Headlines News :
.

Sabah Oh Sabah...

Written By Unknown on Friday, April 24, 2009 | 20:50

Destinasi : Kota Kinabalu, Likas, Kundasang, Ranau, Taman Kinabalu, Sabah.
Tarikh  :   03/04/2009 - 09/04/2009
Penghargaan : Malaysia Airlines System (MAS), Apartment Api2 Center dan semua yang terlibat.

Untuk kali ketiganya, Aku menjejaki negeri yang tenang lagi mendamaikan ini. Sabah negeri di bawah bayu di pulau borneo.Untuk pengetahuan korang, Aku citer skit tentang kedatangan ku yang lalu kesini.


Kali pertama, ketika umurku 18 tahun lagi. Masa tu tahun 1997. Aku mengikuti program Rakan muda anjuran usahasama Jabatan Belia Kuala Langat, Pulau Pinang, Petaling Jaya. Program ni aku dapat ler mendaki Gunung Kinabalu, melihat jambatan gantung Tamparuli, Pulau Sipadan di Semporna, Tawau dan yang penting KK.. emm.. masa tu.. Sabah ni memang tak maju lagi ( maaf ler mengutuk, tapi memang hakikatkan). KK mmg tak semeriah sekarang. Harapkan Center Pointnya dgn Pasar Filipina jer.


Kali kedua plak, Tahun lepas.. Join kawan2 aku untuk trip memancing. Aku pegi klau tak silap awal bulan November 2008. Aku & the geng seramai 9 orang pegi memancing laut dalam di sekitar Pulau Mengalum. Best giler tu. Macam2 ikan dapat.. Klau korang tak pecaya tengok ler blog tegar fishing (blog memancing kami) ni..

Aku tinggalkan cerita2 lama itu sebagai kenangan. Sebab nak cerita lebih2 pun, masa tu blog aku ni belum wujud lagi. Untuk kali ketiga ini, sekali lagi aku mengikuti geng2 memancing aku. Tapi kali ni, aku tak pegi memancing, sebab dah ramai sangat pula yang ikut. (aku memancing kat darat jer.. ehehheh.). Jadi sementara aku keseorangan di KK ni, aku pun berjalan2lah merayau disekitar KK, Likas. Disini aku menginap di Apartment Api2 center. Tapi aku tidak keseorangan.kerana aku ditemani temani anak tempatan yang aku kenali di laman sosial. Puas aku berjalan dibawa olehnya. Sehingga ke One borneo pun aku pergi.Tapi tiada apa pun yang menarik disitu. Sebab sama saja seperti shoping2 complex kat semenanjung ni. Pasar Filipina dengan barangan krafnya, pasar malam dengan hasil lautan dah tanaman, pantai Tanjung Aru tempat untuk bersantai memang mengasyikkan.


Setelah kawan2 aku pulang dari laut pula, aku berkumpulan berjalan hingga ke kundasang, taman negara Kinabalu dan Ranau. Kedamaian yang tiada bandinganya di negeri di bawah bayu ini. Pengalaman yang sungguh indah di sini. Aku bercadang akan kesini lagi bersama keluarga ku pula. Bila? tidak pasti. Kenalah tunggu En. Tony (Air Asia) membuat promosi harga runtuh. Aku akan datang kembali.


wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger