Headlines News :
.
Home » , » Aduh.... Blog aku kena roadblock.

Aduh.... Blog aku kena roadblock.

Written By Unknown on Wednesday, July 21, 2010 | 22:15


Apalah nasib aku ni. Kena mandi bunga kot. Pada tarikh 20/07/10 semalam, 2 blog aku dilain akaun kena banned oleh pihak Google. Blog ni sebenarnya bukanlah kepunyaan aku. Aku hanyalah sebagai admin untuk mengemas kini blog tersebut dengan aktiviti, promosi dan berita terbaru. 2 blog tesebut ialah :-
  • Tegarfishing.blogspot - Blog ni adalah blog club memancing kami. Dah setahun lebih jugalah aku melahirkan dan membesarkanya. Banyak info & aktiviti club memancing kami kat dalam ni.
  • mppzon16mdkl.blogspot - Blog ni kepunyaan sahabatku En. Othman. Beliau yang menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis di Majlis Daerah Kuala Langat merangkap Setiausaha Ahli Parlimen Kuala Langat. Kiranya aku setiausaha kepada dia pula ler..
Sebenarnya mula-mula aku pun tak tahu blog tersebut dah kena sekat. Pada pagi tu ada sahabat-sahabat yang telefon aku, kenapa blog tak boleh buka. Aku ingat mungkin aku ada tersalah setting ke. Aku cepat-cepat buka komputer dan check. Huhh.. Ni bukan salah setting. Tapi url dah kena banned dengan Google. Apa kes ni. Aku huru hara sekejap. Puas memikirkannya. Aku check dalam inbox gmail. Ada email dari Google. Mereka mengatakan blog aku ni bawa spam? Spam apa pula yang aku dah buat.Yang aku pelik, kenapa sekali dua-dua blog kena banned. Tak ada reminder pun.

Dulu blog sallehsgerrard.blogspot ku ini pun pernah juga kena suspek buat spam. Tapi Google bagi reminder. Kalau tak silap google bagi tempoh sebulan suruh aku buang spam kat blog dan kalau dalam masa tu aku buat tak tau jer, barulah dia banned. Sememangnya semalam pada 19/7/2010 aku ada post satu berita atau hebahan di blog mppzon16mdkl tu. Kalau post tu yang bermasalah, kenapa tidak mppzon16mdk saja yang di banned. Tegarfishing tak bersalah sebab aku tak sentuh pun blog ni.

Posting aku di mppzon16mdkl


Aku mula langkah pertama. Cari maklumat dicarian Google. Aku jumpa 1 website iaitu www.tutorialdigital.com yang menerangkan segalanya tentang mengapa blog di banned serta jalan penyelesainnya. Barulah aku tahu rupa-rupanya selama ini pihak Google sentiasa akan cuba mengesan para pengunanya melakukan aktiviti blogger. Mereka menggunakan robot pengesan spam. Apabila robot ini dapat saja mengesan spam di blog kita, dengan tanpa rasa belas kasihan, terus sahaja dibanned. Robotkan. Bukan manusia yang masih ada budi bicara. Aku mula terfikir, mungkinkah sebab-sebab berikut ada hubung kait dengan spam?
  • Dalam maklumat post aku ada meletakkan pautan (link) untuk maps & email. Tapi aku rasa tak mungkin sebab maps & email ni semua dari Google.
  • Setelah siap posting di blog, Aku posting pula di Yahoo Group bulat-bulat copy dari posting blog. Aku rasa yang ni pun tak munasabah, sebab aku hanya membuat hebahan acara dan selama ni blog aku sallehsgerrard.blogspot ini selalu juga aku posting copy bulat2 dari blog ke group. Alhamdulillah. Tak ada apa-apa.
  • Aku juga membuat pautan acara pada laman sosial Facebook aku. Mungkin kat sini puncanya kot. Sebelum ini aku memang tak pernah pun buat posting acara didalam FB. Jadi ni pengalaman pertama aku. Apa lagi aku terus saja delete acara tu. (semoga ia punca sebenar spam).
Aku ikut langkah-langkahnya satu persatu. Dari log in akaun Google, terus ke dashboard blogspot dan klik restore. Kemudian verrified akaun. Sebelum verrified tu kenalah pilih negara dan letak no. telefon aku untuk pihak Google menghantar kode verrified. Dalam masa 2 minit aku dapat sms yang memberi no kode tersebut. Sesudah aku masukkan no kode barulah verrified.

Masalah sekarang ni, aku pun tak tahu bila akaun aku akan pulih sepeti sediakala. Dah dua hari aku tunggu, tapi aku masih belum berputus asa. Masih terus menunggu. Aku berharap pihak Google dapat mengembalikan semula blog tu pada aku. Ampun Google, berilah aku peluang semula, lain kali aku tak buat lagi. Nak delete apa pun artikel, widget yang mempunyai spam, aku tak kisah. Janji korang bagi semula dua blog ni kat aku. Dengarlah rayuan hatiku ini.. Mudah-mudahan lembut hati kamu semuanya.. Amin...

Share this article :

18 comments:

  1. uiks.. blog pon boleh di block ke? tak tau plak. hurmm... sian~

    ReplyDelete
  2. berhati2... kt tak sangka bl2 masa jer boleh jd mcm blog aku gak. banyak sbnrnyer terma & syarat yg kt sndiri x phm.. huhu

    ReplyDelete
  3. bertuah la kalau boleh dpt balik blog tu..huhu..
    Aku punya blog sampai sekarang tak dpt2 lg walaupun aku xpenah spam.
    Inila kelemahan utama dalam blogspot..kalau dalam wordpress dia akan bg warning dulu..then kalau kena banned pun dia akan bg kita masuk lg untuk backup segala data dlm blog..tp blogspot mmg sampah dlm bab ni..
    memang sakit hati..

    ReplyDelete
  4. selidik dulu sebelum melakukan apa2 pon..
    blaja dr pengalaman..

    ReplyDelete
  5. xpenah jd..tu xtahu..gerrard dah explain detail pon still xtahu nape dorg spam..tp cam ron ckp tu, susah nak dpt balik..sian lak..xpe..sabo2 ek..

    ReplyDelete
  6. ron: lor.. yer ker.. aduh.. x dpt ler nak backup2 data tu.. waaaaaaaaaaaaa..
    nrshasha : emm.. btl2... ada hikmah disebalik kejadian..

    ReplyDelete
  7. penuh tekun saya baca en3 awak ni.. sebab nak paham betul2 masalahnye yang saya tak berapa nak paham puncanya.. terkejut gak blog leh kene banned.. moga awak dpt balik 2 blog tu.. jgn sedey2 k..

    ReplyDelete
  8. Atie: saya sendiri pun tak paham.. apa punca google banned. sebab dia langsung x bagi tau apa2 info @ reminder.

    ReplyDelete
  9. lorhh..apa kriteria sebenarnya kalau kena banned?spam jek?
    spam cara cemana?adeh.xpaham.sorry
    tapi sabar2 yer.nnti ok balik kot blog2 kamu itu

    ReplyDelete
  10. wah??? poor gerrard...apa banyak comment yg menyertakan URL or kena click fraud?? btw, you'll never walk alone brother.

    ReplyDelete
  11. wah??? poor gerrard...apa banyak comment yg menyertakan URL or kena click fraud?? btw, you'll never walk alone brother.

    ReplyDelete
  12. sampai berdarah mata menatapi rayuan luahan hati mu gerrad...tp disebabkan saye buta IT, maka mmg x paham...maafkan saye gerrad...:(
    tp jgn sedih, nti kita wat blog lain eh...senyum skit

    ReplyDelete
  13. Amin...semoga semuanya dapat selesai dengan baik.. :)

    ReplyDelete
  14. Oren : sbnrnye byk benda yg menjadi punca spam.. klau kt cuba baca T&c Google Blogger, mmg tak larat kot nak igt.

    kang : poor gerrard yer.. ahhahah.. mungkin juga sebab2 dari comment. mungkin sajalah.. aku tak pasti.

    Khalidah: aku pun mula2 buta It gak.. tp cuba blajar mndalami tanpa guru. Hanya bantuan artikel kwn2 yang memposting artikel di website & blog. klau nak baru tu mmg ler boleh jer. lg canggih akan aku buat. mslhnya skg ni, artikel & bhn2 kat dlm tu. x der soft copy. nak backup x dapat. hhuhu

    akuingin : Harap2 dua mu makbul..

    ReplyDelete
  15. cuba2lah hantar email kat goggle suruh mereka review balik. bab ini seri pon tak berpengalaman.

    ReplyDelete
  16. nak htr tu x tau mcm ner.. adres dia per

    ReplyDelete
  17. huhhh.. tk pndi la kata apa... ys click ;-)

    ReplyDelete
  18. huhu...ciannye..saabr ea...tiap perkara tu ada hikmahnya

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger