Headlines News :
.
Home » , , , » Pencarian penulis jemputan Liverpool FC

Pencarian penulis jemputan Liverpool FC

Written By Unknown on Friday, April 13, 2012 | 23:45

Jawatan kosong untuk mencari penulis artikel secara tetap dan jemputan.

Salam sejahtera kepada semua pengunjung2 blog SG ini. Terima kasih kerana anda terus sudi dan setia bersama blog kesayangan SG ini. Semoga dengan kunjungan anda sekelian akan menambahkan lagi seri blog ini dan harapan SG agar apa yang diterjemahkan didalam blog ini akan memberi sesuatu yang bermanfaat kepada anda semua. InsyaAllah.

Untuk kali ini, SG sebenarnya ingin mencari bakat terpendam yang berkebolehan dalam segi penulisan. Disini bukanlah SG inginkan anda untuk bersastera ataupun membuat cerpen dan sewaktu2 dengannya. Tetapi berkebolehan menulis artikel tentang isu semasa atau latar belakang sebuah kelab bola sepak adalah tujuan utama yang dicari.

Rasanya ramai pengunjung2 blog SG ini adalah majoritinya peminat setia kelab bolasepak di England iaitu Liverpool FC. Maklumlah tuan punya blog ini pun penyokong barisan hadapan Liverpool FC kan dan dah tentu banyak artikel yang ditulisnya juga berkisar kelab kesayangannya itu menjadi bahan bacaan anda. Jadi adakah anda berminat untuk menjadikan artikel anda sebagai bahan bacaan umum.

Sebenarnya SG dalam proses membina sebuah blog yang berkisar kelab Liverpool FC. Rasanya tak sampai lagi sebulan SG membinanya. Mungkin ramai yang kata tak perlulah nak memenuhkan lagi dunia maya ini dengan cerita Liverpool. Dah banyak dah website2 dan blog yang membuat topik Liverpool ni. Semua sama saja. Tapi itu kata anda. Bagi SG walaupun sama tapi tak serupa. Lagi banyak blog mengenai Liverpool ini lagi bagus kerana ia mencerminkan kekuatan penyokong walau dimana mereka berada. Lagipun setiap penulis mempunyai pandangan yang berbeza2 walaupun dalam membahaskan topik yang sama. Jadi jangan sia2kan bakat anda untuk menyertai SG dalam memertabatkan Liverpool FC dimata peminat bolasepak diseluruh dunia. YNWA

Syarat2 dan kelayakan

  • Anda adalah penyokong tegar Liverpool FC
  • Keutamaan akan diberikan kepada anda yang sudah bejinak2 dalam dunia blogger dan mempunyai blog sendiri. Sekiranya blog anda juga berkisar Liverpool FC adalah amat dialu2kan.
  • Blog yang sedang dibina ini berasaskan blogspot. Jadi anda mestilah tahu untuk menggunakan perisian tersebut. Tetapi sekiranya anda tidak tahu itu bukan alasannya kerana anda juga boleh menghantar artikel anda untuk SG postkan dalam blog.
  • ADMIN TETAP - Untuk menjadi admin tetap anda perlulah sekurangnya menghantar kepada SG 4-5 artikel untuk SG nilai. Sekiranya layak anda akan diberitahu kelak. Tetapi kelebihan akan diberikan kepada mereka yang sudah mempunyai blog mengenai Liverpool FC sendiri kerana tiada ujian akan dilakukan terhadap anda melainkan terus diiktiraf sebagai admin.
  • PENULIS JEMPUTAN - Anda tidak terikat untuk menghantar Artikel atau pandangan dalam membahaskan isu Liverpool. Jika SG fikir ia tidak layak untuk dijadikan artikel rasmi, SG juga masih boleh menganggap artikel anda tersebut sebagai surat peminat yang juga akan dimuatkan dalam ruangan blog ini. Tetapi berkemungkinan artikel2 anda akan diolah sedikit dari yang asal mengikut kesesuai keadaan semasa. Harap maklum ye.
  • COPY & PASTE bulat2 dari halaman lain adalah amat dilarang sama sekali melainkan ia dari hasil karya dalam blog anda sendiri. Curi bahan tu adatlah, tapi olahan biar sendiri punya buah fikiran.
  • Dilarang memaki hamun, mencarut dan menjatuhkan maruah pasukan Liverpool kerana SG anggap ia adalah sebagai blog rasmi. Jadi berilah sesuatu artikel atau pandangan yang positif. Kalau nak buat macam tu juga buatlah di blog anda sendiri. Harap faham maksud rasmi dan individu.
  • SG tidak akan bertanggungjawab keatas komen2 pengunjung diatas artikel yang anda tuliskan.
  • Semua artikel anda tidak akan dibayar walau sesen pun. FREE je tau. Kira kerja amal dan suka2lah mengarang untuk Liverpool.
  • Sekiranya berminat sila hubungi SG untuk keterangan lanjut samaada di Facebook SG ataupun di ruangan Hubungi Saya. Selamat mencuba.
Share this article :

1 comment:

  1. huhu..rase berminat tapi aku bukan penulis yang konsisten. mood dtg baru bole mnaip.. so, lebih selesa menyibuk dan mengomen blog org.. kah3..

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger