Headlines News :
.
Home » » Kembara Menuju Tuhan

Kembara Menuju Tuhan

Written By Unknown on Sunday, July 18, 2010 | 18:25

Kembara Menuju Tuhan memerlukan beberapa syarat yang 'wajib' dipatuhi oleh para salik (pengembara) . Sepertimana pengembaraan lahiriah yang memerlukan keperluan asas dalam menjamin kesampaiannya, begitu jugalah dengan halnya kembara menuju Tuhan.


Syeikh Abdul Samad Al Palembang dalam kitabnya Sir al Salikin mengariskan beberapa syarat yangperlu di penuhi oleh  si salik (si pengembara). Antaranya si salik memerlukan :

1. Perbekalan
2. Kenderaan
3. Teman seperjalanan
4. Senjata
5. Penunjuk jalan.

PERBEKALAN:
Bagi setiap pengembaraan ,perbekalan amat penting. Perbekalan yang dimaksudkan ialah TAQWA. Taqwa tidak datang bergolek melainkan ia memerlukan usaha dan ikhtiar. Sudah barang pasti ianya bersumber dari
ilmu yang bermanfaat.

KENDERAAN:
Kenderaan yang dikehendaki ialah 'Himmah' iaitu cita-cita yang kuat lagi tinggi sehingga tidak bergoyang hatinya dengan pukulan ombak UJIAN. Kekuatan keazaman amat diperlukan kerana si salik akan menempuh 'Tujuh Gunung' dalam kembaranya itu. Peribahasa ada menyebut " Jika takut dilambung ombak,jangan berumah di tepi pantai".

TEMAN SEPERJALANAN:
Teman seperjalanan diertikan dengan sahabat-sahabat yang punyai keselarian dan satu tujuan dengan si salik. Teman yang hakiki ialah teman yang menegur kita dikala kita terlanjur, teman yang mengingatkan
kita tika kita terlalai, dan teman yang berani menyatakan salah terhadap kesalahan kita. Teman seperjalanan antara lainnya ialah apakala dipandang akan dia bangkitlah keinginan kita untuk meneruskan kembara menuju Tuhan.

SENJATA:
Alat senjata yang perlu dibawa senantiasa ialah ZIKRULLAH .

Allah S.W.T berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Kerana itu ingatlah kamu kepada Aku, nescaya Aku ingat pula kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku. "
(Al-Baqarah : 152)

Bilamana Tuhan mengingati kita maka tiada lagi sebarang ketakutan terhadap musuh.  Seseorang yang dikejar anjing akan cuba melarikan dirinya dari gigitan anjing tersebut.  Namun semakin pantas dia berlari, sepantas itulah anjing itu akan mengejarnya. Akan tetapi jika saat itu, orang yang dikejar itu menjerit memanggil tuan empunya anjing ,dengan hanya satu jeritan sahaja dari tuannya, anjing itupun akan berhenti mengejar. Keistiqamahan dalam ZIKRULLAH mampu menghambat segala musuh-musuh yang yang melintang di jalanan menuju Tuhan.

PENUNJUK JALAN:
Penunjuk Jalan yang dimaksudkan ialah MURSYID. Pengembara pastinya akan tersesat jalan bilamana tiada penunjuk jalan yang akan menunjukki jalan mana yang harus ditempuh dan jalan mana yang perlu dihindari. Pepatah Melayu ada menyebut " Segan bertanya sesat jalan". Bahkan untuk mengatasi kesesatan di jalan raya sekalipun pemerintah bagi setiap negara mengadakan penunjuk jalan (papan tanda) pada setiap jalan mahupun lebuhraya.


Dipetik dari :  http://kembarasangs ufi.blogspot. com/
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger