Headlines News :
.
Home » , » Game 17 MSL 2012 - Perak 2-0 Selangor

Game 17 MSL 2012 - Perak 2-0 Selangor

Written By Unknown on Saturday, May 12, 2012 | 18:00

Selangor terus dilanda malang apabila menerima kekalahan yang kedua berturut-turut selepas tewas kepada pasukan Perak dengan keputusan 2-0 di stadium Ipoh malam tadi. Dengan keputusan ini sekali gus menjadikan Selangor turun ke tangga ke-5 liga setelah dipintas oleh Perak.

Membuat rombakan dengan merehatkan pemain utama seperti Safiq Rahim, Razman Roslan, Asrarudin Putra dan Geevanathan menjadikan Selangor hilang tumpuan dan gagal menyerlah pada perlawanan ini. Bahagian tengah yang dikemudi oleh K. Gurusamy dan Azidan gagal memberi sumbangan terbaik apabila tidak cukup kreatif menyusun strategi dalam menguasai permainan. Jika dibandingkan dengan perlawanan menentang Negeri Sembilan tempoh hari, jauh bezanya dengan tahap permainan kali ini.

Selangor perlu bangkit semula pada perlawanan Selasa ini menentang pasukan Felda United di Stadium Shah Alam. Irfan dan anak-anak buanhya perlu kembali fokus terhadap perlawanan akan datang disamping mengkaji kelemahan yang telah berlaku. Semoga pasukan Selangor berpijak dibumi yang nyata dan kembali kelandasan yang sebenar.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger