Headlines News :
Home » , , » Suara yang didengar oleh mayat

Suara yang didengar oleh mayat

Written By saleehs gerrard on Tuesday, July 6, 2010 | 02:07


Khamis, 24 Jun 2010 
Lebih kurang jam 5.30 pada petang itu. Aku dikejutkan deringan telifon rumahku. Emakku menyambut dengan nada terkejut memangilku dan memberitahu, bapa saudaraku baru sahaja kembali kerahmatullah. Innalillahiwainalillahirajiun...


Arwah yang bernama Suroji berumur 67 tahun, telah lama terlantar di Hospital Banting akibat beberapa penyakit kronik, seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Aku bergegas ke Hospital banting bersama ayahku yang juga abang kepada arwah. Aku dapat maklumat, hanya isteri & seorang sahaja anaknya yang berada disana. Anak2 yang lain semua jauh mencari rezeki. Jadi akulah bertanggungjawab untuk menguruskan jenazah untuk dibawa pulang.

Sampai disana aku menguruskan jenazah mengikut prosuder pihak hospital, dimana aku perlu menuntut mayat di rumah mayat. Sehingga maghrib barulah urusan di Hospital Banting selesai, setelah van mayat dari masjid Kampungku tiba . Sampai saja dirumah arwah, kulihat rumah telah dikemas oleh jiran2. Terima kasihku ucapkan kepada jiran2 yang sudi membantu.

Pada waktu malamnya, ramai sanak saudara, jiran & sahabat handai menziarah. Setelah larut malam mereka2 pulang dan aku mengambil kesempatan ini membacakan alquran. Sehingga pagi aku & beberapa saudara serta ayahku menemankan arwah.

Keesokan paginya setelah aku datang kembali, aku menyiapkan lagi kelengkapan untuk mandi, zon tahlil & sebagainya. Inilah kali pertama dalam sejarah hidupku, melihat & membantu jenazah dimandikan & dikapankan. Suatu pengalaman yang amat berharga bagiku.Ia juga menginsafkan diriku.

Setelah disembahyangkan, jenazah dibawa ketanah perkuburan & selamat dikebumikan tanpa sebarang masalah. Apabila talkin mula dibacakan, sungguh sayu hatiku. Takut pun ada. Tetapi itulah ketentuan Allah, bahawa semua manusia akan merasai mati.

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu;
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ...Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· - Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
· - Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu
· - Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
· - Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.'

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan...
· - Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
· - Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
· - Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
· - Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara'

Ketika Mayat Siap Dikafan ...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,'Wahai Fulan Anak Si Fulan
· - Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
· - Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
· - Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
· - Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
· - Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.'

Ketika Mayat Diusung. ..... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· - Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
· - Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat
· - Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.'

Ketika Mayat Siap Disholatkan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan...
· - Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
· - Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
· - Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.'

Ketika Mayat Dibaringkan Di Liang Lahat...... terdengar Suara Memekik Dari Langit,'Wahai Fulan Anak Si Fulan...
·Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
Wahai Fulan Anak Si Fulan...
· - Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
· - Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
· - Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.'

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... ... Allah Berkata Kepadanya, 'Wahai Hamba-Ku.... .
· Kini Kau Tinggal Seorang Diri
· Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
· Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
· Mereka Pergi Meninggalkanmu. .... Seorang Diri
· Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku
· Hari Ini,....
· Akan Kutunjukan Kepadamu
· Kasih Sayang-Ku
· Yang Akan Takjub Seisi Alam
· Aku Akan Menyayangimu
· Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya'.

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, 'Wahai Jiwa Yang Tenang
· Kembalilah Kepada Tuhanmu
· Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
· Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku
· Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku'

Anda Ingin Beramal Soleh ?
Tolong kirimkan Kepada Rakan-Rakan Muslim Lainnya Yang Anda Kenal...!!! Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini.
Rasulullah SAW.... menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, beliau bersabda 'wakafa bi almauti wa'idha', ertinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!
Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....

Alhamdulillah, Anda beruntung telah terpilih untuk mendapatkan kesempatan membaca email ini.
Aktifitas keseharian kita selalu mencuri konsentrasi kita. kita seolah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tau bila kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebahagian orang sangat menakutkan.

Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita???



Share this article :

6 comments:

  1. rs tkot bla maut dtg...huhuhu....mashimashi pn cdey sgt bla imam bc talkin kt kbur arwah atok n opah mashimashi...huhuhuhu...

    ReplyDelete
  2. sungguh serius..takut sangat.. buley tak saya nak copy paste tentg kematian ini di blog saya..
    harap boley..

    lawatlah blog saya di http://arepizza220.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. mashimashi: kt perlu tkt kepada kematian. kerana apabila kt brasa demikian, kt akan bersedia bbuat amal utk bkalan kelak.
    Anonymous: ambillah.. smoga mmberi manfaat kepada semua.. insyaallah.

    ReplyDelete
  4. Satu hari nanti, pasti kita juga akan mendengar suara tersebut.
    Mohon share di blog saya bole?

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger