Headlines News :
.

Jersi The Reds yang baru ku miliki...

Written By Unknown on Saturday, July 31, 2010 | 11:46

 Mana satu yang lebih cantik?

BPL ada masa dua minggu lagi sebelum membuka tirai pembukaan. Tapi aku sudah pun memiliki jersi terbaru kelab kesayanganku, LIVERPOOL. Aku rembat sekali dua tu. Sememangnya aku suka warna merah. Walaupun designnya kurang menarik, tapi merah tetap dihati. Putih pula memang cun. Majoriti ahli kelab menyokong pendapat aku bahawa jersi tempat lawan kali ini wajib dimiliki. Jadi tu yang aku terpaksa borong dua helai.. ehehhe..Bukannya batak atau berlagak, tetapi dengan semangat kelab yang serba baru menjadikan aku teruja untuk memilikinya secepat yang mungkin.

 Jersi ketika bermain dihalaman sendiri

Terima kasih kepada Standard Chartered kerana sudi menjadi penaja yang baru kepada kelab. Jikalau dulu sewaktu Carlsberg menjadi penaja, aku amat terkilan kerana tak boleh untuk memiliki jersi kelab. Kenapa? Dah Carlsberg, sendiri mau ingat ler.. haram. Bila dah haram, walaupun aku tak minum, tapi bila dah nama Carlsberg tu terpampang di jersi, kiranya aku ni mempromosilah benda haram tu. betul tak?. Jadi terpaksalah beli jersi cap ayam.. huhuhu. Kini dengan terpampangnya nama bank ini, aku boleh memakai jersi tanpa was-was, samada untuk berjalan-jalan atau untuk solat.

 Jersi ketika bermain ditempat lawan

Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku terlalu bersemangat untuk musim baru ni. Jika dibandingkan dengan keupayaan The Reds musim lepas, emm.. memang amat menduka citakan. Mungkin juga dengan barisan pengurusan yang baru membuatkan aku teruja. Walaupun hakikatnya tiada pembelian pemain-pemain yang ternama akibat masalah kewangan dan kedekutnya owner. Tapi aku masih berharap The Reds akan bangkit semula dari zaman kejatuhannya.
Jersi lama (cap ayam) banyak berjasa woooo....

Semoga dengan semangat Jersi baru, Pengurus baru dan beberapa pemain baru, akan menjadi titik mula perubahan untuk membina kembali zaman kegemilangan. Walau apa pun yang terjadi, aku akan tetap bersamamu selagi idolaku Steven Gerrard masih bersama kelab. Jika Gerrard tiada mungkin sedikit kehampaan disudut hatiku ini. Tetapi keadaan akan mengubah segala-galanya. Aku yakin dan pasti, walaupun Gerrard tiada, aku akan cuba terus setia kerana aku berpegang pada prinsip, aku minat Liverpool adalah kerana lagenda dan kejayaannya bukan kerana terikut-ikut kejayaan semasa dan seketika. Samalah juga aku minat dengan pasukan Reds Giant. Selain ia pasukan negeriku, ia juga mempunyai sejarah dan lagenda yang hebat. Itulah kelebihan "SIMERAH" dua pasukan bolasepak kesayanganku ini.

~You'll Never Walk Alone~






Karnival sehari ceria MPP Zon 16 - MDKL

Written By Unknown on Thursday, July 29, 2010 | 00:28

25 Julai 2010
Sehari Ceria Bersama MPP Zon 16 - MDKL 2010

Jam 7.30 pagi lagi aku dah terpacak di tapak karnival yang terletak di padang MITIB (Istana Alaeddin, Kampung Bandar). Aku adalah antara urusetia yang terawal tiba disitu. Almaklumlah, sebelum program bermula kenalah buat persiapan terakhir. Walaupun malam tadi hingga jam 3.00 pagi dah buat persediaan semampu yang boleh, pagi ni kenalah juga tengok-tengok mana yang tak cukup, tak kemas dan sebagainya.

Pukul 8.30 pagi semakin ramai orang membanjiri tapak karnival. Ini termasuklah urusetia, pemilik-pemilik gerai pameran & jualan. Masyarakat setempat juga sudah tiba membawa keluarga. Isteri dan anak-anakku juga tiba dengan bersemangat untuk menyertai sukaneka yang akan dilangsungkan. Program untuk pagi itu kebanyakannya diisikan dengan sukaneka untuk pengunjung serta urusetia yang terlibat. Boleh juga diibaratkan sebagai sukaneka amal kerana matlamat utamanya adalah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama penduduk. Antara sukaneka yang dianjurkan ialah pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, lari dalam guni, cari duit dalam tepung, isi air dalam botol menggunakan span dan banyak lagi.





Anakku si Alya menyertai dua acara iaitu pertandingan mewarna & rebut gula-gula. Mewarna adalah kegemarannya cuma masalah baginya tidak ada sesiapa yang boleh menunjukkannya memadankan warna lukisan yang hendak diwarna. Kiranya dia susahlah nak imagin baju tu sesuai dengan warna apa. Jadi dia belasah je la. Jadi keputusannya kalah ler, walaupun aku tengok sikit punya tekun dia membuatnya. peserta paling akhir tu siap. Jadilah dapat sekotak pensil warna sebagai penghargaan. Rebut gula-gula pula, emmm.. takut-takut sikit pula dia. Budak-budak lain cekap jer kutip gula-gula tu. Dia ambil 2, tengok orang, ambil 1, tengok orang lagi. Nak tak nak terpaksalah aku membantu. Bagi topi, kutip ler semua mana yang boleh..



Isteriku pula memasuki pertandingan lari dalam guni wanita berkumpulan & aku juga lari dalam guni berkumpulan lelaki. Isteriku ni hebat jugalah. Kumpulannya boleh pula dapat no1. Aku.. heheh.. tergolek-golek lari dalam guni tu. Tapi kira ok gak ler.. dapat juga no. 3. heheheh




Selain sukaneka ada juga pertunjukan paramotor. Aku sebenarnya teruja juga nak cuba pandu paramotor ni. tapi gayat punya pasal, terpaksalah simpan jer semangat tu. Selain itu di gerai pameran ada juga aktiviti-aktiviti yang dilancarkan. Digerai kesihatan, mereka mengadakan pemeriksaan percuma & pemberian ubat jentik-jentik juga percuma.




Disebelah petangnya adalah upacara perasmian penutup karnival yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kuala Langat. Sekali lagi geng paramotor menunjukkan aksi serta peserta Silambam juga membuat persembahan. Tidak lupa juga program sebakul makanan yag diperuntukan kepada penduduk-penduduk dibawah pentadbiran MPP Zon 16. Terdapat 100 bungkusan makanan yang disediakan.


Karnival ini tamat sekitar jam 5 petang. Tapi tu karnival, aku dengan urusetia yang lain belum lagi tamat.Ada acara lagi selepas tu. Nak tau acara apa. Acara mengemas & pertandingan mengutip sampah.. ehehh.. Jadi selesai tugas aku ni pun dekat-dekat jugalah pukul 6.30 petang. Walaupun badan aku letih, tapi terpancar jugalah kegembiraan diwajah aku dan rakan kerana berjaya juga menyempurnakan karnival ini.



Hukum Rokok

Written By Unknown on Friday, July 23, 2010 | 17:29

Rokok terbukti mengandung berbagai-bagai jenis bahan kimia berbahaya, diantaranya ialah nikotin. Menurut pakar atau ahli kimia, telah jelas dibuktikan bahawa nikotin yang terdapat dalam setiap batang rokok atau pada daun tembakau adalah ternyata sejenis kimia memabukkan yang diistilahkan sebagai candu.

Dalam syara pula, setiap yang memabukkan apabila dimakan, diminum, dihisap atau disuntik pada seseorang maka ia di kategorikan sebagai candu atau dadah kerana pengertian atau istilah candu adalah suatu bahan yang telah dikenal pasti bisa memabukkan atau mengandung elemen yang bisa memabukkan. Dalam mengklasifikasikan hukum candu atau bahan yang memabukkan, jumhur ulama fikah yang berpegang kepada syara (al-Quran dan al- Hadith) sepakat menghukumkan atau memfatwakannya sebagai benda "Haram untuk dimakan atau diminum malah wajib dijauhi atau ditinggalkan" . Pengharaman ini adalah jelas dengan berpandukan kepada hujah-hujah atau nas-nas dari syara sebagaimana yang berikut ini: "Setiap yang memabukkan itu adalah haram" H/R Muslim.


Hadith ini dengan jelas menegaskan bahawa setiap apa sahaja yang memabukkan adalah dihukum haram. Kalimah kullu di dalam hadith ini bererti "setiap" yang memberi maksud pada umumnya, semua jenis benda atau apa saja benda yang memabukkan adalah haram hukumnya. Hadith ini dikuatkan lagi dengan hadith di bawah ini: "Setiap sesuatu yang memabukkan maka bahan tersebut itu adalah haram". H/R al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud.

Hadith di atas ini pula telah menyatakan dengan cukup terang dan jelas bahwa setiap apa saja yang bisa memabukkan adalah dihukum haram. Pada hadith ini juga Nabi Muhammad s.a.w menggunakan kalimah kullu iaitu "Setiap apa saja", sama ada berbentuk cair, padat, debu (serbuk) atau gas.

Mungkin ada yang menolak kenyataan atau nas di atas ini kerana beralasan atau menyangka bahwa rokok itu hukumnya hanya makruh, bukan haram sebab rokok tidak memabukkan. Mungkin juga mereka menyangka rokok tidak mengandung candu dan kalau adapun kandungan candu dalam rokok hanya sedikit. Begitu juga dengan alasan yang lain, "menghisap sebatang rokok tidak terasa memabukkan langsung". Andaikan, alasan atau sangkaan seperti ini boleh diselesaikan dengan berpandukan kepada hadith di bawah ini: "Apa saja yang pada banyaknya memabukkan, maka pada sedikitnya juga adalah haram". H/R Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah.

Kalaulah meneguk segelas arak hukumnya haram kerana ia benda yang memabukkan, maka walaupun setetes arak juga hukum pengharamannya tetap sama dengan segelas arak. Begitu juga dengan seketul candu atau sebungkus serbuk dadah yang dihukum haram. Secebis candu atau secubit serbuk dadah yang sedikit juga telah disepakati oleh sekalian ulama Islam dengan memutuskan hukumnya sebagai benda yang dihukumkan haram untuk dimakan, diminum, dihisap (disedut) atau disuntik pada tubuh seseorang jika tanpa ada sebab tertentu yang memaksakan atau keperluan yang terdesak seperti darurat kerana rawatan dalam kecemasan. Begitulah hukum candu yang terdapat di dalam sebatang rokok, walaupun sedikit ia tetap haram kerana dihisap tanpa adanya sebab-sebab yang memaksa dan terpaksa.

Di dalam sepotong hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Nabi Muhammad s.a.w telah mengkategorikan setiap yang memabukkan itu sebagai sama hukumnya dengan hukum arak. Seorang yang benar-benar beriman dengan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w tentulah meyakini bahawa tidak seorangpun yang layak untuk menentukan hukum halal atau haramnya sesuatu perkara dan benda kecuali Allah dan RasulNya. Tidak seorangpun berhak atau telah diberi kuasa untuk merubah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah melalui Nabi dan RasulNya kerana perbuatan ini ditakuti boleh membawa kepada berlakunya syirik tahrif, syirik ta'til atau syirik tabdil. Hadith yang mengkategorikan setiap yang memabukkan sebagai arak sebagaimana yang di dimaksudkan ialah: "Setiap yang memabukkan itu adalah arak dan setiap (yang dikategorikan) arak itu adalah haram". H/R Muslim.

Dalam perkara ini ada yang berkata bahawa rokok itu tidak sama dengan arak. Mereka beralasan bahawa rokok atau tembakau itu adalah dari jenis lain dan arak itu pula dari jenis lain yang tidak sama atau serupa dengan rokok. Memanglah rokok dan arak tidak sama pada ejaan dan rupanya, tetapi hukum dari kesan bahan yang memabukkan yang terkandung di dalam kedua-dua benda ini (rokok dan arak) tidak berbeza di segi syara kerana kedua benda ini tetap mengandungi bahan yang memabukkan dan memberi kesan yang memabukkan kepada pengguna atau penagihnya. Tidak kira sedikit atau banyaknya kandungan yang terdapat atau yang digunakan, yang menjadi perbincangan hukum ialah bendanya yang boleh memabukkan, sama ada dari jenis cecair, pepejal, serbuk atau gas apabila nyata memabukkan sama ada kuantitinya banyak atau sedikit maka hukumnya tetap sama, iaitu haram sebagaimana keterangan dari hadith sahih di atas.

Di hadith yang lain, Nabi Muhammad s.a.w mengkhabarkan bahawa ada di kalangan umatnya yang akan menyalahgunakan benda-benda yang memabukkan dengan menukar nama dan istilahnya untuk menghalalkan penggunaan benda-benda tersebut: "Pasti akan berlaku di kalangan manusia-manusia dari umatku, meneguk (minum/hisap/ sedut/suntik) arak kemudian mereka menamakannya dengan nama yang lain". H/R Ahmad dan Abu Daud.

Seseorang yang benar-benar beriman dan ikhlas dalam beragama, tentunya tanpa banyak persoalan atau alasan akan mentaati semua nas-nas al-Quran dan al-hadith yang nyata dan jelas di atas. Orang-orang yang beriman akan berkata dengan suara hati yang ikhlas, melafazkan ikrar dengan perkataan serta akan sentiasa melaksanakan firman Allah yang terkandung di dalam al-Quran : "Kami akan sentiasa dengar dan akan sentiasa taat". Tidaklah mereka mahu mencontohi sikap dan perbuatan Yahudi yang dilaknat dari dahulu sehinggalah sekarang kerana orang-orang Yahudi itu apabila diajukan ayat-ayat Allah kepada mereka maka mereka akan menentang dan berkata : "Kami sentiasa dengar tetapi kami membantah".

Sebagai contoh iman seorang Muslim yang sejati ialah suatu peristiwa yang mengisahkan seorang sahabat yang terus menuangkan gelas sisa-sisa arak yang ada padanya ke tanah tanpa soal dan bicara sebaik sahaja turunnya perintah pengharaman arak. Hanya iman yang mantap dapat mendorong seseorang mukmin sejati dalam mentaati segala perintah dan larangan Allah yang menjanjikan keselamatannya di dunia dan di akhirat.

Kalaulah Nabi Muhammad s.a.w telah menjelaskan melalui hadith-hadith baginda di atas bahawa setiap yang boleh memabukkan apabila dimakan, diminum atau digunakan (tanpa ada sebab-sebab keperluan atau terpaksa), maka ia dihukum sebagai benda haram dan ia dianggap sejenis dengan arak. Penghisapan dadah nikotin yang terdapat di dalam rokok bukanlah sesuatu yang wajib atau terpaksa dilakukan seumpama desakan dalam penggunaan dadah kerana adanya sebab-sebab tertentu seperti desakan semasa menjalani rawatan atau sebagainya. Sebaliknya, penghisapan rokok dimulakan hanya kerana tabiat ingin suka-suka yang akibatnya menjadi suatu ketagihan yang memaksa si penagih melayani kehendak nafsunya. Dalam pada itu, tanpa kesedaran, ia telah membeli penyakit dan menambah masalah, mengundang kematian dan tidak secara langsung ia telah melakukan kezaliman terhadap diri sendiri di samping mengamalkan pembaziran yang amat ditegah oleh syara (haram).

Dadah (bahan yang memabukkan) telah disamakan hukumnya dengan arak oleh Nabi Muhammad s.a.w disebabkan kedua-dua benda ini boleh memberi kesan mabuk dan ketagihan yang serupa kepada penggunanya (penagih arak dan dadah). Melalui kaedah (cara pengharaman) yang diambil dari hadith Nabi di atas, dapatlah kita kategorikan jenis dadah nikotin yang terdapat di dalam rokok sama hukumnya dengan arak dan semua jenis dadah yang lain.

Kesimpulannya, rokok atau tembakau yang sudah terbukti mengandungi dadah nikotin adalah haram pengambilannya kerana nikotin sudah ternyata adalah sejenis dadah yang boleh membawa kesan mabuk atau memabukkan apabila digunakan oleh manusia. Malah dadah ini akan menjadi lebih buruk lagi setelah mengganggu kesihatan seseorang penggunanya sehingga penderitaan akibat penyakit yang berpunca dari rokok tersebut mengakibatkan kematian. Rokok pastinya menambahkan racun (toksin) yang terkumpul di dalam tubuh badan sehingga menyebabkan sel-sel dalam tubuh seseorang itu mengalami kerosakan, mengganggunya daripada berfungsi dengan baik dan membuka kepada serangan kuman dan barah.

Apabila pengambilan rokok yang mengandungi bahan yang memabukkan dianggap haram kerana nyata ia digolongkan sejenis dengan arak oleh Nabi Muhammad s.a.w maka di dalam hadith dan al-Quran pula terdapat amaran keras dari Allah dan RasulNya:

"Dari Abu Musa berkata : Bersabda Rasulullah saw : Tiga orang tidak masuk syurga. Penagih arak, orang yang membenarkan sihir dan pemutus silaturrahmi" . H/R Ahmad dan ibn Hibban.

"Mereka bertanya kepada engkau tentang arak dan perjudian, katakanlah bahawa pada keduanya itu dosa yang besar". Al Baqarah:219.

"Hai orang-orang yang beriman, bahawasanya arak , judi, (berkorban untuk) berhala dan bertenung itu adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan, sebab itu hendaklah kamu meninggalkannya semuga kamu beroleh kejayaan". Al Maidah:90.

Hadith di atas Nabi Muhammad s.a.w telah mengkhabarkan bahawa penagih arak tidak masuk dan dalam ayat di atas pula, Allah mengkategorikan arak (khamar) sejajar dengan berhala dan bertenung sebagai perbuatan keji (kotor) yang wajib dijauhi oleh akal yang sihat. Perkataan "rijs" ini tidak digunakan dalam al-Quran kecuali terhadap perkara-perkara yang sememangnya kotor dan jelek. Perbuatan yang buruk, kotor, buruk dan jelek ini tidak lain mesti berasal daripada perbuatan syaitan yang sangat gemar membuat kemungkaran sebagaimana amaran Allah selanjutnya yang menekankan bahwa: "Sesungguhnya syaitan termasuk hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran khamar dan judi itu dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang. Apakah kamu tidak mahu berhenti?". Al Maidah:91.

Justeru itu Allah menyeru supaya berhenti daripada perbuatan ini dengan ungkapan yang tajam : "Apakah kamu tidak mahu berhenti?"

Seseorang mukmin yang ikhlas tentunya menyahut seruan ini sebagaimana Umar r.a ketika mendengar ayat tersebut telah berkata: "Kami berhenti, wahai Tuhan kami, Kami berhenti, wahai Tuhan kami".

Utsman bin 'Affan r.a juga telah berwasiat tentang benda-benda yang memabukkan yang telah diistilahkan sebagai khamar "arak". Sebagaimana wasiat beliau: "Jauhkanlah diri kamu dari khamar (benda yang memabukkan), sesungguhnya khamar itu ibu segala kerosakan (kekejian/kejahatan )". Lihat : Tafsir Ibn Kathir Jld.2, M/S. 97.

Ada yang menyangka bahawa rokok walaupun jelas setaraf klasifikasinya dengan arak boleh dijadikan ubat untuk mengurangkan rasa tekanan jiwa, tekanan perasaan, kebosanan dan mengantuk. Sebenarnya rokok tidak pernah dibuktikan sebagai penawar atau dapat dikategorikan sebagi ubat kerana setiap benda haram terutamanya apabila dibuktikan mengandungi bahan memabukkan tidak akan menjadi ubat, tetapi sebaliknya sebagaimana hadith Nabi s.a.w: "Telah berkata Ibn Masoud tentang benda yang memabukkan : Sesungguhnya Allah tidak akan menjadikan ubat bagi kamu pada benda yang Ia telah haramkan kepada kamu". H/R al-Bukhari.

"Telah berkata Waail bin Hujr : Bahawa Tareq bin Suwid pernah bertanya kepada Nabi s.a.w tenang pembuatan arak, maka Nabi menegahnya. Maka baginda bersabda : Penulis membuatnya untuk (tujuan) perubatan. Maka Nabi bersabda : Sesungguhnya arak itu bukan ubat tetapi penyakit". H/R Muslim dan Turmizi. Wallahu a’lam.


Award ke-4 .. Thanks Cik Nadd

Pehh.. minggu yang menggembirakan.. Award lagi & lagi.. Nasib baik almari aku ada ruang lagi nak simpan award ni.. hahahhahah..



Siapa yang bermurah hati bagi award ni?
Nadd.
Siapa Nadd? Siasat dia kat sini

Aku pun x tau nak cakap per kat dia ni. Blognyer simple, tapi menarik.. so yang penting ucapan TQ 1000x dari aku atas award ni.

Apa.. Kena cari 15 orang utk anugerah ni.. Aduh.... nanti aku fikir...
  1. Nafiraa
  2. Fizzaa
  3. Nanajoe
  4. Nilla Gustian
  5. Petite_girlz07
 
    Cara hubungi mereka
    emmm.. Mana2 yg bertuah tu nanti, aku bg tau ler eyrk.. so kalau korang tak ambil, memang korang tak sayang aku ler.. huhuhu



    Aduh.... Blog aku kena roadblock.

    Written By Unknown on Wednesday, July 21, 2010 | 22:15


    Apalah nasib aku ni. Kena mandi bunga kot. Pada tarikh 20/07/10 semalam, 2 blog aku dilain akaun kena banned oleh pihak Google. Blog ni sebenarnya bukanlah kepunyaan aku. Aku hanyalah sebagai admin untuk mengemas kini blog tersebut dengan aktiviti, promosi dan berita terbaru. 2 blog tesebut ialah :-
    • Tegarfishing.blogspot - Blog ni adalah blog club memancing kami. Dah setahun lebih jugalah aku melahirkan dan membesarkanya. Banyak info & aktiviti club memancing kami kat dalam ni.
    • mppzon16mdkl.blogspot - Blog ni kepunyaan sahabatku En. Othman. Beliau yang menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis di Majlis Daerah Kuala Langat merangkap Setiausaha Ahli Parlimen Kuala Langat. Kiranya aku setiausaha kepada dia pula ler..
    Sebenarnya mula-mula aku pun tak tahu blog tersebut dah kena sekat. Pada pagi tu ada sahabat-sahabat yang telefon aku, kenapa blog tak boleh buka. Aku ingat mungkin aku ada tersalah setting ke. Aku cepat-cepat buka komputer dan check. Huhh.. Ni bukan salah setting. Tapi url dah kena banned dengan Google. Apa kes ni. Aku huru hara sekejap. Puas memikirkannya. Aku check dalam inbox gmail. Ada email dari Google. Mereka mengatakan blog aku ni bawa spam? Spam apa pula yang aku dah buat.Yang aku pelik, kenapa sekali dua-dua blog kena banned. Tak ada reminder pun.

    Dulu blog sallehsgerrard.blogspot ku ini pun pernah juga kena suspek buat spam. Tapi Google bagi reminder. Kalau tak silap google bagi tempoh sebulan suruh aku buang spam kat blog dan kalau dalam masa tu aku buat tak tau jer, barulah dia banned. Sememangnya semalam pada 19/7/2010 aku ada post satu berita atau hebahan di blog mppzon16mdkl tu. Kalau post tu yang bermasalah, kenapa tidak mppzon16mdk saja yang di banned. Tegarfishing tak bersalah sebab aku tak sentuh pun blog ni.

    Posting aku di mppzon16mdkl


    Aku mula langkah pertama. Cari maklumat dicarian Google. Aku jumpa 1 website iaitu www.tutorialdigital.com yang menerangkan segalanya tentang mengapa blog di banned serta jalan penyelesainnya. Barulah aku tahu rupa-rupanya selama ini pihak Google sentiasa akan cuba mengesan para pengunanya melakukan aktiviti blogger. Mereka menggunakan robot pengesan spam. Apabila robot ini dapat saja mengesan spam di blog kita, dengan tanpa rasa belas kasihan, terus sahaja dibanned. Robotkan. Bukan manusia yang masih ada budi bicara. Aku mula terfikir, mungkinkah sebab-sebab berikut ada hubung kait dengan spam?
    • Dalam maklumat post aku ada meletakkan pautan (link) untuk maps & email. Tapi aku rasa tak mungkin sebab maps & email ni semua dari Google.
    • Setelah siap posting di blog, Aku posting pula di Yahoo Group bulat-bulat copy dari posting blog. Aku rasa yang ni pun tak munasabah, sebab aku hanya membuat hebahan acara dan selama ni blog aku sallehsgerrard.blogspot ini selalu juga aku posting copy bulat2 dari blog ke group. Alhamdulillah. Tak ada apa-apa.
    • Aku juga membuat pautan acara pada laman sosial Facebook aku. Mungkin kat sini puncanya kot. Sebelum ini aku memang tak pernah pun buat posting acara didalam FB. Jadi ni pengalaman pertama aku. Apa lagi aku terus saja delete acara tu. (semoga ia punca sebenar spam).
    Aku ikut langkah-langkahnya satu persatu. Dari log in akaun Google, terus ke dashboard blogspot dan klik restore. Kemudian verrified akaun. Sebelum verrified tu kenalah pilih negara dan letak no. telefon aku untuk pihak Google menghantar kode verrified. Dalam masa 2 minit aku dapat sms yang memberi no kode tersebut. Sesudah aku masukkan no kode barulah verrified.

    Masalah sekarang ni, aku pun tak tahu bila akaun aku akan pulih sepeti sediakala. Dah dua hari aku tunggu, tapi aku masih belum berputus asa. Masih terus menunggu. Aku berharap pihak Google dapat mengembalikan semula blog tu pada aku. Ampun Google, berilah aku peluang semula, lain kali aku tak buat lagi. Nak delete apa pun artikel, widget yang mempunyai spam, aku tak kisah. Janji korang bagi semula dua blog ni kat aku. Dengarlah rayuan hatiku ini.. Mudah-mudahan lembut hati kamu semuanya.. Amin...

    Liverpool 2010-2011 berwajah baru..




    Yeah.......... Selamat datang kepada pemain2 baru ke Anfield. Dengan semangat yang segala2nya baru seperti penaja baru ( Standard Chartered), jersi berwajah baru dan juga bos baru (Roy Hodgson), diharap musim 2010-2011 ini akan membawa perubahan besar kepada The reds. Kembalikan zaman Kegemilangan mu wahai The Reds. Mari kita lihat pemain2 terbaru yang telah berjaya dipikat oleh Liverpool. 
    ~YNWA~


     Joe Cole

    Nama penuh : Joseph John Cole
    Tarikh Lahir : 8 November 1981
    Tempat Lahir : London, England
    Tinggi : 1.76m
    Posisi : Wingger, Attacking midfielder
    No. Jersi : 10
    Kelab  : 1) West Ham United : 1998-2003
                  2) Chelsea   :  2003-2010
                  3) Liverpool :  21 July 2010 - 



    Danny Wilson

    Nama penuh : Daniel Wilson
    Tarikh Lahir : 27 December 1991
    Tempat Lahir : Livingston, Scotland
    Tinggi : 1.87m
    Posisi : Center back
    No. Jersi : -
    Kelab  : 1) Rangers : 2007-2010
                  2) Liverpool : 21 July 2010 - 
     

    Milan Jovanovic

    Nama penuh : Milan Jovanovic
    Tarikh Lahir : 18 April 1981
    Tempat Lahir : Bajina Basta, SFR Yugoslavia (Serbia)
    Tinggi : 1.83m
    Posisi : Left Winger, Striker
    No. Jersi : - 14
    Kelab  : 1) Vojvodina : 1999-2003
                  2) Shakhtar Donetsk : 2003-2004
                  3) Lokomotiv Moscow : 2004-2006
                  4) Standard Liege : 2006-2010
                  5) Liverpool : 8 July 2010 -
                          


    Award ke-3 .. thanks untuk si cantik manis - Midori's

    Emm.. Dah lama gak x dpt award ni. Hari ni ada pulak awek yang sudi bagi award kat gerrard. Time kasih banyak ler Cik Midori's. Tak sangka br jer kenal dia kat BW, dah sudi bg penghargaan kat gerrard. Hadiah perkenalankan.. Gerrard amat menghargai pemberian si cantik manis ni.... hehehe



    1. Thank and link the person that tagged you

    Midori's 

    Sekali lagi gerarrd ucap TQ byk2 diatas award ini.. emmm.. sejak kenal kat BW ni.. selalu2 gak gerrard kcau & sekodeng dia. Blognya pun, ley ler tahan.. secantik tuan punya blog juga ler.. ehhehehe

    2. Tag 15 bloggers you've recently discovered and think fantastic
    Hah?? 15.. emmmm.. pening kepala gerrard nak mencari blok mn yg layak gerrard nak bg ni.. emm.. tp x per..  sapa2 nama yang terlist kat bawah ni.. terimalah award ini seadanya..




    3. Contact that blogs and let them know they've been tagged
    emm.. ok.. korang tunggu ler kat shoutmix @ xcox korang.. aku akan bg tahu..

    4. State 7 things bout yourself
    Alamak.. nak juga ker.. emmm.. aku cuba.. jangan nanti korang kata aku syok sendiri dah ler.. huhuuhu

    1.) Rajin berusaha
    2.) Mesra Alam
    3.) Melancong
    4.) Boleh dibawa berbincang
    5.) Open mainded
    6.) x suka orang materialistik & plastik
    7.) Bersyukur dengan pemberian Allah




    p/s : Jangan tiba2 aku jatuh cinta dgn midori's dah ler.. ahahhahah.. joke only...





    Mengapa Lionel Messi tidak menjaringkan gol di World Cup 2010

    Written By Unknown on Monday, July 19, 2010 | 23:24

    Mesti ramai yang tertanya-tanyakan. Kenapa pemain bintang seperti Messi tidak menjaringkan gol. Sedangkan Argentina bukanlah calang-calang pasukan. Kebanyakan perlawanan yang mereka lalui semua membabitkan jaringan besar. Messi juga terbabit dalam semua perlawanan tersebut. Tetapi apa yang telah terjadi. Adakah Messi gugup dalam kejohanan besar seperti ini. Gambar berikut menceritakan apa yang sebenarnya terjadi kepada Messi.



    Ishhhhh.. Nafsu lain macam betul ler dia orang ni yer. Bola lain pulak yang dia nak sentuh. Jahat betul.. hehehhehe..

    11 amalan yang terbalik

    Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

     1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir
    makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

     2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.


     
     3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.


    4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

     5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

     6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

     7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

     8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM200.00 tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

     9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

     10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

     
    11. Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebe gin i kepada kawan2 kita??..... Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut
    selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

    Mudah-mudahan ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua insyaallah

    Wassalam

    wilayah anfield"

    WAKTU SEKARANG

     
    Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
    Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
    Template Created by Creating Website Published by Mas Template
    Proudly powered by Blogger