Headlines News :
.
Home » , » Game 16 MSL 2012 - Selangor 1-3 Negeri Sembilan

Game 16 MSL 2012 - Selangor 1-3 Negeri Sembilan

Written By Unknown on Thursday, May 10, 2012 | 19:25

Selangor gagal menggunakan kesempatan yang ada untuk meneruskan kemaraan dalam mengejar kedudukan terbaik carta Liga Super apabila tunduk 1-3 terhadap pasukan Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam. Walaupun Selangor menguasai hampir 70% keseluruhan permainan, tetapi kealpaan dan bermain mengikut perasaan membuatkan Negeri Sembilan tersenyum puas apabila berjaya menjinakkan jaguh Lembah Klang ini.


Dalam perlawanan ini kita dapat lihat bagaimana pasukan Negeri Sembilan berjaya memperbodohkan pemain-pemain Selangor yang rakus menyerang tanpa tanpa memikirkan tindakan susulan yang bakal diterima dari pasukan pelawat. Mastermind dalam kesebelasan pasukan rusa ini sudah tentulah Syukor Adan yang bijak memainkan peranan sebagai benteng terakhir pasukan sebelum penjaga gol. Kita boleh lihat dari hasil kebijaksanaan Syukor telah berjaya membuat 11 perangkap offside untuk pasukan Selangor. Tidakkah pemain-pemain Selangor mengkaji kelemahan ini? Bila kita lihat gol sagu hati oleh Bosko Balaban di minit-minit terakhir pun terhasil dengan ketiadaan beliau selepas Syukor naik keatas untuk membuat serangan kilat.


Selain itu juga, masalah pertahanan yang cukup rapuh juga menjadi punca kegagalan dalm perlawanan ini disamping sumbangan penjaga gol Geevanathan yang membuat kesilapan yang tak sepatutnya. Sebenarnya pertahanan tidak boleh juga disalahkan 100% dengan kekalahan ini. Pemain-pemain tengah Selangor terlalu lemah untuk kembali membantu pertahanan membuatkan mereka kucar kacir apalagi dengan sikap Ramez Doyoub yang kerap meninggalkan posisi untuk membantu membuat serangan tetapi lambat pula turun untuk mempertahankan kubu yang ditinggalkan. Kita dapat lihat bagaimana pasukan Negeri Sembilan berjaya mengekang setiap asakan pemain Selangor. Selain bijak membuat serangan balas, setiap pemain mereka juga pantas untuk kembali turun kebawah dan menutup ruang dari dibolosi oleh pemain Selangor.


Itulah dinamakan bolasepak. Statistik dan rekod lalu adakalanya tidak boleh dijadikan alasan bahawa kemenangan mudah untuk diperolehi. Apa yang berlaku terhadap pasukan Selangor pada perlawanan ini, membuatkan SG teringat nasib yang sama juga seperti pasukan Liverpool. Menguasai perlawanan tetapi gagal menyempurnakan peluang serta gagal memperkemaskan pertahanan apabila diserang semula. Apapun Irfan perlu mengkaji kelemahan ini dan jadikan kegagalan sebagai sumber inspirasi untuk kejayaan akan datang. VIVA SELANGOR...
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger