Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah lama rasanya SG tak berkecimpung dalam bidang politik di blog SG ini. Bukannya dah tak berminat ataupun ambil tahu mengenai aktiviti serta perang saraf yang berlaku di arena politik negara sekarang ni, tetapi memandangkan hari kehari kita dihidangkan dengan politik kotor, membuatkan kita naik muak dan loya untuk mendengar kisah-kisah serta skandal-skandal terbaru ahli politik Malaysia hari ini.
Sempena selesainya majlis gilang gemilang yang telah dianjurkan oleh Pakatan Rakyat (PR) dan badan bukan NGO semalam, SG ingin meluahkan apa yang tersirat didalam hati ini mengenai BERSIH 3.0 ini. BERSIH 3.0 adalah kesinambungan siri BERSIH dan BERSIH 2.0 yang juga telah dilangsungkan dengan jayanya pada tahun-tahun sebelum ini. Sememangnya SG akui, ketika2 program BERSIH ini, memang satu pun SG tak ikut serta. Untuk kali pertama SG pun tak ingat kenapa SG tak ikut, tetapi yang kedua sudah pastilah dihari yang sama ketika itu, ibu mertua SG meninggal dunia dan yang ketiga ini dah memang tawar hati nak berdemo-demo ni. Bukan apa, dipendekkan cerita SG ni orang reformasi sebab masa reformasi je dulu memang tak pernah terlepas menyertainya tapi bila BERSIH ni pula bagilah muka-muka baru yang rasa dirinya seorang pejuang.
Disini SG bukanlah nak puji habis dengan program BERSIH 3.0 semalam ni dan bukan juga nak kutuk habis apa yang berlaku. Tetapi kejadian semalam seluruh dunia mengetahui apa yang berlaku semalam. Sememangnya kita akan berniat baik untuk melakukan demo sebelum berlangsungnya program tersebut, tetapi nak mengawasi ratusan ribu pengikut bukanlah suatu kerja mudah oleh penganjur apatah lagi pihak berkuasa seperti polis dan FRU. Risiko untuk berlaku rusuhan terlalu tinggi lagi-lagi apabila peserta demo dijulapkan dengan bunga-bunga api kemarahan.
Sememangnya SG akui, SG adalah seorang yang lebih berhaluan kiri iaitu antara penyokong PR. Tetapi ini tidak bermakna apa yang di usulkan serta dibuat oleh PR ni SG sokong 100% dan apa yang kerajaan BN ni buat aku benci 100%. Apa yang SG tekankan disini, SG lebih memandang apa yang orang-orang politik ni boleh bagi kepada rakyat dari segi ekonomi, agama, masyarakat dan segalanyalah. Bukan hanya sekadar janji meraih undi atau gula-gula untuk mengenang jasa. Pokok pangkalnya walau parti manapun memerintah, sememangnya tugas mereka untuk memajukan dan menjaga keharmonian negara ini. Jadi tak perlulah nak cakap saya dah buat ini, saya dah buat itu. Rakyat ada mata untuk menilai prestasi sesebuah parti. Setakat ini bagi SG kerajaan yang terbaik sudah tentulah kerjaaan PR Selangor sekarang. Pengurusan yang cekap membuatkan negeri bertambah kaya dan hasilnya dinikmati bersama oleh rakyat. Jadi SG pun malas nak sanjung tinggi-tinggi, biarlah diri masing-masing menilai apa yang telah dilakukan kerajaan Negeri Selangor dalam masa 4 tahun ini dalam menampal segala lubang-lubang besar yang ditinggalkan oleh kerajaan lama.
Alamak dah terlobi lebih pula. SG u-turn balik kepada topik asal tadi. Sebenarnya SG fikir adakalanya demo-demo ini banyak keburukan dari kebaikannya. Seperti yang terjadi semalam, SG nak komen lebih-lebih pun SG tiada di tempat kejadian semalam. Di internet dan laman-laman sosial ada bermacam-cerita yang timbul. Mana-mana yang kreatif tu, siap edit-edit lagi gambar dan video untuk menambah-nambahkan lagi bahang suasana. Jadi itulah antara risiko besar yang perlu dihadapi. Dalam kelompok ramai-ramai tu, sudah tentu ada masyarakat berbilang kaum, berbilang parti dan berbilang kumpulan. Jadi masing-masing yang menyertai perhimpunan tersebut mempunyai agenda dan niat yang suci dan tersembunyi. Apabila ada yang menyalakan api kemarahan terutamanya pakar-pakar motivasi (provokasi) ni, sudah tentulah minyak petrol akan ditambah-tambah untuk memarakkan lagi api tersebut . Maka terjadilah seperti kereta polis terbalik, pukul polis, dan sebagainya.
Nak salahkan polis, pun tak boleh sangat sebab mereka makan gaji dan mengikut arahan pihak atasan. Nak marah pakar motivasi pun, kita kurang bukti kukuh untuk menyatakan mereka walaupun hakikatnya merekalah punca segala-galanya. Tapi yang peliknya, Kerajaan Malaysia dah suruh pun guna stadium Bukit Jalil, tetapi kenapa tak nak. Nak juga buat kat KL. Bukankah itu salah satu petanda memang saja nak wat hal. Adakalanya kita perlu bertolak ansur dan bertimbang rasa untuk kepentingan semua. Kerana disebalik kekerasan hati sesorang ada pihak yang lain akan menangguk di air yang keruh. Sedikit sebanyak rakyat akan menilai apa yang digembar gemburkan oleh kerajaan berbanding fakta yang kita keluarkan. Jadi adakah dengan perhimpunan bersih ini kita yakin PR akan ke Putrajaya?
Bila cerita bab melayu, memang SG sedih kerana melayu terus ketinggalan dibumi sendiri. Bangsa melayu selalu dipergunakan untuk kepentingan individu sendiri samaada sebangsa ataupun berlainan. Mungkin rasanya tak salah kalau SG cakap bangsa melayu masih jauh mundur dari bangsa-bagsa lain didunia ini akibat pertelagahan sesama sendiri. Tapi bila diingatkan kembali, bangsa Amerika sewaktu dulu juga adalah antara bangsa yang termundur dan mereka juga sering melakukan konflik sesama bangsa. Tetapi apabila mereka mengenal erti sepakat dan keagungan bangsa, akhirnya mereka berjaya membuang tabiat pergaduhan sesama bangsa sendiri ini. Lihat hari ini, bangsa mereka sudah jauh kehadapan apabila mereka tahu apa itu erti sepakat dan berjaya menjadi bangsa yang kuat dimuka bumi ini. Adakah bangsa melayu mampu menjadi seperti ini.
Apapun yang buruk kita hindarkan yang elok kita contohi. Barisan Nasional telah membuktikan bahwa mereka bagus memerintah dan kita perlu kenang jasa mereka.
----> Anda ada akal yang waras telah diberi oleh Allah, maka fikirlah dengan sebaik-baikya sebelum membuat sebarang keputusan.....
BERSIH 3.0 - Adakah benar-benar bersih?
Written By Unknown on Sunday, April 29, 2012 | 19:25
Labels:
11. Maklumat/Berita,
20. Politik
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !