Malam ini untuk kali terakhirnya, Selangor akan menggunakan stadium luar dalam perlawanan halaman sendiri sebelum bakal berpindah ke stadium asal iaitu Stadium Shah Alam. Malam ini pertembungan dengan bekas pasukan yang dibimbing oleh jurulatih Irfan Bakti, Terengganu sekali lagi menjadi ancaman besar kepada Red Giants.
Ketika ini, Terengganu yang menduduki tangga ke 3 liga telah pun mengumpulkan 21 mata dari 11 perlawanan berbanding Selangor 17 mata dari 12 perlawanan. Rekod pertemuan pada musim 2011 lalu, Selangor sedikit parah apabila hanya sekadar menang 1 perlawanan, seri 1 dan kalah 2 kali dari 4 pertemuan dalam liga dan Piala Malaysia. Rekod beginilah yang sebenarnya membimbangkan kita walaupun kita ketahui jurulatih Terengganu ketika itu adalah Irfan sendiri yang kini telah pun beralih angin ke Selangor.
Selangor yang mengharungi 12 perlawanan liga dengan terlalu perlahan, perlu melakukan sesuatu untuk mengekang barisan pemain penyu yang diketuai oleh Marzuki Yusuf untuk terus menjadi antara pasukan berkuasa dalam liga ketika ini. Irfan sepatutnya mengetahui kelebihan dan kekurangan pemain2 Terengganu kerana pemain2 ini adalah bekas didikan beliau. Kelebihan ini sepatutnya dapat digunakan oleh pemain2 Selangor untuk mencipta kemenangan pada malam ini.
Mengharapkan Balaban kembali menjadi senjata utama Selangor disamping Amri Yahya dan penyelamat beberapa perlawanan sebelum ini, P. Gunalan dapat memberi sesuatu yang terbaik untuk memberi 3 mata penuh kepada Selangor. Viva Selangor.
Saksikan siaran Langsung perlawanan ini di :
Channel : ASTRO ARENA (801)
Tarikh : Sabtu - 7 April 2012
Preview : 08:00 malam
K.O : 08:45 malam
Preview : Game 13 MSL 2012 - Selangor vs Terengganu
Written By Unknown on Saturday, April 7, 2012 | 15:30
Labels:
21. Selangor,
Berita,
Liga Super
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !