Headlines News :
Home » , » Game 12 MSL 2012 - Sabah 1-1 Selangor.

Game 12 MSL 2012 - Sabah 1-1 Selangor.

Written By saleehs gerrard on Monday, April 2, 2012 | 15:27

Seri lagi. Begitulah nasib pasukan Selangor yang terus gagal untuk mempamerkan aksi menarik pada perlawanan semalam. Berkunjung ke stadium Likas untuk menentang skuad Sabah, Selangor hanya mampu mencuri 1 mata untuk dibawa pulang ke Semenanjung setelah seri 1-1.

Selangor telah dikejutkan seawal minit ke-3 apabila Sabah berjaya mendahului 1-0. Gol berkenaan berpunca dari salah faham diantara penjaga gol G. Jeevanathan dan Razman Roslan hasil dari usaha menyelamatkan hantaran lintang dari Shahrul Azhar Ture. Akibatnya hantaran lintang tersebut berjaya disempurnakan oleh pemain import sabah Michael Baird.


Walaubagaimanapun, P. Gunalan menjadi penyelamat maruah Selangor dari terus diabkan apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-60.  Hantaran lintang dari pemain gantian K. Soleh tepat kepada Gunalan untuk disudahkan dengan baik sekali. Tamat perlawanan, kedua2 pasukan terpaksa berpuas hati denga berkongsi mata. Sabtu ini, Selangor akan menenrima kunjugan pasukan Terengganu di stadium MBPJ. Diharap Selangor mampu mencipta resepi istemewa untuk perlawanan akan datang ini.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger