Headlines News :
.
Home » , » Game 12 BPL 10/11- Wigan 1-1 Liverpool

Game 12 BPL 10/11- Wigan 1-1 Liverpool

Written By Unknown on Thursday, November 11, 2010 | 06:11

Seri lebih baik dari kalah. Badi masih melekat kuat dengan Wigan.

Pagi ni aku update mana yang sempat je. Maklumlah pukul 7 nanti aku dah kena pegi keje. Tak sampai 1 jam aku kena settlekan update game ini. Pagi ni, Liverpool menurunkan barisan utama yang yang sama ketika mengalahkan Chelsea tempoh hari. Anak2 buah Uncle Roy turun ke Stadium DW Wigan Athletic dengan semangat juang yang tinggi selepas menewaskan pasukan Chelsea Ahad lalu, untuk terus memburu kelompok terbaik liga.

Torres, Kuyt
Rodriquez, Lucas, Gerrard, Meireles
Konchesky, Skrtel, Carragher, Kelly
Reina

Ist half, seawal minit pertama lagi Liverpool mendapat peluang keemasan untuk menjaringkan gol, tetapi kecekapan Ali Al Habsi berjaya menepis keluar rembatan Lucas dari luar kotak penalti.  Pada minit ke 7, Liverpool berada dihadapan apabila hantaran Gerrard dari kawasan pertahanan berjaya disudahkan oleh Torres. Selepas itu kedua2  pasukan saling berbalas serangan tapi tiada lagi jaringan dihasilkan sehingga tamat separuh masa berkesudahan Wigan 0-1 Liverpool.


2nd half, bermula agak menghampakan. juga seawal minit ke 7 (52) bermulanya perlawanan, Hugo Rodallega menyamakan kedudukan 1-1. Gol ini terjadi apabila Rodallega yang tidak dikawal, menghukum kealpaan pertahanan Liverpool selepas berlaku sedikit huru hara dihadapan gawang. Selepas gol penyamaan itu, Wigan terus mendominasikan perlawanan. Pasukan Liverpool seperti hilang punca apabila percubaan untuk membuat serangan berjaya dipatahkan oleh pertahanan Wigan. Kuyt berjaya menjaringkan gol pada minit ke 72, tetapi gol tersebut tidak disahkan kerana kuyt telah pun berada diposisi offside. Pada minit ke 79, gerrard yang hanya berhadapan penjaga gol merembat kencang, tapi malangnya bola terkena palang.


5 minit terakhir, kedua2 pasukan cuba mendapatkan gol. Wigan membuat beberapa percubaan, tapi berjaya diselamatkan oleh reina. Begitu juga dengan Torres yang hanya berhadapan dengan penjaga gol, tidak dapat menyempurnakan hantaran dari Gerrard. Sehingga tamat perlawanan kedudukan masih juga sama 1-1.


Sesungguhnya perlawanan ini seri adalah lebik baik dari kalah. Ini kerana pasukan Wigan lebih banyak mendominasikan permainan. Sememangnya rekod pertemuan dengan Wigan ini agak kurang menyerlah. Walaubagaimanapun, tahniah kepada pemain2 Liverpool kerana dapat mempertahankan kedudukan kerana masih berada di tangga ke 9 dengan 16 mata.

Wigan Athletic 1 - 1 Liverpool 

Scoring Summary
Wigan Athletic Liverpool
Hugo Rodallega (52)Fernando Torres (7)
Match Stats

Wigan Athletic Liverpool
Shots (on Goal) 13(6) 10(2)
Fouls 10 11
Corner Kicks 5 4
Offsides 2 1
Time of Possession 54% 46%
Yellow Cards 0 2
Red Cards 0 0
Saves 1 5
Match Information
Stadium: DW Stadium
Attendance: 16,754
Match Time: 19:45 GMT
Referee: Peter Walton
Teams
Wigan Athletic Liverpool
26 Ali Al Habsi25 Pepe Reina
Antolín Alcaraz37 Martin Skrtel
Gary Caldwell23 Jamie Carragher
31 Maynor FigueroaPaul Konchesky
23 Ronnie Stam34 Martin Kelly
21 Mohamed Diame21 Lucas
14 Jordi GómezSteven Gerrard
Hendry Thomas17 Maxi Rodríguez
15 Tom CleverleyRaul Meireles
10 Charles N'ZogbiaFernando Torres
20 Hugo Rodallega18 Dirk Kuyt
Substitutes
13 Steven CaldwellChristian Poulsen 28
Chris KirklandDavid Ngog 24
16 James McArthurMartin Hansen 41
11 Victor MosesJonjo Shelvey 33
Franco Di SantoJay Spearing 26
Ben WatsonNathan Eccleston 39
Mauro BoselliMilan Jovanovic 14
Substitutions
Victor Moses for Jordi Gómez (69)Jonjo Shelvey for Raul Meireles (45)
Franco Di Santo for Hugo Rodallega (87)Christian Poulsen for Dirk Kuyt (73)
Nathan Eccleston for Maxi Rodríguez (81)
Yellow Cards
Lucas (14)
Jamie Carragher (58)
· Club Squads: Wigan Athletic | Liverpool

 

Share this article :

1 comment:

  1. kemenangan yang tak dapat diteruskan...sama seperti Unted vs City.

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger