|
Kad MERAH untuk Pepe Reina |
Sejak kebelakangan ini, berbagai keputusan yang sukar untuk diterima akal dilakukan oleh pengadil2 FA England ini. Keputusan diluar jangka atau berat sebelah ini bukan sahaja berlaku kepada pasukan Liverpool sahaja, malah ia juga terjadi kepada QPR, Manchester City, Manchester United dan lain2 lagi. Tetapi kali ini, bukanlah nak cerita tentang pasukan lain, fokus kali ini nasib pasukan kita Liverpool yang sering menjadi mangsa keadaan.
Jika anda masih ingat, perlawanan antara
Liverpool menentang Newcastle minggu lalu. Apa yang berlaku terhadap penjaga gol kita Pepe Reina setelah bertindak balas terhadap James Perch selepas beliau dikasari sewaktu ingin menghantar bola untuk serangan kilat. Reina yang bertindak menanduk muka James dilayangkan kad merah oleh
Martin Atkinson tetapi hanya kad kuning sahaja untuk James padahal James yang melakukan kesalahan terlebih dahulu. Selain itu, posisi offside Cisse terlepas pandang oleh penjaga garisan dan pengadil sendiri untuk membenarkan gol kedua tercipta.
|
Dah terang2 Cisse dikedudukan Offside. Linesman tido kot |
Perlawanan menentang
Aston Villa pada Sabtu lalu pula kita menyaksikan pengadil perlawanan
Michael Oliver juga terlalu banyak memberi advantage kepada Aston Villa. Beberapa insiden bola yang terkena tangan pemain Villa didalam kotak penalti juga dipandang sepi oleh pengadil. Sekiranya Pengadil tidak nampak, apa gunanya penjaga garisan jika tidak berani untuk membuat sebarang keputusan. Sampai bilakah keadaan ini dapat diselesaikan.
Terbaru perlawanan awal pagi tadi menentang
Blackburn. Kita lihat pengadil perlawanan
Anthony Tailor seperti seorang kaki judi yang suka bermain dengan kad. Bayangkan pada perlawanan tersebut 9 kad kuning dilayangkan dan 1 kad merah dikeluarkan. Walaupun nampak adil kerana sama2 pasukan memperolehinya, tetapi akibat kerap melayangkan kad, pemain akan menjadi lebih berhati2 dan ini mengakibatkan kerancakkan perlawanan sedikit terganggu. Bayangkan hanya kesalahan kecil yang berlaku, juga boleh diberi kad kuning dan kes Doni dilayangkan kad merah pula nampak seperti tak boleh masuk akal. Doni yang tidak membuat terjahan keras tetapi yang melanggarnya diberikan penalti. Pengadil oh pengadil.
|
Doni pun terkena juga |
Tetapi pasukan yang selalu mendapat keuntungan dan sering mendapat advantage dari keputusan pengadil sudah tentulah pasukan Manchester United. Bukan sekali dua, malah banyak perlawanan yang membabitkan mereka keputusan pengadil akan berpihak kepadanya. Terbaru perlawanan mereka ketika menentang QPR Ahad lalu. Abas Saad sendiri yang menjadi pengulas di ESPN telah menyatakan tidak puas hatinya apabila gol pasukan Manchester United yang memang terang Rooney offside dikira oleh
Lee Mason tanpa rasa bersalah. Mungkin kita tidak terlalu menyalahkan pengadil sangat, kerana posisi offside ini adalah keputusan penjaga garisan. Apa yang dibuat oleh penjaga garisan. Mengurat awek yang jadi penonton ke. Jadi kalau berkenaan pasukan Manchester United ni, bukan sahaja Lee Mason, malah sebelum ini
Howard Webb juga telah dianggap sebagai pemain ke-12 Manchester United didalam padang. Bayangkanlah keuntungan yang pasukan mereka perolehi.
|
Pakar curi ayam "Rooney" berjaya mengelapkan pandangan Linesman |
Persoalannya, bilakah pengadil2 bolasepak ini boleh dipercayai semula. Dengan mutu pengadilan yang agak teruk, perlukah Dalglish sekali lagi membuat membuat kenyataan mencabar seperti yang beliau lakukan terhadap Mark Clattenberg pada perlawanan menentang Stoke City pada awal musim lalu. Semoga FA England dapat memantau dan memperbaiki lagi mutu pengadilan untuk menjamin perlawanan yang bersih tanpa ada syak wasangka dari mana2 pasukan yang bertanding.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !