terus bertukar menjadi 4-4-2 dimana gerrard kembali di midfield Kiri untuk memberi ruang kepada Ngog bergandingan dengan Torres. Kemasukan Ngog ini amatlah bagus. Ini kerana ia dapat mengkucar-kacirkan lagi pertahanan yang selama ini hanya memberi tumpuan penuh kepada Torres sahaja.

Aku tonjolkan jer bola ni.
GOLLLLLLLLLLL!!!!!!!!
Hasilnya, pada minit ke 86, Liverpool berjaya mendahului 0-1 melalui jaringan cantik Maxi Rodriquez. Maxi menyambar bola hasil dari kuisan kebelakang Torres dan seterusnya merembat kencang kearah pintu gol. Walaupun bola dapat di tepis oleh penjaga gol, tetapi tepisan itu melambungkan bola dan terus menerjah jaring. Gol lewat permainan yang amat berharga kepada kita.

Gaya ukiran TATU tercantik..




"Cayolah Maxi", Kata Torres
Udah2 ler  tu. Rimas aku wei...
Sekadar melewat2kan masa, Meireles dikeluarkan & digantikan oleh Poulsen pada minit ke 90. Sesungguhnya Poulsen bermain tidak lama, kerana selepas 4 minit pengadil meniupkan wisel tanda tamatnya perlawanan & memberi kejayaan mutlak kepada Liverpool.


Akulah Wira
Semangat tidak mudah mengalah ini yang harus sentiasa ditunjukkan oleh pemain2 kita. Kita berharap kejayaan ini terus mendampingi Liverpool berterusan. Kini Liverpool telah melepasi zon maut, naik 6 anak tangga untuk menduduki tangga ke 12 dengan mengumpul 12 mata dibelakang Suderland yang tewas tadi pada New Castle 5-1. Teruskan  mengejar tahta liga.

Untuk pertandingan UEFA Cup pusingan kedua Kumpulan K pada malam jumaat ini bertemu pasukan Napoli di Anfield, diharap pemain2 kita dapat mendominasikan perlawanan & seterusnya mengutip 3 mata lagi untuk menerajui kumpulan.

Kami dah buktikan, terima kasih peminat.. YNWA
Semoga kejayaan terus bersama Liverpool'..YNWA

Bolton Wanderers 0 - 1 Liverpool



Scoring Summary
Bolton Wanderers  0 1   Liverpool
Maxi Rodrรญguez (86)
Match Stats

Bolton Wanderers Liverpool
Shots (on Goal) 15(4) 11(2)
Fouls 16 13
Corner Kicks 1 4
Offsides 1 2
Time of Possession 41% 59%
Yellow Cards 2 2
Red Cards 0 0
Saves 1 4

Match Information
Stadium: Reebok Stadium, England
Attendance: 25,171
Match Time: 16:00 GMT
Referee: Martin Atkinson 

Teams
Bolton Wanderers Liverpool
22 Jussi Jaaskelainen25 Pepe Reina
Gary Cahill37 Martin Skrtel
12 Zat Knight16 Sotirios Kyrgiakos
Paul RobinsonPaul Konchesky
Gretar Rafn Steinsson23 Jamie Carragher
Fabrice MuambaRaul Meireles
Stuart Holden21 Lucas
Matthew Taylor10 Joe Cole
27 Lee Chung-Yong17 Maxi Rodrรญguez
Johan ElmanderFernando Torres
14 Kevin DaviesSteven Gerrard
Substitutes
20 Robbie BlakeChristian Poulsen 28
18 Samuel RickettsDavid Ngog 24
17 Ivan KlasnicMartin Hansen 41
21 Tamir CohenJonjo Shelvey 33
Adam BogdanJay Spearing 26
16 Mark DaviesMartin Kelly 34
19 RodrigoMilan Jovanovic 14
Substitutions
Rodrigo for Lee Chung-Yong (74)David Ngog for Joe Cole (62)
Ivan Klasnic for Johan Elmander (82)Christian Poulsen for Raul Meireles (90)
Robbie Blake for Matthew Taylor (87)
Yellow Cards
Matthew Taylor (49)Paul Konchesky (21)
Gretar Rafn Steinsson (89)Martin Skrtel (75)
· Club Squads: Bolton Wanderers | Liverpool
Share this article :

3 comments:

  1. terbaik la Liverpool
    lepas menang ngan chelsea

    ReplyDelete
  2. betapa The Kop begitu ghairah dengan kemenangan away yang pertama.Tapi ia masih bukan satu rekod yang baik bg permulaan musim.

    ReplyDelete
  3. lepak kat stdm anfield dulu..shoutmix dah buang ker??

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger