Apalah nasib aku ni. Kena mandi bunga kot. Pada tarikh 20/07/10 semalam, 2 blog aku dilain akaun kena banned oleh pihak Google. Blog ni sebenarnya bukanlah kepunyaan aku. Aku hanyalah sebagai admin untuk mengemas kini blog tersebut dengan aktiviti, promosi dan berita terbaru. 2 blog tesebut ialah :-
- Tegarfishing.blogspot - Blog ni adalah blog club memancing kami. Dah setahun lebih jugalah aku melahirkan dan membesarkanya. Banyak info & aktiviti club memancing kami kat dalam ni.
- mppzon16mdkl.blogspot - Blog ni kepunyaan sahabatku En. Othman. Beliau yang menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis di Majlis Daerah Kuala Langat merangkap Setiausaha Ahli Parlimen Kuala Langat. Kiranya aku setiausaha kepada dia pula ler..
Dulu blog sallehsgerrard.blogspot ku ini pun pernah juga kena suspek buat spam. Tapi Google bagi reminder. Kalau tak silap google bagi tempoh sebulan suruh aku buang spam kat blog dan kalau dalam masa tu aku buat tak tau jer, barulah dia banned. Sememangnya semalam pada 19/7/2010 aku ada post satu berita atau hebahan di blog mppzon16mdkl tu. Kalau post tu yang bermasalah, kenapa tidak mppzon16mdk saja yang di banned. Tegarfishing tak bersalah sebab aku tak sentuh pun blog ni.
Posting aku di mppzon16mdkl
Aku mula langkah pertama. Cari maklumat dicarian Google. Aku jumpa 1 website iaitu www.tutorialdigital.com yang menerangkan segalanya tentang mengapa blog di banned serta jalan penyelesainnya. Barulah aku tahu rupa-rupanya selama ini pihak Google sentiasa akan cuba mengesan para pengunanya melakukan aktiviti blogger. Mereka menggunakan robot pengesan spam. Apabila robot ini dapat saja mengesan spam di blog kita, dengan tanpa rasa belas kasihan, terus sahaja dibanned. Robotkan. Bukan manusia yang masih ada budi bicara. Aku mula terfikir, mungkinkah sebab-sebab berikut ada hubung kait dengan spam?
- Dalam maklumat post aku ada meletakkan pautan (link) untuk maps & email. Tapi aku rasa tak mungkin sebab maps & email ni semua dari Google.
- Setelah siap posting di blog, Aku posting pula di Yahoo Group bulat-bulat copy dari posting blog. Aku rasa yang ni pun tak munasabah, sebab aku hanya membuat hebahan acara dan selama ni blog aku sallehsgerrard.blogspot ini selalu juga aku posting copy bulat2 dari blog ke group. Alhamdulillah. Tak ada apa-apa.
- Aku juga membuat pautan acara pada laman sosial Facebook aku. Mungkin kat sini puncanya kot. Sebelum ini aku memang tak pernah pun buat posting acara didalam FB. Jadi ni pengalaman pertama aku. Apa lagi aku terus saja delete acara tu. (semoga ia punca sebenar spam).
Masalah sekarang ni, aku pun tak tahu bila akaun aku akan pulih sepeti sediakala. Dah dua hari aku tunggu, tapi aku masih belum berputus asa. Masih terus menunggu. Aku berharap pihak Google dapat mengembalikan semula blog tu pada aku. Ampun Google, berilah aku peluang semula, lain kali aku tak buat lagi. Nak delete apa pun artikel, widget yang mempunyai spam, aku tak kisah. Janji korang bagi semula dua blog ni kat aku. Dengarlah rayuan hatiku ini.. Mudah-mudahan lembut hati kamu semuanya.. Amin...
uiks.. blog pon boleh di block ke? tak tau plak. hurmm... sian~
ReplyDeleteberhati2... kt tak sangka bl2 masa jer boleh jd mcm blog aku gak. banyak sbnrnyer terma & syarat yg kt sndiri x phm.. huhu
ReplyDeleteselidik dulu sebelum melakukan apa2 pon..
ReplyDeleteblaja dr pengalaman..
xpenah jd..tu xtahu..gerrard dah explain detail pon still xtahu nape dorg spam..tp cam ron ckp tu, susah nak dpt balik..sian lak..xpe..sabo2 ek..
ReplyDeleteron: lor.. yer ker.. aduh.. x dpt ler nak backup2 data tu.. waaaaaaaaaaaaa..
ReplyDeletenrshasha : emm.. btl2... ada hikmah disebalik kejadian..
penuh tekun saya baca en3 awak ni.. sebab nak paham betul2 masalahnye yang saya tak berapa nak paham puncanya.. terkejut gak blog leh kene banned.. moga awak dpt balik 2 blog tu.. jgn sedey2 k..
ReplyDeleteAtie: saya sendiri pun tak paham.. apa punca google banned. sebab dia langsung x bagi tau apa2 info @ reminder.
ReplyDeletelorhh..apa kriteria sebenarnya kalau kena banned?spam jek?
ReplyDeletespam cara cemana?adeh.xpaham.sorry
tapi sabar2 yer.nnti ok balik kot blog2 kamu itu
wah??? poor gerrard...apa banyak comment yg menyertakan URL or kena click fraud?? btw, you'll never walk alone brother.
ReplyDeletewah??? poor gerrard...apa banyak comment yg menyertakan URL or kena click fraud?? btw, you'll never walk alone brother.
ReplyDeletesampai berdarah mata menatapi rayuan luahan hati mu gerrad...tp disebabkan saye buta IT, maka mmg x paham...maafkan saye gerrad...:(
ReplyDeletetp jgn sedih, nti kita wat blog lain eh...senyum skit
Amin...semoga semuanya dapat selesai dengan baik.. :)
ReplyDeleteOren : sbnrnye byk benda yg menjadi punca spam.. klau kt cuba baca T&c Google Blogger, mmg tak larat kot nak igt.
ReplyDeletekang : poor gerrard yer.. ahhahah.. mungkin juga sebab2 dari comment. mungkin sajalah.. aku tak pasti.
Khalidah: aku pun mula2 buta It gak.. tp cuba blajar mndalami tanpa guru. Hanya bantuan artikel kwn2 yang memposting artikel di website & blog. klau nak baru tu mmg ler boleh jer. lg canggih akan aku buat. mslhnya skg ni, artikel & bhn2 kat dlm tu. x der soft copy. nak backup x dapat. hhuhu
akuingin : Harap2 dua mu makbul..
cuba2lah hantar email kat goggle suruh mereka review balik. bab ini seri pon tak berpengalaman.
ReplyDeletenak htr tu x tau mcm ner.. adres dia per
ReplyDeletehuhhh.. tk pndi la kata apa... ys click ;-)
ReplyDeletehuhu...ciannye..saabr ea...tiap perkara tu ada hikmahnya
ReplyDelete