Headlines News :
.
Home » , , » Preview : Game 18 MSL 2012 - Selangor vs Felda United

Preview : Game 18 MSL 2012 - Selangor vs Felda United

Written By Unknown on Tuesday, May 15, 2012 | 05:02

Mampukah Selangor bangkit dari dua kekalahan berturut yang telah dialami dalam masa seminggu lalu. Hari ini, pasukan yang berstatus kelab Felda United akan bertandang ke Stadium Shah Alam dalam melengkapkan jadual perlawanan ke 18 bagi musim 2012 ini.

Felda United bakal hadir pada hari ini dengan bersemangatkan kenangan indah sewaktu pertama kali menjahanamkan rekod bersih Selangor pada awal musim ini dengan keputusan 1-0 di Stadium Hang Jebat. Dengan dibarisi hampir 1/5 pemainnya adalah bekas pemain Selangor, ia memberi sedikit tekanan kepada pasukan tuan rumah Merah Kuning. Selain itu dengan semangat dari hasil durian runtuh pemberian dari perdana menteri kepada warga Felda, sudah pastinya cabaran getir bakal menanti pasukan Selangor pada malam nanti.


Selangor yang hilang taring dalam dua perlawanan lalu, harus bangkit dari kesilapan percaturan pemain dan kelemahan tektikal yang dipamerkan. Prestasi yang seperti yoyo ini, sememangnya amat merisaukan peminat-peminat setia Selangor yang sekian lama mula meragui kemampuan jurulatih Irfan Bakti. Adakah ada sesi pemboikotan dalam kem pemain-pemain Selangor terhadap pihak pengurusan. Sekiranya ia benar-benar berlaku, diharap ia dapat diselesaikan secara matang demi memertabatkan kembali mutu bolasepak Malaysia khas pasukan Red Giants. Viva Selangor..
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger