Headlines News :
Home » , , » Preview : Game 14 MSL 2012 - Johor FC vs Selangor

Preview : Game 14 MSL 2012 - Johor FC vs Selangor

Written By saleehs gerrard on Friday, April 13, 2012 | 13:18

Esok sekali lagi pasukan Selangor akan berkunjung ke selatan tanaha air untuk bertemu Johor FC dalam perlawanan ke 14 Liga Super musim 2012. Perlawanan yang berlangsung di stadium J.Corp pasir Gudang, Selangor tiba dengan misi membalas dendam diatas kekalahan di pusingan ke 2 saingan piala FA bulan Mac lalu.

Perlawanan kali ini dijangkakan amat sengit berlaku. Disebalik harapan jurulatih Johor FC K. Devan yang mahukan kemenangan untuk menjamin kerusi panasnya tidak terlepas, Irfan bakti juga mahukan semangat kemenangan 6-1 keatas pasukan sang Penyu Sabtu lalu berterusan. Kemampuan K. Devan sudah hangat diperkatakan sehingga ada berita yang mengatakan perlawanan menentang Selangor ini adalah perlawanan penentuan hidup mati Devan di Johor FC. Jika menang beliau boleh tersenyum riang tetapi jika sebaliknya berlaku, selamat tinggal diucapkan kepadanya.


Kemenangan yang dicipta oleh Selangor minggu lalu adalah kemenangan terbaik untuk musim ini. Kesempatan dari kepenatan yang dialami pasukan Terengganu akibat terlibat dengan kejohanan piala AFC digunakan sebaiknya oleh pemain2 Selangor. Tetapi untuk perlawanan esok, Selangor dan Johor FC sama puas berehat dengan tiada sebarang perlawanan yang berlangsung di pertengahan minggu ini. Ini membuktikan kedua2 pasukan sudah bersedia dari segala aspek untuk menempuh perlawanan sukar ini.

Ketika ini peluang untuk Selangor terus memanjat dan memintas pasukan Terengganu di tangga ke 3 adalah cerah jika kemenangan mampu dilakarkan malam esok. Hanya dibezakan 1 mata, Terengganu yang menerima kunjungan Negeri Sembilan mungkin sedikit merasa sukar akibat jadual padat yang terpaksa mereka hadapi. Hakikatnya walauapapun yang bakal berlaku di Kuala Terengganu esok, Selangor perlu fokus untuk memenangi perlawanan ini dan jika kemenagan tercapai dan Terengganu tewas atau seri, ia suatu Bonus untuk Irfan dan anak2 buah. Viva Selangor.

Johor FC vs Selangor
Tarikh : Sabtu - 14 April 2012
Kick Off : 08:45 malam
Live Streaming : TV1
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger