Ketiadaan pemain-pemain utama sememangnya amat dirasai oleh pemain-pemain muda kita. Gerrard, Suarez, Bellamy, Agger, Johnson dan Reina diberi pelepasan untuk berehat sebagai persediaan perlawanan akhir piala FA pada hari Sabtu nanti. Boleh dikatakan pemain-pemain muda kita dapat menyesuaikan rentak permainan dengan menguasai 60% kawalan bola. Tetapi dengan pendedahan dan pengalaman yang kurang, mereka gagal menggunakan kelebihan bermain di stadium Anfield untuk bangkit selepas ketinggalan.
Mungkin kita katakan bahawa situasi ini adalah sudah terlambat bagi Dalglish untuk memberi pendedahan kepada bakat muda tersebut. Jarang memberi kepercayaan membuatkan pemain kita menjadi gopoh ketika membuat serangan dengan menghantar bola seperti hilang arah tujuan. Sedikit pujian harus diberikan kepada Shelvey kerana untuk beberapa penampilannya dalam skuad utama amat membantu pasukan pada perlawanan ini. Percubaannya pada separuh masa pertama hampir-hampir membuahkan hasil dikala penjaga gol Fulham Mark Schwarzer sudah tertewas. Malangnya masih ada seorang lagi pertahanan Fulham digarisan gol untuk menafikan percubaan tersebut.
Sedikit kecewa kerana kemenangan Fulham ini hasil dari gol sendiri Skrtel. Tetapi dalam keadaan huru-hara dari aksi serangan pantas, Skrtel juga tidak harus dipersalahkan sepenuhnya kerana beliau sendiri tak dapat nak mengelak kuisan bola dari kaki Demsey. Apapun pengalaman ini amatlah berguna kepada pemain kita untuk memperkembangkan lagi mutu permainan mereka dimasa hadapan. YNWA..
p/s: Tiba-tiba pula lembu-lembu dan MUnyet-MUnyet datang meragut rumput dan buat onar di Wall FB SG. Apa ler dia orang ni, SG dah tak heran pun apa-apa keputusan yang terjadi dalam premier League ni. Nak balas dendam pun tengok2 ler perlawanan. Rasanya tak payahlah nak jd SB untuk buat onar kat wall orang. Baik berdoa jer supaya jiran bising tu kalah dalam baki perlawanan. Semoga doa korang tak termakbul yer setan.. hahahhahha
Scoring Summary
Liverpool | Fulham |
---|---|
Martin Skrtel (og 5') |
Match Stats
21(4) | Shots (on Goal) | 10(4) |
12 | Fouls | 8 |
5 | Corner Kicks | 4 |
5 | Offsides | 0 |
60% | Time of Possession | 41% |
0 | Yellow Cards | 0 |
0 | Red Cards | 0 |
4 | Saves | 4 |
Teams
Liverpool | Fulham |
---|---|
32 Doni | 1 Mark Schwarzer |
37 Martin Skrtel | 5 Brede Hangeland |
16 Sebastián Coates | 18 Aaron Hughes |
6 Fabio Aurelio | 3 John Arne Riise |
34 Martin Kelly | 2 Stephen Kelly |
20 Jay Spearing | 30 Moussa Dembele |
14 Jordan Henderson | 13 Danny Murphy |
9 Andrew Carroll | 31 Alexander Kacaniklic |
33 Jonjo Shelvey | 16 Damien Duff |
11 Maxi Rodríguez | 7 Pavel Pogrebnyak |
18 Dirk Kuyt | 23 Clint Dempsey |
Substitutes | |
23 Jamie Carragher | Dickson Etuhu 20 |
19 Stewart Downing | Chris Baird 6 |
38 John Flanagan | David Stockdale 12 |
1 Brad Jones | Matthew Briggs 28 |
3 José Enrique | Orlando Sá 9 |
49 Jack Robinson | Pajtim Kasami 10 |
31 Raheem Sterling | Kerim Frei 21 |
Substitutions | |
Stewart Downing for Jordan Henderson (45) | Kerim Frei for Alexander Kacaniklic (58) |
José Enrique for Fabio Aurelio (66) | Dickson Etuhu for Pavel Pogrebnyak (80) |
Raheem Sterling for Dirk Kuyt (76) | Chris Baird for Moussa Dembele (87) |
· Squads: Liverpool | Fulham |
ntah! aku pon tak terasa langsong ngan kekalahan ni, ada jugak geng setan yang seronok sgt rupanya keh keh, nampak sgt tak tgk game, main tgk result jer...
ReplyDeletefulham yang turunkan pemain utama pon menang satu gol, itu pon gol sendiri jer la wei hu hu