Headlines News :
.
Home » , » Majlis penyampaian hadiah Anakku - Tadika PASTI As-Salam

Majlis penyampaian hadiah Anakku - Tadika PASTI As-Salam

Written By Unknown on Sunday, November 21, 2010 | 18:38

Majlis Sambutan Hari Kecemerlangan PASTI As-Salam sessi 2010 
Tarikh : Sabtu 20/11/2010
Tempat : Dewan Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi (MITIB), Kampung Bandar

Pada mulanya aku tak berniat pun untuk menghadiri majlis sambutan hari kecemerlangan anakku ini. Aku fikir aku nak kerja je kerana isteriku telah ambil cuti untuk menhadiri majlis ini. Tapi setelah difikir2kan, aku tak sampai hati pula untuk melukakan anak kesayanganku ini. Berhempas pulas dia belajar, tiba masanya dia beroleh kejayaan & mendapat hadiah, ayahnya pula tiada. Seolah2 macam aku ni tak hargai dia pula. Demi untuk kecemerlangan yang berterusan untuk anakku ALya ini, ku leburkan juga overtime aku. Duit boleh dicarikan.Tapi kebahagiaan susah nak dapat wooo..




Ini adalah tahun pertama Alya di tadika Pasti ini. Maklumlah, umurnya pun baru mencecah 5 tahun. Untuk pengetahuan, tadika PASTI  ini sebenarnya baru 2 tahun beroperasi. Tahun pertama pelajarnya hanya dalam lingkungan 25 orang sahaja. Masuk tahun kedua mencecah ke 60 orang. Dengar cerita untuk tahun depan pula terpaksa tadika PASTI As-Salam ni, menghadkan pelajar kerana permintaan ibubapa terlalu tinggi. Ini kerana keadaan tadika itu sendiri yang belum sesuai untuk menampung pelajar yang terlalu ramai (lebih daripada 60 pelajar).

Penyampaian Ikrar & Lagu PASTI
Alya bermula alam persekolahannya sebagai pelajar yang senyap & pemalu. Dari kata2 Mualimah yang mengajarnya, Alya apabila ditanya susah hendak membuka mulut walaupun hendak memberitahu namanya. Sebenarnya Alya memang dididik kurang bergaul dengan orang luar apalagi bertemu rakan2 sebayanya. Jadi apabila tiba alam persekolahannya, dia sukar untuk menerima perubahan itu. Tetapi hasil didikan tenaga2 pengajar di Tadika PASTI As-Salam ini, Alya telah berubah menjadi kanak yang mesra & pintar. Alhamdulillah, ketika peperiksaan pertengahan tahun Alya mendapat no. 3 didalam kelasnya. Terima kasih kepada ibunya kerana rajin membantu Alya mengulang kaji pelajaran. Harapkan aku, emmm.. sekali sekala je aku bantu. Bagi aku biarlah dia dapat pendedahan dengar belajar berdikari tanpa mengharapkan bantuan.
Semakin hari aku lihat Alya semakin rajin mengulangkaji pelajaran dirumah. Tanpa kusuruh dia akan mengambil buku Iqraq, bacalah & mewarna untuk ditelaahnya. Sehingga kini dia sudah boleh membaca dengan lancar walaupun hanya perkatan yang mempunyai 2 suku kata sahaja. Untuk peperiksaan akhir tahun ini, Alya mendapat tempat ke 2 pula. Aku bersyukur amat sangat. Jadi untuk menghargai kerajinan & kepandaian Alya ni, aku rela hadir bersama isteriku untuk merayakan kejayaan Anak sulungku ini.

Alya kanan sekali bersedia untuk membaca buku cerita
Gelagat anak2 diatas pentas
Dihari penyampaian hadiah, telah diadakan beberapa acara untuk pelajar2 PASTI ini. Alya juga turut serta. Antaranya Ikrar & nyayian lagu PASTI. Menyanyi beberapa lagu nasyid & juga membaca buku cerita. Ayah mana yang tak gembira apabila anaknya terpilih untuk menyertai acara. Walaupun macam2 gelagat mereka di pentas, tapi ibu bapa & tetamu sudah faham. Anak2 kecil yang mendapat peluang berdiri di pentas. Pastinya bermacam2 ragam yang mereka lakukan.

Penyampaian hadiah untuk no. 2 dalam kelas
Penyampaian hadia untuk Bahasa Melayu terbaik
Dari Kiri :Kakakku, Anak buahku, Isteriku & anak kedua serta Alya bersama hadiah2
Tiba masanya Majlis penyampain hadiah pada pelajar yang berjaya. Aku ingat cuma sekali sahaja nama Alya disebut untuk mengambil hadiah. Rupanya 4 kali keseluruhannya. Hadiah tesebut adalah untuk kategori :
  • Cenderahati berupa sehelai sejadah kepada semua pelajar.
  • Hadiah bagi no. 2 dalam kelasnya berupa piala & peralatan menulis.
  • Pelajar terbaik dalam Bahasa Melayu berupa pensil box
  • Pelajar terbaik dalam Matematik juga pensil Box
Hadiah2 yang diperolehi oleh ALYA
Inilah bentuk hadiah yang sebenar.
Aku sebagai ayahnya cukup terharu & rasa nak menitiskan airmata diatas kejayaan anakku. Bayangkan apabila pengacara memanggil beberapa kali nama anakku ALYA BATRISYIA BT SALLEHUDIN? sudah tentu tetamu akan memuji dia & mengharumkan nama aku. Lagi satu barulah aku terasa keseronokkan seorang ayah terhadap kejayaan anak2nya. Gembira tak terkata.

Antara ibu bapa & tetamu
Aku sekeluarga di perkarangan MITIB
Apapun Alya masih lagi lemah dalam Hafazan & Bahasa Ingeris. Kalau tak dah tentu dia sapu semua hadiahkan. Tak mengapa, dia masih lagi mentah. Aku harap dia akan terus berusaha untuk menjadi pelajar terbaik pula pada tahun hadapan. InsyaAllah aku akan memberi bimbingan terhadapnya. Teriam kasih Mualimah2 di PASTI As-Salam Kampung Bandar. Terima kasih Isteriku yang tak letih mengajarnya. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat. Aku harap Alya akan menjadi insan yang cemerlang & terbilang. Mudah2an.

P/S: Tak menyesal aku hantar anak aku ke tadika PASTI. Hasil dari penyelidikan aku dari guru2 yang mengajar darjah 1, pelajar2 yang lebih bijak dari banyak2 tadika & PRA sekolah adalah dari kalangan pelajar2 PASTI. Boleh mengaji, membaca jawi & sebagainya. Jadi kalau korang tengah berfikir2 nak hantar anak tu ke tadika mana. Hantar le ke PASTI. Jangan fikir pasal parti, tetapi fikirkanlah untuk kejayaan anak2. 
Share this article :

5 comments:

  1. gamabar kat atas tuh macam kat UKM jek..betol ke?

    ReplyDelete
  2. teringat lak zaman kecik2 dulu..

    ReplyDelete
  3. Betul brother..tgk pada dunia skrg..mcm2 berlaku..parents memainkan peranan penting dlm mendidik anak2 kearah berpendidikan yang lebih efektif...sy sokong kta2 btother,hntar la anak2 ke PASTI,disitu mereka dpt mempelajari ilmu keagamaan dgn lebih...bak kta peribahsa"Melentur buluh biar la dari rebungnya"..hee..kalu dh keras..urmmm..alamaknya sushla nk bentuk...Tahniah ats kejayaan adik Alya...YNWA..heee

    ReplyDelete
  4. ohh.nak jadi kecil balik la.boleh.rinduu.haha.

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger