Semenjak jawatan pengurus diambil alih oleh Kenny Dalglish pada Januari tahun lalu, Rekod pertemuan kedua2 pasukan ini sememangnya dimiliki oleh Liverpool. Setelah hanya mampu seri 2-2 di Anfield pada pertemuan liga awal tahun 2011 lalu, Liverpool berjaya memenangi kedua2 perlawanan susulan iaitu pada bulan Oktober 2011 di Goodison Park dengan jaringan 0-2 dan 3-0 di Anfield pada pertengahan bulan Mac lalu. Nampak seperti tuah keatas kelab Everton ini masih menyebelahi kita semenjak kehadiran Dalglish.
Jika dikaji dari segi prestasi semasa, Everton nampak lebih menonjol pada penghujung musim ini. Memintas Liverpool untuk menduduki tangga ke 7 dengan berkelebihan 1 mata, mereka telah pun membuktikan bahawa tanpa ada pembelian bintang tidak menjadi masalah kepada kelab. Terbaru Everton telah membelasah anak2 buah Martin O'Neill Sunderland dengan keputusan 4-0 pada hari Isnin lalu untuk tidak membenarkan Liverpool memintas mereka dikedudukan sekarang.
Dipihak Liverpool pula, moral kemenangan 2-3 keatas Blackburn dengan Liverpool bermain 10 orang selama 65 minit menjadi inspirasi untuk mencipta kejayaan esok. Walaupun ramai pemain2 utamanya seperti Lucas, Charlie Adam dan Martin Kelly masih mengalami kecederaan, tetapi penampilan pemain2 muda seperti Shelvey, Spearing, Flanagan, Coates dan Carroll pada aksi Selasa lalu memberikan Liverpool nafas baru untuk kembali kelandasan sebenar. Kemunculan semula Daniel Agger dan Glen Johnson dari kecederaan membuatkan kita berasa sedikit lega dikala Brad Jones terpaksa menjadi taruhan untuk menjadi benteng terakhir pasukan. Harapnya Brad Jones mampu untuk membuktikan bahawa beliau lebih hebat dari penjaga gol yang ada walaupun beliau sebelum ini sama seperti Doni langsung tidak pernah diberi peluang oleh Dalglish untuk beraksi dalam barisan skuad utama. Mudah2an tiada halangan berat yang bakal menimpa esok.
David Moyes menyaksikan perlawanan diantara Blackburn vs Liverpool di Ewood Park Selasa lalu. |
Match official appointments for The FA Cup.
Liverpool FC v Everton FC
Referee : Howard Webb
Assistant Referees : Steve Child & Michael Mullarkey
Fourth Official : Lee Mason
Pengadil ke-4, Lee Mason dan pengadil utama Howard Webb |
SEMI FINAL FA CUP 2012
LIVERPOOL vs EVERTON
DATE : Saturday - 14 April 2012
KICK OFF : 07:30 PM
CHANNEL : ASTRO STAR Sports (813) & ESPN HD (832)
LIVE STREAMING : LINK1 LINK2 LINK3 LINK4 LINK5 LINK6 LINK7
Live And Exclusive from WEMBLEY STADIUM.
arghhhh x suke nyer depa
ReplyDelete