Headlines News :
.
Home » , » Game 13 MSL 2012 - Selangor 6-1 Terengganu

Game 13 MSL 2012 - Selangor 6-1 Terengganu

Written By Unknown on Sunday, April 8, 2012 | 01:05

Seperti tidak percaya dengan keputusan yang memihak kepada pasukan Selangor malam tadi. Selangor menang bergaya membaham Sang Penyu dengan keputusan 6-1 di Stadium MBPJ Kelana Jaya. Perlawanan ini yang telah disiarkan secara langsung oleh ASTRO ARENA, sememangnya memberikan penonton puas untuk melihat jaringan gol sebanyak 7 kali.

Nampaknya Irfan berjaya menurunkan rahsia kelemahan pemain2 Terengganu kepada pemain2 Selangor. Dengan selaku bekas jurulatih Terengganu, Irfan mudah mengetahui kesilapan2 yang bakal dilakukan oleh Sang Penyu. Walaubagaimanapun Selangor terdahulu dikejutkan dengan jaringan awal Terengganu melalui Ismail Faruqi pada minit ke 10. Ismail yang tidak dikawal berjaya melepaskan rembatan padu untuk menewaskan G. Jeevanathan untuk memberikan Terengganu mendahului.


Tersentak dengan jaringan tersebut, Selangor bingkas menyusun strategi untuk mencari gol penyamaan. Hasrat tersebut berhasil apabila Balaban berjaya menyudahkan hantaran Fitri Syazwan untuk menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke 25. Selang 10 minit kemudian, pesta jaringan Selangor bermula. K. Soley berjaya menjaringkan gol ke-2 melalui percubaan dari luar kotak penalti. Dua minit berselang, kapten Selangor Amri Yahya pula berjaya mencipta nama sebagai penjaring.

Tidak cukup dengan jaringan tersebut, Safiq Rahim yang sekian lama ketandusan jaringan juga berjaya menyudahkan hantaran dari Amri Yahya untuk gol ke-4 pada minit2 terakhir separuh masa pertama. Tamat separuh masa pertama Selangor 4-1 Terengganu.

Separuh masa kedua berlangsung dimana bola mula dikuasai oleh pemain2 Terengganu. Banyak gerakkan yang merbahaya telah berjaya dihasilkan oleh mereka malangnya kecekapan G. Jeevanathan telah menghampakan harapan mereka. Disebalik Terengganu asyik membuat serangan, Amri Yahya sekali lagi mencuri tumpuan apabila berjaya membuat percubaan untuk menewaskan Sharbinee Alwi dengan menjaringkan gol ke-2 bagi dirinya dan ke-5 bagi Selangor pada minit ke 81. Malam gemilang Selangor diteruskan lagi dengan jaringan ke-6 melalaui pemain gantian muda Selangor iaitu Famirul hasil dari bola yang terkena tiang dari percubaan R. Surendran. Keputusan 6-1 kekal sehingga tamat perlawanan.


Beraksi di padang yang sedikit becak tidak memberi sebrang masalah kepada Selangor pada perlawanan ini. Alhamdulillah Selangor sudah kembali bangkit dan dengan kemenangan ini, Selangor terus melonjak ke tangga ke 4 liga. Perlahan2 kayuh, lama2 nanti boleh juga daki untuk sampai ke puncak... Selepas ini Selangor akan bertemu pula Johor FC pada Sabtu hadapan. Diharap kegemilangan Selangor dapat diteruskan lagi pada perlawanan seterusnya ini. Viva Selangor.

Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger