Headlines News :
.
Home » , » Game 32 BPL 11/12 - Liverpool 1-1 Aston Villa

Game 32 BPL 11/12 - Liverpool 1-1 Aston Villa

Written By Unknown on Sunday, April 8, 2012 | 18:20

Sewaktu kita mengharapkan sesuatu yang amat berharga berjaya dimiliki pada perlawanan malam tadi, Liverpool terus dirundung nasib malang walaupun ia nampak sedikit lebih baik dari keputusan sebelumnya. Keputusan seri 1-1 yang berjaya diperolehi dalam perlawanan menentang Aston Villa di Anfield sebenarnya masih lagi belum memuaskan bagi kita sebagai peminat setia Liverpool FC ni.

Walaupun secara keseluruhannya Liverpool menguasai perlawanan, tetapi akibat sikap pengadil Michael Oliver yang agak berat sebelah membuatkan kita sedikit kecewa dengan nasib pemain2 kita. Beberapa insiden bola terkena tangan pemain Aston Villa dalam kotak penalti hanya di pandang sepi sahaja oleh pengadil disaat Suarez beberapa kali menjerit rasa kurang berpuas hati dengan keputusan tersebut. Jika perlawanan menentang Newcastle lalu, Liverpool bermain dengan lemah gemalai, tetapi penampilan kali ini membuatkan kita berasa lebih yakin dengan kesebelasan utama yang diturunkan.


Untuk aksi malam tadi, J. Spearing diketepikan untuk memberi ruang kepada Jonjo Shelvey bergandingan bersama Gerrard. Nampaknya pemain2 muda seperti Shelvey dan Flanagan dapat memberi sesuatu yang terbaik dan jika diasah bakat2 mereka berterusan sudah pasti ia akan berkilauan dimasa akan datang. Tidak lupa juga buat pertama kalinya kelibat Doni dalam kesebelasan utama menjadi kenyataan. Selepas Pepe Reina dilayangkan kad merah pada perlawanan lalu, Doni kini menjadi harapan utama Liverpool untuk menjadi benteng terakhir pasukan. Kredit juga diberikan kepada Doni, walaupun beliau telah melepaskan 1 gol pada perlawanan ini, sedikit sebanyak beliau akan berusaha memberi sesuatu yang lebih baik berbanding Reina dalam dua perlawanan yang mendatang. Sekiranya beliau mampu membuktikannya, sudah pasti Dalglish boleh merehatkan Reina sehingga habis musim untuk terus bertapa bagi memperkasakan lagi ilmunya.


Sebenarnya Liverpool boleh memperolehi lebih dari 3 gol pada perlawanan ini. Tetapi penyakit lama seperti bola terkena tiang, penjaga gol cekap dan gagal menyempurnakan peluang dihadapan mata membuatkan kita terus menggigit jari. Tidak salah rasanya jika sudah ada penyokong2 pasukan lain yang membandingkan Messi serta Ronaldo telah menjaringkan lebih dari 30 gol dalam 30 perlawanan sama dengan jaringan oleh keseluruhan pemain2 Liverpool dalam jumlah perlawanan yang sama. Kita terpaksa menerima kenyataan yang sebenar.


Suarez yang sekian lama ketandusan jaringan boleh dianggap wira penyelamat bagi Liverpool untuk terus tidak diaibkan. Menduduki tangga ke 8 sememangnya sudah tidak apa yang perlu lagi dikejarkan melainkan memberi banyak pendedahan kepada pemain2 muda dalam baki2 perlawanan. Itu sajalah yang terbaik dalam memperkasakan kembali pasukan pada masa akan datang. Yang penting untuk musim ini, fokus terhadap perlawanan separuh akhir piala FA pada sabtu ini menentang Everton di Wembley. Hanya kejuaraan itu  sajalah mampu menutup mulut2 pengkritik yang sentiasa mencari kelemahan pasukan lain tanpa memikirkan pasukan mereka sendiri, apa pun masih tak dapat pada musim ini.


Apapun sebelum perlawanan tersebut sudah pastinya berkunjung ke Ewood Park untuk menentang Blackburn pada pagi Rabu nanti menjadi medan untuk mengembalikan semangat yang semakin jauh menghilang. Kami masih berharap dan percaya Liverpool mampu melakar satu lagi kejayaan pada penghujug musim ini. YNWA.

Scoring Summary

Liverpool Aston Villa
Luis Suárez (82')Chris Herd (10')

Match Stats

Liverpool                                           Aston Villa
24(5) Shots (on Goal) 5(2)
5 Fouls 10
11 Corner Kicks 3
1 Offsides 0
70% Time of Possession 31%
1 Yellow Cards 1
0 Red Cards 0
1 Saves 4

Teams

Liverpool Aston Villa
32 DoniShay Given
37 Martin Skrtel32 Nathan Baker
23 Jamie CarragherJames Collins
José Enrique30 Eric Lichaj
38 John FlanaganAlan Hutton
33 Jonjo Shelvey31 Chris Herd
14 Jordan HendersonStephen Ireland
19 Stewart DowningStephen Warnock
18 Dirk Kuyt25 Barry Bannan
Luis Suárez11 Gabriel Agbonlahor
Steven Gerrard18 Emile Heskey
Substitutes
39 Craig BellamyBrad Guzan 22
11 Maxi RodríguezAndreas Weimann 26
Daniel AggerGary Gardner 38
Brad JonesEnda Stevens 29
Andrew CarrollDaniel Johnson 35
20 Jay SpearingDerrick Williams 37
16 Sebastián CoatesSamir Carruthers 40
Substitutions
Andrew Carroll for Stewart Downing (65)Gary Gardner for Emile Heskey (58)
Craig Bellamy for Jonjo Shelvey (65)Andreas Weimann for Chris Herd (73)
Daniel Agger for José Enrique (76)Samir Carruthers for Barry Bannan (86)
Yellow Cards
Luis Suárez (77)Samir Carruthers (88)
· Squads: Liverpool | Aston Villa
Premier League
14:00 +00:00, April 7, 2012
Anfield, England
Referee: Michael Oliver
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger