Headlines News :
.

Latest Post

Showing posts with label 14. Computer/Kreatif/Hobi. Show all posts
Showing posts with label 14. Computer/Kreatif/Hobi. Show all posts

Sampul duit raya Kelab Peminat Liverpool (Malaysia)

Written By Unknown on Thursday, July 5, 2012 | 21:05



Sempena bulan Syawal yang bakal berkunjung tiba tidak lama lagi, disini pihak admin Kelab Peminat Liverpool (Malaysia)  KPLM dengan suka citanya memperkenalkan "SAMPUL DUIT RAYA KPLM 2012" untuk digunakan bersama.

Alangkah meriahnya hari raya anda seandainya dapat memberi sesuatu yang istimewa kepada si kecil disebalik dapat memupuk ibubapa serta ahli keluarga mereka teruja untuk ikut serta menyokong pasukan kesayangan kita Liverpool FC. Selain itu kita juga berbangga kerana dapat membuktikan bahawa kita ini adalah antara penyokong tegar Liverpool yang sebenar.. YNWA.

Minimum beli 50 pcs @ 1 packet
Harga adalah termasuk kos penghantaran
- 50 PCS (1 packet) - RM30 
- 100 PCS (2 packet) - RM50
- 150 PCS (3 packet) - RM75
- 200 PCS (4 packet) - RM100 

TEMPAHLAH SEKARANG!!!!!!!!!!!!


TARIKH TUTUP TEMPAHAN - 20 JULAI 2012 (30 SYAABAN)
Proses penghantaran tempahan dijadualkan bermula pada awal bulan Ogos 2012 (sebelum 15 Ramadhan)


CARA MEMBUAT TEMPAHAN.
Sila beri maklumat lengkap seperti:
- Nama
- Alamat
- No. Hp
- PCS @ Packet

Buat bayaran mengikut harga packet yang anda inginkan ke akaun :

- Maybank : 162058881680 -> Sallehudin Jobri
- CIMB Bank : 1231-0063326-52-5 -> Sallehudin Jobri

HANTAR MAKLUMAT DIATAS KE:

- (PM) Admin yang berkenaan di https://www.facebook.com/messages/sgerrads ATAU

- SMS, WhatsApp, Viber di no. 019-2617430 ( sale'ehs gerrard )

Hanya yang Terbaik untuk peminat Liverpool di Malaysia. YNWA...


Pencarian penulis jemputan Liverpool FC

Written By Unknown on Friday, April 13, 2012 | 23:45

Jawatan kosong untuk mencari penulis artikel secara tetap dan jemputan.

Salam sejahtera kepada semua pengunjung2 blog SG ini. Terima kasih kerana anda terus sudi dan setia bersama blog kesayangan SG ini. Semoga dengan kunjungan anda sekelian akan menambahkan lagi seri blog ini dan harapan SG agar apa yang diterjemahkan didalam blog ini akan memberi sesuatu yang bermanfaat kepada anda semua. InsyaAllah.

Untuk kali ini, SG sebenarnya ingin mencari bakat terpendam yang berkebolehan dalam segi penulisan. Disini bukanlah SG inginkan anda untuk bersastera ataupun membuat cerpen dan sewaktu2 dengannya. Tetapi berkebolehan menulis artikel tentang isu semasa atau latar belakang sebuah kelab bola sepak adalah tujuan utama yang dicari.

Rasanya ramai pengunjung2 blog SG ini adalah majoritinya peminat setia kelab bolasepak di England iaitu Liverpool FC. Maklumlah tuan punya blog ini pun penyokong barisan hadapan Liverpool FC kan dan dah tentu banyak artikel yang ditulisnya juga berkisar kelab kesayangannya itu menjadi bahan bacaan anda. Jadi adakah anda berminat untuk menjadikan artikel anda sebagai bahan bacaan umum.

Sebenarnya SG dalam proses membina sebuah blog yang berkisar kelab Liverpool FC. Rasanya tak sampai lagi sebulan SG membinanya. Mungkin ramai yang kata tak perlulah nak memenuhkan lagi dunia maya ini dengan cerita Liverpool. Dah banyak dah website2 dan blog yang membuat topik Liverpool ni. Semua sama saja. Tapi itu kata anda. Bagi SG walaupun sama tapi tak serupa. Lagi banyak blog mengenai Liverpool ini lagi bagus kerana ia mencerminkan kekuatan penyokong walau dimana mereka berada. Lagipun setiap penulis mempunyai pandangan yang berbeza2 walaupun dalam membahaskan topik yang sama. Jadi jangan sia2kan bakat anda untuk menyertai SG dalam memertabatkan Liverpool FC dimata peminat bolasepak diseluruh dunia. YNWA

Syarat2 dan kelayakan

  • Anda adalah penyokong tegar Liverpool FC
  • Keutamaan akan diberikan kepada anda yang sudah bejinak2 dalam dunia blogger dan mempunyai blog sendiri. Sekiranya blog anda juga berkisar Liverpool FC adalah amat dialu2kan.
  • Blog yang sedang dibina ini berasaskan blogspot. Jadi anda mestilah tahu untuk menggunakan perisian tersebut. Tetapi sekiranya anda tidak tahu itu bukan alasannya kerana anda juga boleh menghantar artikel anda untuk SG postkan dalam blog.
  • ADMIN TETAP - Untuk menjadi admin tetap anda perlulah sekurangnya menghantar kepada SG 4-5 artikel untuk SG nilai. Sekiranya layak anda akan diberitahu kelak. Tetapi kelebihan akan diberikan kepada mereka yang sudah mempunyai blog mengenai Liverpool FC sendiri kerana tiada ujian akan dilakukan terhadap anda melainkan terus diiktiraf sebagai admin.
  • PENULIS JEMPUTAN - Anda tidak terikat untuk menghantar Artikel atau pandangan dalam membahaskan isu Liverpool. Jika SG fikir ia tidak layak untuk dijadikan artikel rasmi, SG juga masih boleh menganggap artikel anda tersebut sebagai surat peminat yang juga akan dimuatkan dalam ruangan blog ini. Tetapi berkemungkinan artikel2 anda akan diolah sedikit dari yang asal mengikut kesesuai keadaan semasa. Harap maklum ye.
  • COPY & PASTE bulat2 dari halaman lain adalah amat dilarang sama sekali melainkan ia dari hasil karya dalam blog anda sendiri. Curi bahan tu adatlah, tapi olahan biar sendiri punya buah fikiran.
  • Dilarang memaki hamun, mencarut dan menjatuhkan maruah pasukan Liverpool kerana SG anggap ia adalah sebagai blog rasmi. Jadi berilah sesuatu artikel atau pandangan yang positif. Kalau nak buat macam tu juga buatlah di blog anda sendiri. Harap faham maksud rasmi dan individu.
  • SG tidak akan bertanggungjawab keatas komen2 pengunjung diatas artikel yang anda tuliskan.
  • Semua artikel anda tidak akan dibayar walau sesen pun. FREE je tau. Kira kerja amal dan suka2lah mengarang untuk Liverpool.
  • Sekiranya berminat sila hubungi SG untuk keterangan lanjut samaada di Facebook SG ataupun di ruangan Hubungi Saya. Selamat mencuba.

Kamera Speed trap yang disalah gunakan

Written By Unknown on Sunday, October 9, 2011 | 00:15

Speed Trap!!. Sesuatu perkara yang amat kita risaukan ketika sedang memandu kenderaan. Tapi itu hanyalah kepada mereka yang kaki pecut dan kepada yang bukan kaki pecut pula takut kena saman ekor. Yelah tiba2 saja nombor kereta naik.

Zaman moden ini berbagai teknologi canggih telah diguna pakai untuk mempertingkatkan lagi kualiti sesuatu pekerjaan. Bagi menjamin kepuasan kepada pesalah2 lalu lintas ini, kamera @ CCTV canggih telah digunakan untuk menangkap rupa bentuk serta nombor pendaftaran kenderaan pesalah. Jadi jika ada yang dah kena saman tu, janganlah nak berdalih2 lagi kerana bukti sudah tersedia lengkap.

Di bawah ni, adalah gambar yang diambil oleh camera speed trap. Rasanya ini bukan kesalahan melebihi had laju. So rasa2 anda, kesalahan apa yang patut kita beri kepada pemandu ini?

\/

\/

\/

\/

\/

\/


p/s : Tersalah pegang tombol gear kot ni. emmm.. Berhati2 dijalan raya.

6 penggodam terbaik di dunia

Written By Unknown on Wednesday, February 9, 2011 | 02:33

Jonathan James
James adalah rakyat Amerika, semasa berumur 16 tahun dia dimasukkan ke penjara karena membocori laman pertahanan Amerika Syarikat dan dia cuma berkata dia melakukan perkara tersebut semata-mata untuk kepuasannya sendiri. NASA menderita akibat kepandaiannya, James mencuri software NASA yang berharga $1.7 juta dollar AS. Sehingga NASA terpaksa untuk mematikan server dan sistemnya. Kerana kelakuannya, dia tidak boleh menyentuh komputer selama 10 tahun.

Adrian Lamo
Dia menghack New York Times untuk mendapatkan info peribadi dan beberapa nombor security . Dia akhirnya didenda $65,000 dollar US.









Kevin Mitnick
Inilah legenda hidup yang benar-benar mantop dalam dunia hack.
Antara yang dia lakukan:
  • Mengkaburi FBI 
  • Hacking kedalam DEC system (Digital Equipment Corporation)
  • Mendapatkan password administrator dalam satu komputer IBM supaya menang perjudian.
  • Hacking Motorola, NEC, Nokia, Sun Microsystems dan Fujitsu Siemens systems
Dan masih banyak lagi kelakuan dia yang luar biasa.
Seorang white hat hacker pun yang bernama Tsutomu Shimomura pun dihack komputer sistemnya oleh Kevin, dan terjadilah perang hacker . Dia ditangkap oleh FBI dengan bantuan Tsutomu Shimomura yang mengesan jaringan HP yang dibawa Mitnick saat itu. Tapi sekarang dia sudah insaf dan menjadi seorang penulis buku, konsultan security, dan pemudahcara.

Kevin Poulsen
Juga dikenal dengan Dark Dante. Dia menghack database FBI. Selain itu dia juga menghack seluruh talian telefon kerana memang kemahiran dia menghack talian telefon. Saat ini dia jadi senior editor di Wired News, dan berjaya menangkap 744 penawaran sex melalui profiles Myspace.




Robert Tappan Moris
Orang yang pertama kali membuat Worm, yang dinamakan Morris Worm melalui internet dan menyebarkan wormnya yang mengakibatkan lebih kurang 6000 komputer jadi down..!!!
Dia akhirnya dipenjarakan rumah selama 3 tahun dan didenda sebesar $10,500 dollar. Sekarang dia bekerja sebagai professor di sebuah MIT Computer Science and Artificial Intelligence Laboratory!!

Karl Koch
Dia berasal dari Hannover Jerman yang menamakan komputernya FUCKUP (First Universal Cybernetic-Kinetic Ultra-Micro Programmer). Dia melakukan beberapa kajian dalam menghack pada kurun waktu 1985-1988. Dia juga seorang penagih kokain.
Dia berjaya membolosi beberapa sistem ketenteraan AS dan menghack sebuah pusat tenaga nuklear AS pada zaman perang dingin dan hasil hacknya dijual ke KGB (Agen Rahsia Soviet Union). Dia ditemui mati pada tahun 1988, menurut info dia membakar tubuhnya sendiri namun ada yang mengesyaki menjadi mangsa konspirasi.


Sumber : yahoo group dan Laloque d'Loqlaq 
  

50 Password yang paling digemari

Written By Unknown on Tuesday, January 18, 2011 | 01:41

kumpulan yang dikenali sebagai Gnosis melancarkan serangan hacker berprofil tinggi pada rangkaian yang paling popular di dunia blog. Mereka mendakwa bahawa telah hack 1,3 juta password pengguna, 188,279 telah ditunjukkan kepada orang ramai. Ini adalah 50 password popular yg terlalu "lemah". 


Nampak x carta kat atas tu, pengguna paling suka pakai password 123456. Penggunaan password yg x selamat cmtu boleh mengundang risiko kepada pemilik2 blog tue. Xtau la sama ada diorang mmg suka nombor tu @ diorang mmg xtau pasal keselamatan dalam internet. Kalo hacker tu jenis baik xpala sb diorang ni hanya nk uji2 ja, kalo yg jahat2 tu abis la.Kemungkinan diorang akan guna akaun korang utk wat jahat...

Untuk mengelakkan blog2 korang kena hack, jgn la pakai password yg mudah2. Pakai la password yg "strong". Strong maksudnya password korang tu adalah gabungan huruf dan nombor. Contohnya sekolah1981, nak hack password yg guna gabungan huruf dan nombor lebih susah. Jadi kalo sebelom nie korang x pikir sgt soal password korang, lepas baca entry nie hati2 la.  

 

Modem TP -LINK TD-W8901G ku telah berfungsi semula.

Written By Unknown on Sunday, November 28, 2010 | 13:19

Masih ingat lagi tak posting aku malam tadi. "Ohhh.. modemku, kenapalah tak boleh nak connect internet?". Nampaknya ramai yang memberi comment berguna kepada aku. Selain memberi tunjuk ajar, ada juga yang tumpang simpati dengan nasib yang menimpa modem & PC aku itu. Sekurang2nya nasib yang menimpa diri aku tu, bolehlah memberi pengajaran kepada sahabat2 yang lain.

Pagi ni, balik kerja je, terus aku kerjakan modem ni. Atas tunjuk ajar Mr. Nakal, aku mula setting kembali modem aku ini. Berikut step by step yang aku lakukan :-
  1. Aku reset kembali modem TP -LINK TD-W8901G aku ni.
  2. Lepas reset aku offkan modem aku lebih kurang 10 saat
  3. Selepas on semula, aku sambungkan network cable ke Laptop & buka WEB BROWSE (Internet Explorer)
  4. IP No.: 192.168.1.1
  5. Login user dan lakukan step2 yang seterusnya.
  6. Selepas edit user name (xxxx@streamyx) & password baru aku perasan,  ingatkan sebelum ni aku letak VPI (0) VCI (32), rupanya aku letak VPI (8) VCI (35)
  7. Aku ikut yang disarankan oleh Mr. Nakal, VPI (0) VCI (35) dan next..
  8. Aku guna SSID yang sedia ada iaitu : TP-LINK_F72AE1 & Authentication Type : WPA2-PSK
  9. Last aku edit pula Pre-Shared Key : xxxxx
  10. Selesai masalah. 5 lampu LED menyala (Power,ADSL,Internet,Wlan & Port). Boleh connect internet dengan cable & wireless.
Cable network aku dah cabut, so 4 LED jelah yang menyala.
Dah selesai, tapi tetap tak berpuas hati
Selepas tu aku mengatal tangan pula nak tukar SSID name dengan nickname aku. Tapi yang jadi masalahnya wireless tak boleh nak connect internet. Hanya dengan cable saja yang boleh. kenapa ye? Untuk SSID name modem yang dulu aku guna nickname ni juga. Takkan tak boleh kot.

Lagi satu, user login IP default 192.168.1.1 tu bila kita dah setting, dia bukan lagi admin : admin ke? ke dah jadi admin : pasword Pre-Share Key yang aku letak tu? Aku dapat tau pun sebab aku remember my password.

Dipendekkan cerita aku terpaksa reset lagi modem & install semula macam tadi aku buat & SSID name tu aku guna yang sedia ada : TP-LINK_F72AE1

Selesai sudah walaupun belum sempurna. Aku fikir nanti2 dululah tukar2 SSID name tu. Yang penting aku boleh online. So kalau korang ada tips2nya share2 le kat aku ye.

P/S: Tak sangka pulak hari Ahad pekerja Dari TM boleh datang rumah aku hari ni. Masa tu modem aku dah settle. Just dia check line telefon aku yang bising je ni. So hasil report aku kat TM semalam, sedikit sebanyak menambahkan rezeki juga kat dia orang ni. Ye le, dapat dia overtime. hehehehe

Ohhh.. modemku, kenapalah tak boleh nak connect internet?

"Bantulah aku setting semula modem TP-LINK model TD-W901G (wireless G-ADSL2+ Modem Router)"


Hari ni, genaplah seminggu aku berpuasa melayari internet kat rumah. Bukan mogok atau sibuk, tapi gara2 modem aku kena sambar petir minggu lepas, membuatkan aku mati kutu dibuatnya. Sebelum kejadian, isteri aku ada gak tanya2, tak ada apa2 ke hujan2 & kilat sepoi2 bahasa ni. Aku cakap, ok jer, sebab tak ler nampak bahaya mana pun. Jadi aku terus je ler melayan BW.

Tapi dah memang takdir nak kena. Walaupun hujan tak ler selebat mana, Tapi tiba2 jer, kilat berdentum bagai nak pecah gegendang ni. Apa lagi, meletup ler aku punya modem & bergelap seketika rumah aku. Huh, panik sekejap. On semula kat suis utama, aku cepat2 check modem, laptop & tv. Nasib baik Modem jer yang kantoi, TV dengan laptop masih ok lagi. Menyesal dah tak berguna, tahan telinga jer kena bebel dengan isteri aku. huhuhu.

Esoknya aku hantar Modem TP-LINK TD-W8901G aku ni ke kedai sebab masih ada waranty lagi. So tokey kedai tu cakap, kenalah tunggu sekurang2nya 2 minggu atau sebulan baru ada keputusan. Aduhhhh.. mau jadi orang bodoh aku kat umah ni. So melilau ler aku bertanyakan kepada kawan2 kot ada modem2 lebih. Tanya punya tanya, aku ingat aku sorang jer yang modem kena tembak, rupanya ramai. Siap rumah yang TVnya meletup pun ada. Jadi harapan tinggal kenangan jer le.

Tengahari tadi, tokey kedai tu telefon aku. Dah boleh ambil yang baru. Punyalah bersemangat. Bangun2 tido, dengan tak payah mandinya, terus aku pergi pekan Banting tuntut harta. Sampai rumah, terus buat connection. On2 PC aku, aik? rosak juga ke. PC hidup, tapi monitor gelap je. Check punya check, sah PC aku pun terjebak gak disambar petir. Pelik juga. Padahal aku tak on pun PC aku masa kejadian. Mungkin network kabel dari modem ni kot puncanya. Emmm.. Aku cuba pulak setting menggunakan laptop aku. setting punya setting, masih gak aku tak boleh browse internet. Wireless signal dapat, tapi tak boleh nak connect. Direct guna kabel pun sama gak. aduh.. Last2 aku telefon TM, tanya apa problem. Macam biasa kalau operator tu terror, pasti dia akan bagi panduan nak buat macam ner. Ni aku rasa kurang sikit le, sebab dia hanya tanya line telefon ok ke tak?, Modem baru ke lama?. Last sekali dia akan hantar report supaya juruteknik dia akan check. Huhuhuhu.. Kempunan lagi aku..

Tapi aku rasa, aku yang tak betul settingnya. Lagipun aku ni bukanlah expert sangat bab2 ni. Aku main belasah je. Main ikut buku panduan je. Ingat tapak dah ada, senang le nak connect. Rupanya lagi pening.

So ada tak sapa2 yang boleh membantu aku?

ni aku terangkan secar ringkas cara aku setting tadi.

1. Jenis Modem : TP-LINK TD-W8901G wireless G-ADSL2+ Modem Router.
2. Yang kena sambar petir dulu pun modem medel ni juga. Tapi aku setting kat PC aku. Disebabkan PC aku dah terjebak juga, aku terpaksa guna laptop. (Window 7)
3. Macam biasa dengan buku panduan aku setting menggunakan Web Browse. dgn IP no. (192.168.1.1)
4. Lepas tu aku isikanlah ikut panduan yang ditetapkan dengan masuk Quick Start & Run Wizard
5. Lepas pilih time zone aku masukkan ler username & password streamyx.
6. kemudian VPI :0, VCI 33 & Conn. Type : PPoE LLC

Kemudian access point Wlan . 
1. aku masukkan nama SSID ,
2. broadcast SSID : Yes,
3. Authentication type :WPA2-PSK,
4. Encription : TKIP
5. Pre-Share Key: password

Bila dah aku buat semua tu, Aku tengok lampu kat medem tu masih juga 4 yang menyala sepatutnya 5 le kan.(power,ASDL, Wlan & Port) Enthernet tak menyala.Aku reset balik modem  & cuba setting menggunakan CD, tapi 1st2 lagi network adapter failed. Aku try troubleshoter, masih juga jawapan yang sama.

Sekarang ni aku tak paham, Apa dia network adapter tu?

Aku harap adalah yang sudi2 bantu aku yer.

10 perkara yang menjejaskan prestasi komputer anda

Written By Unknown on Tuesday, October 5, 2010 | 04:59


Kemungkinan selepas setahun kita menggunakan komputer, kita akan dapati terdapat beberapa perubahan yang ketara terhadap prestasi komputer kita misalnya selalu 'hang' ataupun operasi yang semakin lambat. Jika kita pengguna yang hardcore pula, masalah ini pasti berlaku lebih awal lagi. Berikut disenaraikan sepuluh perkara yang dirasakan menjadi punca kepada terjejasnya prestasi komputer kita.

1. Mikropemproses mengalami kepanasan melampau.
Kepanasan melampau ini terjadi apabila motor kipas yang menjadi penyejuk kepada mikropemproses tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini disebabkan habuk yang terdapat di sekeliling kipas yang menyekat putaran kipas tersebut. Selain daripada itu, mungkin bearing kipas menjadi longgar yang menyebabkan gegaran berlaku pada mikropemproses. Kesannya ialah mikropemproses tidak dapat bekerja dengan baik.

2. Masalah RAM
Terdapat juga RAM yang dari jenis murah yang tidak memenuhi spesifikasi serta mempunyai masalah komposisi cip-cip yang siap terbina. Akibat dari masalah ini, ialah RAM mudah mengalami kepanasan melampau yang menjejaskan keupayaan komputer. Selain daripada itu, masalah รซBlue Screenรญ juga akan lebih kerap berlaku.

3. Cakera keras
Bagi cakera keras pula, masalah-masalah yang menyebabkan terjejasnya prestasi komputer ialah seperti bertambahnya sektor-sektor rosak (bad sector) ketika melakukan proses chkdsk dan scandisk, kerosakan dalaman (intermittent) yang mengakibatkan kegagalan proses boot dan capaian putaran per masa yang rendah yang mungkin tidak sesuai dengan spesifikasi komputer yang digunakan.

4. Konfigurasi BIOS
Pengguna komputer seharusnya tidak terlalu bergantung kepada konfigurasi BIOS 'kilang' sebaliknya perlu mengetahui konfigurasi sistem yang optimum. Ini adalah kerana konfigurasi BIOS yang tidak tepat turut mempengaruhi keupayaan komputer.

5. Pengawal Cakera
Kabel pengawal yang digunakan perlu menepati spesifikasi pengawal cakera yang dipasang. Begitu juga dengan papan ibu (motherboard) yang harus mampu menyokong pengawal cakera. Sebagai contoh pengawal cakera UDMA-66 memerlukan kad khusus untuk dipasang pada papan ibu yang hanya menyokong pengawal cakera UDMA-33. Jika tidak dipasang, ia pasti akan mengundang masalah kepada prestasi komputer.

6. Sistem Operasi
Sistem operasi seperti Windows XP dan Windows 2000 biasanya mempunyai banyak servis yang dijalankan. Servis-servis yang dijalankan jika terlampau banyak akan merencatkan prestasi komputer. Servis yang jarang diguna sepatutnya diberhentikan kerana ia banyak menggunakan sumber tenaga komputer.

7. Proses dan Aplikasi
Proses dan Aplikasi (.exe) yang terlampau banyak digunakan akan menyebabkan komputer menjadi perlahan. Untuk melihat proses dan aplikasi yang sedang dilarikan, pengguna bolehlah klik pada bahagian Windows Task Manager.

8. Fragmentasi Cakera
Fragmentasi cakera berlaku apabila terlalu kerap fail-fail disimpan, dipadam dan ditukar. Ini menyebabkan kandungan fail bertaburan didalam sektor. Fragmentasi juga berlaku apabila kandungan cakera penuh. Seharusnya ruang kosong sebanyak 20% sehingga 25% perlu disediakan bagi mengurangkan masalah fragmentasi ini.

9. Aplikasi latar belakang
Ramai pengguna yang suka melarikan aplikasi latar belakang secara automatik selepas proses boot ataupun permulaan sistem operasi. Aplikasi yang terlalu banyak dilarikan pada satu-satu masa akan menyebabkan komputer menjadi perlahan dan adakalanya menyebabkan 'hang'. Aplikasi-aplikasi yang digunakan ini boleh dilihat pada folder Startup.

10.Sistem fail
Dalam sistem operasi Windows terutamanya NT dan 2000, pemilihan sistem fail iaitu NTFS dan FAT adalah sangat penting. Ini adalah kerana sistem fail ini merujuk kepada saiz dan bilangan kelompok dalam sesuatu cakera. Saiz kelompok yang besar akan meningkatkan prestasi komputer. Kebiasaanya, sistem fail NTFS mempunyai saiz kelompok yang lebih besar berbanding FAT.

p/s : Jangan asyik nak salahkan network line, broadband & Streamyx je bila lembab. Periksa dulu mahluk2 yang anda bela dalam komputer anda terlebih dahulu.

Syukur - 2 blogku telah dikembalikan oleh Google.

Written By Unknown on Wednesday, August 4, 2010 | 14:15

Masih ingat tak lagi dengan posting aku yang lalu? "Aduh....Blog aku kena roadblock". Kepada mereka-mereka yang membaca artikel aku itu pasti bersimpati dan ingin mengetahui dengan lanjut apa nasib dengan dua blog tersebut.

Sebenarnya aku sudah putus asa & patah hati dengan dua blog itu. Aku sudah memikirkan untuk membina blog Versi 2 bagi mewarisi isi kandung blog MPP Zon 16-MDKL & Tegarfishing Club ini. Cuma waktu saja yang tidak mengizinkan kerana aku sibuk untuk mengumpul2kan kembali maklumat2 yang telah terkubur itu...


Tapi kini, sejarah telah tercipta. Pada tarikh 29/07/2010 yang lalu, hatiku tergerak untuk membuka laman blog tersebut. Apabila aku taip saja url blog MPP Zon 16-MDKL, dengan tidak disangka2 menjelmalah laman yang amat kurindui ini.betapa gembiranya aku ketika itu. Kemudia aku taip pula url Tegarfishing Club. Alhamdulillah, semuanya pulih seperti sediakala. Bila aku amati "Live traffic feed" history, barulah aku tahu, sebenarnya pada tarikh 26/07/2010 lagi blog ini telah dikembalikan oleh Google. Kiranya seminggu jugalah blog tersebut dibekukan.


Terima kasih daun keladi kepada pihak Google kerana memberi peluang kedua kepada blog2 aku ini. Selepas ini aku akan lebih berhati2 lagi untuk membuat sesuatu tindakan berkenaan blog ini. Sesungguhnya Allah memberi hidayah & kesabaran kepada umatnya..

Aduh.... Blog aku kena roadblock.

Written By Unknown on Wednesday, July 21, 2010 | 22:15


Apalah nasib aku ni. Kena mandi bunga kot. Pada tarikh 20/07/10 semalam, 2 blog aku dilain akaun kena banned oleh pihak Google. Blog ni sebenarnya bukanlah kepunyaan aku. Aku hanyalah sebagai admin untuk mengemas kini blog tersebut dengan aktiviti, promosi dan berita terbaru. 2 blog tesebut ialah :-
  • Tegarfishing.blogspot - Blog ni adalah blog club memancing kami. Dah setahun lebih jugalah aku melahirkan dan membesarkanya. Banyak info & aktiviti club memancing kami kat dalam ni.
  • mppzon16mdkl.blogspot - Blog ni kepunyaan sahabatku En. Othman. Beliau yang menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis di Majlis Daerah Kuala Langat merangkap Setiausaha Ahli Parlimen Kuala Langat. Kiranya aku setiausaha kepada dia pula ler..
Sebenarnya mula-mula aku pun tak tahu blog tersebut dah kena sekat. Pada pagi tu ada sahabat-sahabat yang telefon aku, kenapa blog tak boleh buka. Aku ingat mungkin aku ada tersalah setting ke. Aku cepat-cepat buka komputer dan check. Huhh.. Ni bukan salah setting. Tapi url dah kena banned dengan Google. Apa kes ni. Aku huru hara sekejap. Puas memikirkannya. Aku check dalam inbox gmail. Ada email dari Google. Mereka mengatakan blog aku ni bawa spam? Spam apa pula yang aku dah buat.Yang aku pelik, kenapa sekali dua-dua blog kena banned. Tak ada reminder pun.

Dulu blog sallehsgerrard.blogspot ku ini pun pernah juga kena suspek buat spam. Tapi Google bagi reminder. Kalau tak silap google bagi tempoh sebulan suruh aku buang spam kat blog dan kalau dalam masa tu aku buat tak tau jer, barulah dia banned. Sememangnya semalam pada 19/7/2010 aku ada post satu berita atau hebahan di blog mppzon16mdkl tu. Kalau post tu yang bermasalah, kenapa tidak mppzon16mdk saja yang di banned. Tegarfishing tak bersalah sebab aku tak sentuh pun blog ni.

Posting aku di mppzon16mdkl


Aku mula langkah pertama. Cari maklumat dicarian Google. Aku jumpa 1 website iaitu www.tutorialdigital.com yang menerangkan segalanya tentang mengapa blog di banned serta jalan penyelesainnya. Barulah aku tahu rupa-rupanya selama ini pihak Google sentiasa akan cuba mengesan para pengunanya melakukan aktiviti blogger. Mereka menggunakan robot pengesan spam. Apabila robot ini dapat saja mengesan spam di blog kita, dengan tanpa rasa belas kasihan, terus sahaja dibanned. Robotkan. Bukan manusia yang masih ada budi bicara. Aku mula terfikir, mungkinkah sebab-sebab berikut ada hubung kait dengan spam?
  • Dalam maklumat post aku ada meletakkan pautan (link) untuk maps & email. Tapi aku rasa tak mungkin sebab maps & email ni semua dari Google.
  • Setelah siap posting di blog, Aku posting pula di Yahoo Group bulat-bulat copy dari posting blog. Aku rasa yang ni pun tak munasabah, sebab aku hanya membuat hebahan acara dan selama ni blog aku sallehsgerrard.blogspot ini selalu juga aku posting copy bulat2 dari blog ke group. Alhamdulillah. Tak ada apa-apa.
  • Aku juga membuat pautan acara pada laman sosial Facebook aku. Mungkin kat sini puncanya kot. Sebelum ini aku memang tak pernah pun buat posting acara didalam FB. Jadi ni pengalaman pertama aku. Apa lagi aku terus saja delete acara tu. (semoga ia punca sebenar spam).
Aku ikut langkah-langkahnya satu persatu. Dari log in akaun Google, terus ke dashboard blogspot dan klik restore. Kemudian verrified akaun. Sebelum verrified tu kenalah pilih negara dan letak no. telefon aku untuk pihak Google menghantar kode verrified. Dalam masa 2 minit aku dapat sms yang memberi no kode tersebut. Sesudah aku masukkan no kode barulah verrified.

Masalah sekarang ni, aku pun tak tahu bila akaun aku akan pulih sepeti sediakala. Dah dua hari aku tunggu, tapi aku masih belum berputus asa. Masih terus menunggu. Aku berharap pihak Google dapat mengembalikan semula blog tu pada aku. Ampun Google, berilah aku peluang semula, lain kali aku tak buat lagi. Nak delete apa pun artikel, widget yang mempunyai spam, aku tak kisah. Janji korang bagi semula dua blog ni kat aku. Dengarlah rayuan hatiku ini.. Mudah-mudahan lembut hati kamu semuanya.. Amin...

Who makes google logos?

Written By Unknown on Sunday, July 18, 2010 | 17:50

Google logos - Do u know who makes them????




Mother ' s Day   


Father ' s Day 


 Women ' s Day 

National Library Day




St. Patrick ' s Day 


St. George ' s Day







 
 Da Vinci ' s Birthday


Michelangelo ' s Birthday


Einstein ' s Birthday


Ray Charles ' Birthday


Dragon ' s day 


Alfred Hitchcock ' s Birthday





 

Earth Day

 

Halloween 




Valentine ' s Day 


Water Day 


National Teacher Day




125th Birthday of Walter Gropius


Invention of the First Laser 




 
 First Day of Spring






Persian New Year






Alexander Graham Bell ' s Birthday 


Leap Year




Chinese New Year 


50th anniversary of the LEGO brick


Martin Luther King Jr. Day 



Happy New Year & 25 Years of TCP/IP 


 "The Artist" of the Google Logos:  
Dennis Hwang (Hwang Jung-moak), a 23-year-old Korean computer artist in the United States , who has been drawing the face of Google for almost two years, creating a buzz of sorts with his simple yet witty designs



Yang ni sapa pulak yang buat?
wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger