Headlines News :
.
Home » , , » Tragedi 1 Mei - Senyum tak perlu kata apa-apa

Tragedi 1 Mei - Senyum tak perlu kata apa-apa

Written By Unknown on Tuesday, May 1, 2012 | 18:55

Nak terlalu gembira, tapi masih ada baki lagi 2 perlawanan. Jadi keluarkan sikit2 je kegembiraan ni untuk disimpan di masa hadapan. Takut awal2 gembira sangat, Sabtu nanti SG pula bersedih. Bahaya tu.. Apapun biarlah gembira dari kejayaan kelab sendiri dari mengelakkan kejatuhan kelab lainkan. Sekali sekala nak mngutuk tu apasalahnya. Tapi padahnya kalau termakan diri sendiri. Minta-minta jauhkan ler.

Jaringan pemusnah..

Automatik awal pagi tadi, tiba-tiba seluruh peminat kelab dalam liga Inggeris seperti Asenal, Chelsea, Liverpool dan sebagainya menjadi lalang sebentar untuk memberi sokongan moral kepada pasukan jutawan bimbingan Roberto Mancini Manchester City ini. Pertembungan dramatik jiran bising dan jiran tua tak sedar diri yang berkesudahan Mak Siti menang melalui jaringan tunggal Syarikat Vincent.

Syarikat Vincent telah memberi keuntungan kepada Mak Siti

Disini bukanlah SG nak mengulas lebih-lebih mengenai perlawanan ini, tapi sekadar berkongsi kegembiraan bersama penyokong jiran bising dan kedukaan penyokong orang tua tak sedar diri. Apapun tahniah kepada Mak Siti dan diharap dapat mempertahankan kedudukan teratas liga dalam bagi 2 perlawanan ini nanti.

Mari kita lihat aksi-aksi perlawanan tersebut.

Sebelum perlawanan, bukan main mesra lagi. Orang Tua konfiden jer boleh menang.

Sewaktu dah ketinggalan, pemain yang buat hal, orang tua pula salahkan jiran bising

"Oii Mancini, kesianlah kat aku yang dah tua ni. Nanti kena heart attack, dah ikut  macam Muamba plak.

Ref : "Wei korang berdua ni, tak puas hati gi ler buat forum debat. nama je tua, tapi tak sedar diri. Malu ler penonton tgk weiii."

Terbaik... 

Selepas perlawanan. aduhai... kesiannya bapak setan ni...

Ni lagi haru. Tak dapat ler nak menolongnye weiii
p/s: Seminggu dua ni, kita disajikan beberapa kisah sedih pemain-pemain bintang bersedih akibat kalah sebelum sampai ke perlawanan yang sepatutnya. Bagi orang tua tak sedar diri ni, barulah terasa punggung tu macam kena salai. Meroyan dah tak tentu pasal. Keegoanmu keangkuhanku terserlah sudah. Nampaknya tiba2 saja lembu-lembu ni mogok duduk rumah je layan Astro. Tak berani nak keluar atau pun buka FB. hahahhahaha...
Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger