Headlines News :
.

Game 19 BPL 11/12 - Liverpool 3-1 Newcastle

Written By Unknown on Saturday, December 31, 2011 | 14:14

Siapa kata tanpa Suarez Liverpool tak boleh menang. Sudah SG perkatakan sebelum ini, Tanpa Suarez, kelibat Bellamy dan lain2 juga boleh menjadi pemusnah pasukan lawan. Kemenangan 3-1 di Anfiled awal pagi tadi menjadi kenangan manis buat peminat setia Liverpool dikala tahun 2011 hampir melabuhkan tirainya.

Perlawanan penutup bagi musim 2011 dan terakhir dalam pusingan pertama musim 2011/2012 ini memberi jawapan bahawa skuad Dalglish masih lagi bertenaga untuk menjaringkan gol. 4 gol dijaringkan oleh pemain Liverpool pada perlawanan ini. Cuma 1 gol yang dijaringkan oleh Agger membuatkan kita sedikit terencat diawal perlawanan kerana bola jaringannya menuju kedalam gawang sendiri. Walaubagaimanapun Bellamy menjadi wira apabila berjaya memulihkan maruah Agger dengan 2 gol dari hasil bola muntah dan sepakan percuma yang cantik.


Tidak cukup dengan kedudukan 2-1, Steven Gerrard yang sudah lama tidak beraksi, kembali mencatatkan nama sebagai penjaring hasil gerakan pantas Henderson. Begitulah tuah namanya, dalam kedudukan yang agak sukar, Gerrard masih lagi boleh menewaskan Tim Krul. Bayangkan jika tuah terus tidak menyebelahi kita, bola yang hanya perlu di sentuh sedikit sahaja pun, gagal disempurnakan dengan baik.


Ketika ini Liverpool telah berjaya memintas Arsenal untuk menduduki tangga ke 5 dengan perbezaan 1 mata. Walaubagaimanapun kedudukan ini masih belum kukuh disebabkan Arsenal yang belum bermain akan menentang pasukan QPR pada malam ini. So kedudukan rasminya kenalah tunggu keputusan perlawanan Arenal ini.

p/s: Walaupun kuda tua, tetapi sentuhannya amat bermakna. Thanks Bellamy, thanks Gerrard..


Scoring Summary

Liverpool Newcastle United
Craig Bellamy (29')Daniel Agger (og 25')
Craig Bellamy (67')
Steven Gerrard (78')

Match Stats

Liverpool                     Newcastle United
16(4) Shots (on Goal) 4(1)
7 Fouls 11
7 Corner Kicks 0
4 Offsides 2
51% Time of Possession 49%
0 Yellow Cards 2
0 Red Cards 0
1 Saves 1

Teams

Liverpool Newcastle United
25 Pepe Reina26 Tim Krul
Daniel AggerFabricio Coloccini
37 Martin SkrtelMichael Williamson
Josรฉ Enrique16 Ryan Taylor
Glen JohnsonDanny Simpson
26 Charlie Adam24 Ismael Cheik Tiotรฉ
20 Jay SpearingYohan Cabaye
14 Jordan Henderson29 Haris Vuckic
39 Craig Bellamy18 Jonรกs Gutiรฉrrez
19 Stewart Downing25 Gabriel Obertan
Andrew Carroll19 Demba Ba
Substitutes
Steven GerrardShola Ameobi 23
23 Jamie CarragherLeon Best 20
18 Dirk KuytJames Perch 14
11 Maxi RodrรญguezHatem Ben Arfa 10
32 DoniRobert Elliot 35
33 Jonjo ShelveyDavide Santon 3
34 Martin KellySammy Ameobi 28
Substitutions
Steven Gerrard for Charlie Adam (59)Davide Santon for Ryan Taylor (45)
Dirk Kuyt for Craig Bellamy (74)Hatem Ben Arfa for Haris Vuckic (65)
Sammy Ameobi for Gabriel Obertan (85)
Yellow Cards
Jonรกs Gutiรฉrrez (28)
Ryan Taylor (36)
· Squads: Liverpool | Newcastle United

Preview : Game 19 BPL 11/12 - Liverpool VS Newcastle

Written By Unknown on Friday, December 30, 2011 | 04:21

Setelah mengharungi dua perlawanan menentang pasukan cap ayam dengan keputusan seri berturut2, Awal pagi nanti Liverpool akan menerima pula kunjungan bekas kelab Jose Enrique dan Andy Carroll, Newcastle United. Perlawanan ke 19 ini adalah adalah perlawanan penutup pada tahun 2011 ini serta ia juga perlawanan terakhir bagi pusingan pertama Premier League 11/12.

Aksi awal pagi nanti menyaksikan Dalglish akan membuat rombakan besar2an ke atas pemain utamanya. Dengan tiada kelibat Luis Suarez yang telah digantung 1 perlawanan dan didenda sebanyak £20,000 diatas kesalahan menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong Fulham pada 5 December lalu, Sudah pastinya Carroll menjadi harapan besar untuk membuktikan nilai £35 juta itu benar2 berbaloi. Persoalannya mampukah Carroll mengalas tugas tersebut dengan sempurna dalam menghadapi bekas majikannya.

Cuma yang bakal mengembirakan kita ialah kemunculan semula kapten fantastik Steven Gerrard untuk mengisi kuota midfielder yang agak sedikit goyah selepas ketiadaan Lucas. Kita dapat merasakan angin perubahan bakal menjelma setelah adanya Gerrard di dalam padang. Ini terbukti dengan 20 minit masa yang diperuntukkan untuknya ketika menentang Blackburn tempoh hari, hantaran bawah yang pantas dan tepat digunakan untuk merencanakan jentera serangan berjaya mengkucar kacirkan barisan pertahanan Blackburn walaupun hakikat sebenarnya gagal menembusi gawang gol.


Charlie Adam mungkin berasa sedikit tergugat sekembalinya Gerrard. Ini kerana prestasinya yang jatuh merundum membuatkan Dalglish akan mengunakan Henderson sebagai teman Gerrard. Tetapi dari segi pengalaman dan skil, Adam masih lagi berpeluang untuk memperbaiki kelemahannya dengan bantuan Gerrard. Apapun awal pagi esok menjadi penentu coretan keputusan di akhir tahun 2011 ini. Adakah kejayaan atau sebaliknya, semuanya terletak dibahu pemain2 yang bakal diturunkan nanti. YNWA...

Barisan kemungkinan pemain Liverpool :

REINA
JOHNSON - SKRTEL - AGGER - ENRIQUE
DOWNING - GERRARD - ADAM - BELLAMY
CARROL - MAXI

Siaran Langsung perlawanan ini di:
Channel : ASTRO SuperSport 3 (817)
             : ASTRO SuperSport HD (831)
Live Streaming : Liverpool vs Newcastle streaming
Tarikh : 31/12/2011 (Pagi Sabtu)
Sepak Mula : 03:45 pagi

Jadual perlawanan pasukan Selangor FC musim 2012

Written By Unknown on Thursday, December 29, 2011 | 04:32


Jadual dan Keputusan penuh perlawanan Selangor FC 2012

Berikut adalah jadual perlawanan yang bakal dilalui oleh pasukan Selangor FC bagi musim 2012. Jadual dibawah ini merangkumi kesemua perlawanan yang membabitkan pasukan Selangor FC (Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia). Segala perkembangan serta perubahan terkini akan sentiasa diperbaharui (update) dari masa kesemasa.

Untuk pengetahuan, pada awal musim 2012 nanti Skuad Selangor FC akan menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai gelanggang tuan rumah. Ini berikutan kerja2 membaik pulih Stadium Shah Alam yang sedang giat dilakukan. Maklumlah stadium sudah berkhidmat selama 20 tahun, sudah pasti banyak kemudahan serta peralatan yang sudah uzur. Jadi bagi menjamin ia terus utuh dan terus berseri, sudah pastinya maintainan itu penting. Dijangka Stadium Shah Alam akan mula beroperasi semula pada bulan April 2012 nanti. InsyaAllah.....


LIGA SUPER 2012
BIL
TARIKH
PASUKAN
VENUE
KEPUTUSAN
1
10/1/2012
Away
2
2
2
14/1/2012
Home
1
0
3
17/1/2012
Away
1
0
4
21/1/2012
Home
0
0
5
28/1/2012
Away
1
2
6
8/2/2012
Home
1
1
7
11/2/2012
Away
2
0
8
14/2/2012
Home
2
1
9
3/3/2012
Away
1
0
10
17/3/2012
Home
3
0
11
20/3/2012
Away
1
1
12
31/3/2012
Away
1
1
13
7/4/2012
Home
6
1
14
14/4/2012
Away
1
1
15
17/4/2012
Home
2
0
16
8/5/2012
Home
1
3
17
11/5/2012
Away
2
0
18
15/5/2012
Home
2
1
19
16/6/2012
Away


20
19/6/2012
T-Team
Home


21
26/6/2012
PKNS
Home


22
30/6/2012
Kelantan
Away


23
3/7/2012
Kedah
Home


24
7/7/2012
Kuala Lumpur
Away


25
10/7/2012
Sabah
Home


26
14/7/2012
Terengganu
Away




PIALA FA 2012
ROUND
TARIKH
PASUKAN
VENUE
KEPUTUSAN
1
18/2/2012
Away
0
4
2
10/3/2012
Away
QF 1
24/3/2012
-
-
-
-
QF 2
27/3/2012
-
-
-
-
SF 1
21/4/2012
-
-
-
-
SF 2
1/5/2012
-
-
-
-
FINAL
19/5/2012
-
-
-
-

# Untuk pautan, sila klik pada NAMA PASUKAN melihat posting preview & KEPUTUSAN JARINGAN melihat posting mengenai perlawanan tersebut.
# Untuk jadual perlawanan Piala Malaysia akan di update selepas undian akan datang..
wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger