Headlines News :
.
Home » , » Game 33 BPL 11/12 - Blackburn 2-3 Liverpool

Game 33 BPL 11/12 - Blackburn 2-3 Liverpool

Written By Unknown on Wednesday, April 11, 2012 | 20:47

Disebalik kesengsaraan pemain2 Liverpool bermain 10 orang selama 65 minit, akhirnya Adrew Carroll muncul sebagai wira apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan di minit2 terakhir perlawanan ketika menentang Blackburn awal pagi tadi. Kemenangan 2-3 yang cukup berharga bagi Liverpool untuk menaikkan lagi moral menjelang perlawanan separuh akhir piala FA Sabtu nanti.

Seperti yang SG katakan pada preview sebelum ini, Dalglish telah menurunkan kesebelasan pemain2 simpanan yang majoritinya dikuasai oleh tenaga muda. Flanagan, Coates, Spearing, Shelvey, Henderson dan Carroll adalah pemain2 muda yang telah membalas kepercayaan yang diberi untuk meraih kemenangan. Dengan ketiadaan Gerrard, Suarez, Kuyt dan Downing yang direhatkan sebenarnya tiada masalah bagi pemain2 muda ini membuktikan kemampuan mereka.


Liverpool berjaya mendahului 2 gol melalui jaringan Maxi Rodriguez seawal minit ke 13 dan 16. Gol pertama bermula dari gerakan balas yang pantas dicipta oleh Bellamy sebelum menghantar bola kepada Maxi untuk disudahkan. Gol kedua pula berpunca dari gerakan Shelvey yang cuba membuat percubaan sebelum terhalang. Bagaimanapun bola tersebut pantas disambar oleh Carroll untuk menyusuli percubaan kedua tetapi bola berkenaan terus tiba dihadapan Maxi untuk beliau juga menyudahkannya.


Seperti malang Liverpool akan bermula, Doni yang cuba menyelamatkan bola,  dilayangkan kad merah akibat terjahannya terhadap David Hoilett dalam kotak penalti. Keadaan ini berpunca apabila Flanagan gagal menghantar kemas bola kepada Doni sebelum disambar oleh Yakubu. Dlaglish terpaksa mengeluarkan Flanagan untuk digantikan Brad Jones. Kemunculan Jones berjaya menangkap kemas sepakan penalti Yakubu untuk mengekalkan kedudukan 0-2. Walaubagaimanapun Yakubu berjaya menebus kegagalan tersebut apabila berjaya menanduk masuk untuk menjadikan kedudukan 1-2 pada minit ke 36.

Separuh masa kedua, Blackburn terus menggunakan kesempatan menentang pasukan yang bermain 10 orang ini dengan mencipta beberapa serangan merbahaya. Hasilnya kesilapan Brad Jones yang gagal menyepak kemas bola terkena badan Yakubu sebelum diselamatkan kembali olehnya dari masuk gawang. Tetapi ia tidak habis disitu, dalam keadaan kelam kabut, Brad Jones pula dipersalahkan oleh pengadil kerana menolak Yakubu untuk memberikan Blackburn penalti kedua. Kali ini Yakubu tidak mempersiakan sepakan tersebut untuk menyamakan kedudukan 2-2.


Disaat perlawanan bakal berkeputusan seri, Andrew Carroll muncul menjadi wira apabila berjaya membuat tandukan terbang untuk menewaskan Robinson. Gerakan yang dimulakan oleh Coates di tengah padang terus menghantar bola kepada Agger dalam kotak penalti untuk membuat tandukan tipis sebelum disambung oleh Carroll. Begitulah semangat tenaga2 muda kita yang sukar dimiliki oleh pemain2 senior ketika ini. Sikap beginilah yang sepatutnya dicontohi oleh pemain senior menjelang pertemuan dengan Evorton nanti.


Diharap dalam menghabiskan sisa2 perlawanan liga nanti, Dalglish akan terus menurunkan pemain2 muda ini untuk persiapan pasukan menjelang musim baru nanti. YNWA...

p/s: Tuah TV baru SG. Buat pertama kalinya tengok siaran HD mengunakan tv full HD dirumah dan menang. hehehe...

Scoring Summary

Blackburn Rovers Liverpool
Yakubu Aiyegbeni (pen miss 27')Maxi Rodríguez (13')
Yakubu Aiyegbeni (36')Maxi Rodríguez (16')
Yakubu Aiyegbeni (pen 61')Andrew Carroll (90')

Match Stats

Blackburn Rovers                                                                                                            Liverpool
15(6) Shots (on Goal) 16(6)
16 Fouls 14
4 Corner Kicks 4
2 Offsides 5
52% Time of Possession 48%
4 Yellow Cards 5
0 Red Cards 1
3 Saves 4

Teams

Blackburn Rovers Liverpool
Paul Robinson32 Doni
31 Grant Hanley37 Martin Skrtel
16 Scott Dann16 Sebastián Coates
Martin OlssonGlen Johnson
18 Bradley Orr38 John Flanagan
15 Steven Nzonzi20 Jay Spearing
David Dunn14 Jordan Henderson
21 Marcus Olsson33 Jonjo Shelvey
10 Mauro Formica11 Maxi Rodríguez
24 Yakubu Aiyegbeni39 Craig Bellamy
23 David HoilettAndrew Carroll
Substitutes
12 Morten Gamst PedersenJamie Carragher 23
Gael GivetDirk Kuyt 18
20 Ruben RochinaFabio Aurelio 6
14 Radosav PetrovicDaniel Agger 5
34 Jake KeanBrad Jones 1
25 David GoodwillieJosé Enrique 3
35 Jason LoweLuis Suárez 7
Substitutions
Ruben Rochina for Mauro Formica (73)Brad Jones for John Flanagan (26)
Jason Lowe for David Dunn (75)Daniel Agger for Glen Johnson (53)
José Enrique for Maxi Rodríguez (78)
Yellow Cards
Bradley Orr (28)John Flanagan (12)
David Hoilett (62)Maxi Rodríguez (45)
Mauro Formica (64)Brad Jones (61)
Grant Hanley (90)Craig Bellamy (72)
Jordan Henderson (86)
Red Cards
Doni (25)
· Squads: Blackburn Rovers | Liverpool
Premier League
19:00 +00:00, April 10, 2012
Ewood Park, England
Referee: Anthony Taylor
Share this article :

1 comment:

  1. pergh layan bro! tv baru eh HD lagi tu...aku dari awal game menyumpah bukan pasal permainan liverpool, pasal internet sangkot sangkot he he....

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger