Headlines News :
Home » , » Terkena sawan - Benarkah ia wujud?

Terkena sawan - Benarkah ia wujud?

Written By saleehs gerrard on Tuesday, July 13, 2010 | 14:04

Hari ni, genaplah seminggu anak dara sulongku alya tidak bersekolah. Ini kerana demam yang melanda dirinya. Kesian. Inilah kali pertama alya demam teruk sebegini. Aku, isteri, nenek & atuknya cukup risau dengan kesihatan alya. Mengelabah jugalah kiranya.

Kepalanya panas yer.... kesian.

Pada malam hari pertama waktu demamnya, aku & isteri telah membawanya ke Klinik Siti Zaharah untuk membuat pemeriksaan. Turut juga membuat pemeriksaan adalah adik alya iaitu sarah & juga neneknya (emakku). Semuanya dilanda demam ( bukan demam world cup ye). Hasil pemeriksaan, semuanya tak ler kritikal. Maka balik pun di bekalkan ubat2tan. Koyak jugalah aku RM65. hehehhe. Keesokkan harinya alya sudah mula tidak bersekolah. Saja bagi dia rehat. Biar dia puas2 tengok cartoon chanel. Adiknya tetap isteriku hantar ke rumah pengasuh. Pada waktu malamnya, nampak perubahan kepada alya. Demamnya bukan bertambaha baik, tapi rasa panasnya mula meningkat. Adiknya sarah sudah berkurangan. Mungkin sebab dia dah belasah air badak dengan 100 plus. Sementara alya kurang berminat.

Bersama sahabat setianya. Sponge bob.

Keeseokan harinya, aku & isteri bekerja seperti biasa. Walaupun berat hati nak bekerja, tapi hati tetap tawakal dengan kesihatan alya. Hari tu kebetulan aku pulang lewat. Jumpa kawan. Isteriku samapi dirumah terus sahaja memberitahuku, alya tidak bermaya. Wajahnya pucat. Panasnya memang pada tahap maksimum. AKu bergegas pulang. Sampai sahaja dirumah, aku terus sahaja membawa alya ke Hospital Daerah Banting. Kat situ punyalah ramai orang. Aku yang menunggu ni, sikit punya siksa. Dah ler macam2 fikir. Dua jam, lepas tu barulah doktor membuat pemeriksaan. Hasilnya, doktor kata alya kurang air. kurang minum. emmm.. Mungkin betul juga. Tapi hati aku masih was2.

Esoknya isteriku ambil cuti. Aku suruh bawa alya urut badannya. Alangkah terkejutnya aku. Bila isteriku menghubungiku, bahawa alya sebenarnya terkena sawan. Sawan dari kematian bapa saudaraku. Aduh.. parah ni. sejarah hidupku memang tak pernah pun kena sawan baik dari kematian @ pengantin. Patutlah kaki, badannya sejuk, tapi kepalanya panas. Memang pelik. Bila waktu malam jer alya macam meracau. Alya kata nampak hantulah. Mesti minta ibunya sentiasa disisinya. Bab2 meracau ni, aku taklah heran sangat. Alya ni, memang dari kecilnya susah nak dijaga. Suka sangat benda2 halus ni kacau dia. Kalau petang2 pergi pantai ker, mesti malam meracau. Memang aku jaga betul2 anak daraku yang sorang ni. Banyak pantang larangnya. Bila umurnya dah dua tahun barulah hilang. Itupun setelah kubawa berubat. Aku ingat benda macamni tak akan datang lagi. Tapi.....nasib masih tidak menyebelahi..Setelah diberitahu apa yang perlu dibuat, isteriku terus mencari bahan2 campuran daun2 untuk direbus & dimandikan pada alya.

Agak2 korang, daun apa yang ada dalam periuk ni?

 Air rebusan yang telah aku jampi serapah.. fuhhhhh..

Sehari selepas itu, barulah nampak perubahan alya. Wajahnya sedikit ceria walaupun badannya masih lemah. Aku terus juga memandikannya dengan air rebusan daun pagi & petang sehingga kini.Tapi persoalannya, Adakah sawan ini benar2 wujud. Bagaimana ia terjadi. puas juga aku memikirkannya. Aku tidak mengatakannya palsu. Tetapi pengalaman baruku ini mengajarku erti berjaga2. Kuasa Allah untuk memberi apa jua cabaran tanpa mengira waktu. Allah maha mengetahui.




Share this article :

3 comments:

  1. rase cam ade nama lain bagi sawan tu je.. tapi saya lupe lah.. tak tau benar @ tak.. benda ni pernah gak dengar.. kalo kematian.. kadag2.. budak2 kechik @ yang lemah semangat kenelah berjaga2

    ReplyDelete
  2. rasanyer cam kena 'badi' org mati...budak kecik mmg kena sentiasa berhati2...

    ReplyDelete
  3. sky.. ada nama lain lg ker?
    Yati : berhati2 sblm kena..

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger