Roy Hodgson tersenyum puas apabila melihat kejayaan anak2 buahnya mengalahkan Liverpool 0-1 pada perlawanan malam tadi. Lebih manis lagi bagi beliau adalah berjaya mengecewakan peminat setia Liverpool di halaman sendiri bagi membalas dendam kutukan dan macian terhadapnya setahun yang lalu sewaktu menjadi pengurus di Anfiled. Ini adalah kemenangan kedua Hodgson dalam siri 3 pertemuan semenjak Dalglish merampas kerusi pengurus darinya.
Adakalanya menguasai 3/4 perlawanan belum menjamin kemenangan. Kita lihat ketika Chelsea menundukkan Barcelona dalam Liga Juara2 serta Barcelona tewas kepada Real Madrid dalam La liga. Kedua2 perlawanan tersebut dikuasai lebih 70% penguasaan bola oleh Barcelona, tetapi mereka tetap juga kalah. Begitulah nasib ceritanya yang terjadi kepada Liverpool pada perlawanan ini. Ben Foster yang selama ini mudah melepaskan bola, bukan main cekap pula menangkis serta menafikan percubaan Liverpool. Sememangnya sudah menjadi kemestian bahawa sesiapa sahaja penjaga gol lawan yang bermain di Anfield pasti akan berusaha bermati-matian menyelamatkan gawang mereka.
|
Kalau tak tiang, palang pula bola tu tuju. Adoiii |
Latihan yang ditekankan untuk tidak menyepak bola kearah tiang dan palang gol masih lagi gagal untuk diterjemahkan. Dengan kawasan penalti penuh pemain2 West Brom berkampung seperti ada kenduri kahwin, sememangnya amat menyukarkan Suarez, Carroll, Maxi dan lain2 untuk melepasi halangan. Tapi macam biasa, disebabkan leka menyerang, pasti terlupa nak kunci rumah yang ditinggalkan. Serangan balas yang sentiasa menjadi igauan musim ini sekali lagi menjadi punca kita merelakan West Brom berpesta malam tadi.
|
Abang Long yang gelisah tengok permainan rakan2nya. |
Apapun nasib baik tiada apa lagi yang perlu dikejarkan dalam liga Premier musim ini. Baki2 perlawanan yang tinggal hanyalah sekadar pelengkap jadual serta memantapkan lagi pasukan menjelang perlawanan akhir piala FA pada awal bulan depan. Jadi tak perlu tekan punat panik kerana segala percaturan dan kekalah hanya Dalglish yang memahami. Tugas kita hanya sokong saja. Bukan kena bayar pun kan.
|
Adakalanya keputusan berpura2 tergolek lebih baik berbanding betul2 dijatuhkan. |
p/s: Bila diingat2 balik, 3 perlawanan sebelum ini tanpa Reina, Liverpool seri sekali dan menang 2 kali. Emmm.. agak2 apa yang tak kena yer....
Liverpool West Bromwich Albion
30(6)
|
Shots (on Goal)
|
9(3)
|
12
|
Fouls
|
8
|
15
|
Corner Kicks
|
3
|
2
|
Offsides
|
4
|
63%
|
Time of Possession
|
37%
|
2
|
Yellow Cards
|
0
|
0
|
Red Cards
|
0
|
2
|
Saves
|
6
|
mesti RH ckp: kepincangan liv bkn sbb aku..tgk, aku da kuar pon korang masih pincang lg...
ReplyDeletep/s ada attach pic smlm kt stad melawati...
masa aku tgk reina ada dalam line up...dan tak ada player remaja dari akedemi diturunkan aku cukup marah, dalglish nampaknya tak belajar dari kesilapan...
ReplyDeleteini masanya sorang dua player muda didedahkan dengan perlawan epl... jones seharusnya diturunkan pada perlawanan ini untuk develop konfiden dia,
pada aku secara peribadi reina dah sampai hujung keriernya sebagai pemain Liverpool dari segi standart, boleh tgk riak wajah pon dah tau...
walaupon menyelamat satu dua percubaan bahaya, gol bromwich begitu mudah....reina tak menjadikan situasi itu susah macm kepeer2 lain lakukan...
entahlah...apa pon aku dah tak boleh terima cara permainan dia, siapa yang ajar dia sentiasa terpaku kat kankang gol 24 jam ada time dia kene terjah keluar mcm sebelum gol tu..pandai2 badjet ler nama pon kepeer..
kita dalam bahaya kita ada 3 kepeer yang tak meyakinkan...sekali defand buat silap bencana lah jawabnya...
piala fa sudah hampir tergelincir dari gengaman dengan strategi dan kepercayaan pada player yang dah tak boleh dipercayai lagi...
dan dengan kekalahan ini konfiden player2 pon merumdum jugak...apa yang aku fikir sekarang ialah final piala FA...berlawanan liga liverpool tak lebih dari membina konfiden itu saja... Apa yang dalglish buat?... meletakan reina yang dah tak der semangat tu aduhh....
lagi satu handerson dah terbukti memang pemain tgh sejati... bukan pemain sayap kiri bukan kanan kalau tak der tempat, simpan jer kat bangku simpanan sampai ada kekosongan...