18 hari tanpa pembabitan dalam perlawanan rasmi, malam esok sekali lagi Stadium Shah Alam akan bergema kembali apabila aksi Liga Super bersambung kembali. Selangor akan menerima kunjungan pasukan Negeri Sembilan dalam perlawanan ke 16 bagi musim 2012 ini.
Alhamdulillah di saat cuti rehat yang telah dilalui, Selangor telah berjaya mengadakan 3 perlawanan persahabatan dimana ketiga-tiganya dimenangi Selangor dengan keputusan 2-1 (Sime Darby), 2-0 (Sri Langka) dan 6-1 (PNSB). Dengan kemenangan tersebut telah membuktikan bahawa Selangor telah bersedia untuk menyambung kembali kancah Liga Super dan mengharap Negeri Sembilan menjadi mangsa seterusnya.
Stadium Shah Alam yang bakal digunakan untuk kali kedua esok pasti sekali lagi bakal memberi tuah kepada pasukan Selangor. Selepas menjadikan Johor FC sebagai mangsa pertama di stadium keramat ini, kita berkira-kira Selangor pasti boleh melakukanya kembali. Ketika ini Selangor yang menduduki tangga keempat liga berada empat mata dihadapan untuk meninggalkan Negeri Sembilan ditangga ke 7. Rekod pertemuan sebelum ini sememangnya tidak dinafikan ia menyebelahi Selangor. Hanya aksi yang kurang bertenaga di awal musim ini menyaksikan Selangor hanya mampu seri 2-2 dengan Sang Rusa. Tetapi berdasarkan prestasi semasa yang sudah bertambah baik dan mantap, Selangor nampaknya tidak bermasalah untuk memenangi perlawanan malam esok dan seterusnya merampas kembali tangga ke-3 dari pasukan Terengganu.
Jadi bagi menyemarakkan lagi semangat pemain-pemain Merah Kuning ini, marilah kita beramai-ramai turun ke Stadium Shah Alam esok untuk memberi sorakan gemuruh yang tak berbelah bagi. Semoga Selangor mampu melakukannya. VIVA SELANGOR.....
Tarikh : Selasa - 08 May 2012
Waktu : 08:45 Malam
Venue : Stadium Shah Alam
Channel : ASTRO ARENA (801)
Home »
21. Selangor
,
Berita
,
Liga Super
» Preview : Game 16 MSL 2012 - Selangor vs Negeri Sembilan
Preview : Game 16 MSL 2012 - Selangor vs Negeri Sembilan
Written By Unknown on Monday, May 7, 2012 | 22:18
Labels:
21. Selangor,
Berita,
Liga Super
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !